MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, July 16, 2023

      Pada 16 Jun 2023, Majlis Perwakilan Komander Kesaria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2023. Pertandingan ini telah melibatkan 6 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

Poster Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2023

      Bagi pertandingan Mini Perkom Ko 2023 bagi kali ini, terdapat 3 pertandingan yang dipertandingkan iaitu, Road Relay, Larian Mini Perkom Ko, dan Kawad Kaki Formasi. Ketiga-tiga acara ini telah dijalankan pada hari yang sama. Pagi tersebut telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan iaitu senamrobik. Setelah senamrobik, bermulalah pelepasan bagi kategori siswi dan diikuti dengan kategori siswa bagi Larian Mini Perkom Ko di sekitar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Untuk pengetahuan semua, acara Larian Mini Perkom Ko ini telah dijuarai oleh Kompeni Delta Kesatria Negara manakala tempat kedua dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga diikuti oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara.


Kedudukan akhir acara Larian Mini Perkom Ko

Johan bagi acara Larian Mini Perkom Ko

Acara kedua yang dipertandingkan adalah pertandingan Kawad Kaki Formasi. Acara ini telah disertai oleh semua Kompeni dan setiap Kompeni perlu menghantar seramai 31 orang termasuk IC Platun. Untuk pengetahuan semua, acara Kawad Kaki ini telah dijuarai oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara, manakala tempat kedua jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Bukan itu sahaja, acara ini juga telah memberi anugerah IC Platun yang terbaik yang telah dimenangi oleh KRM Mohammad Danish Akmal Bin Mohammad Zaidi dari Kompeni Alpha Kesatria Negara.


Kedudukan akhir acara Kawad Kaki Formasi


Johan bagi acara kawad kaki Formasi


Anugerah IC Platun Terbaik


  Acara terakhir yang dipertandingkan ialah Acara Road Relay. Acara ini telah melibatkan 6 buah kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Untuk pengetahuan semua, tempat pertama telah dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara.


Kedudukan akhir acara Road Relay

Pemenang bagi acara Road Relay

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Lt. Kol Ujud Bin Pabil (KEST) yang disampaikan oleh KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku.


Ucapan dari Lt. Kol Ujud Bin Pabil (KEST)



Penyampaian cenderahati oleh KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid


Kedudukan keseluruhan






Johan : Kompeni Bravo Kesatria Negara


Naib Johan : Kompeni Foxtrot Kesatria Negara


Tempat Ketiga : Kompeni Delta Kesatria Negara






No comments:

Post a Comment