Perkhemahan
kokurikulum Kesatria Kembara semester ini telah diadakan pada 23 Disember 2013 hingga 26
Disember 2013 di Taman Botanikal Dan
Pusat Latihan Air, Ayer Keroh, Melaka iaitu berlangsung selama 4 hari 3 malam.
Perkhemahan pelajar Semester Dua kokurikulum Kesatria Kembara diadakan adalah
untuk memperkukuhkan lagi silibus yang dipelajari oleh mereka selama dua
semester dalam kursus kokurikulum. Program ini wajib diikuti oleh semua pelajar
kerana ia merangkumi 20% markah kokurikulum mereka. Perkhemahan ini disertai
oleh 116 orang pelajar semester dua Kesatria Kembara. Program ini diiringi oleh
seorang Pegawai Pengiring iaitu Kapt. (Kest.) Norsyidah binti Mahmat Sani dan
dua orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak bin Abu Hassan
dan Encik Mohammad Faizal bin Yahya. Selain itu, turut diiringi oleh 11 orang
komander pengiring. Perjalanan untuk ke lokasi perkhemahan mengambil masa
selama dua jam dari kampus Segamat.
HARI PERTAMA
Peserta
berkumpul di padang kawad pada jam 2.30 petang dan bertolak dari UiTM Johor ke
taman botani tersebut. Solat Asar berjemaah telah dilakukan pada jam 5.00
petang dan selepas selesai asas perkhemahan telah diperkenalkan. Pelajar
didedahkan dengan cara memasang khemah dengan selamat. Pada jam 7.00 malam,
solat maghrib berjemaah telah dilakukan dan seterusnya solat isyak. Kemudiannya
makan malam sebelum meneruskan Latihan Dalam Kumpulan yang pertama. Sentri
dilakukan pada 11.30 malam oleh kumpulan yang dijadualkan.
HARI KEDUA
Seawal
6.00 pagi solat Subuh dan kuliah Subuh telah dilakukan sebelum senaman pagi.
Selepas itu, para peserta perkhemahan mengambil sarapan pagi. Seterusnya,
pengenalan rekreasi telah dijalankan. Pada jam 10 pagi minum pagi dihidangkan
kepada peserta dan aktiviti kepimpinan telah dijalankan selepas itu.
Pada
jam 12 tengahari, peserta makan tengahari dan kemudiannya solat Zuhur apabila
sudah waktunya. Selepas selesai, mereka didedahkan dengan pengenalan pembacaan
peta dan kompas. Mereka didedahkan dengan cara membaca kompas, bearing bagi
sesuatu kawasan. Komponen-komponen kompas dan barang keperluan bagi membaca dan
membuat bearing peta juga ditelah didedahkan. Cara mengenalpasti peta juga
telah diterangkan kepada peserta. Pada jam 4.00 petang pelajar telah berehat
sebentar dan menikmati minum petang dan kemudiannya melangsungkan Slat Asar
berjemaah. Selepas itu, amali pengenalan pembacaan peta dan kompas mula
dilakukan bagi menguji tahap kefahaman dan kecekapan para peserta. Mereka telah
menggunakan ilmu yang telah diajar bagi mencari jalan dan bearing seperti di
dalam peta. Selepas selesai aktiviti amali, makan malam disediakan sementara
menunggu azan Solat Magrib dan diikuti dengan Isyak. Pada jam 8.30 malam, bantu
mula dilakukan sebelum para peserta melakukan kembara malam. Sentri dilakukan
seperti biasa mengikut giliran masing-masing.
HARI KETIGA
Seperti hari yang sebelumnya, jam
6.00 pagi solat Subuh dan kuliah Subuh telah dilakukan sebelum senaman pagi.
Selepas itu, para peserta perkhemahan mengambil sarapan pagi. Seterusnya, teori
dan praktikal berkayak dilakukan. Pada jam 10 pagi minum pagi dihidangkan
kepada peserta dan aktiviti praktikal berkayak dilakukan telah dijalankan
selepas itu.
Pada
jam 12.30 tengahari, makan tengahari telah disediakan kepada peserta
perkhemahan dan kemudiannya solat Zuhur berjemaah apabila waktu solat sudahpun
tiba. Tepat jam 2.00 petang ujian berkayak telah dilakukan dan ramai peserta
yang mampu melakukan aktiviti tersebut dengan cara dan teknik yang telah
didedahkan oleh jurulatih kayak. Selang 2 jam selepas itu minum petang
disediakan dan solat Asar berjemaah telah dilakukan. Selesai berjemaah, para
peserta telah mengambil bahagian dalam Latihan Dalam Kumpulan 2 iaitu Sukaneka.
Peserta kelihatan ceria dan bekerjasama dengan fasilitator yang mengendali
acara tersebut. Pada 7.00 malam, makan malam disediakan sebelum solat Maghrib
dan Isyak dilakukan. Selepas Isyak, Malam persembahan dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada peserta itu sendiri. Seterusnya, teori
tali diajar oleh jurulatih dan fasilitator sebelum sentry.
HARI KEEMPAT
Seperti
hari yang sebelumnya, jam 6.00 pagi solat Subuh dan kuliah Subuh telah
dilakukan sebelum senaman pagi. Selepas itu, para peserta perkhemahan mengambil
sarapan pagi. Seterusnya, teori dan praktikal tali telah diajar oleh jurulatih
tentang jenis-jenis ikatan dan caranya. 2 jam yang berikutnya praktikal tali
telah dilakukan sebelum makan tenghari pada pukul 12.30 tengahari. Pada pukul
2.00 petang rekreasi impak minima dilakukan bagi menguji ketangkasan dan
kelasakan para peserta dalam menjalankan aktiviti tersebut. Pembersihan kawasan
perkhemahan dan majlis dilakukan sejurus aktiviti rekreasi berakhir dan para
peserta menyiapkan diri. Tepat 5.00 petang, peserta perkhemahan ini telah bertolak
pulang ke UiTM cawangan Johor.
Kesimpulannya,
semua aktiviti yang dirancangkan mencapai objektif program. Peserta dapat
memupuk sikap yakin pada diri sendiri di samping memupuk sikap kerjasama dalam
satu kumpulan. Secara tidak langsung, program yang dijalankan dapat mengeratkan
hubungan antara peserta program.
No comments:
Post a Comment