Pada
13 hingga 15 Januari 2014, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) telah
mengadakan perkhemahan ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang Johor.
Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan para pelajar semester 1
kompeni JPAM sesi November 2013-April 2014 seramai 68 orang, 8 orang komander
pengiring, 3 orang jurulatih dan seorang penyelaras kompeni JPAM iaitu
Left.(Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan.
Setelah
tiba di lokasi, segala barang dikumpulkan disatu tempat dan para pelajar mula mendirikan khemah mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Selepas itu, para
pelajar diminta berkumpul dihadapan dewan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu
Latihan Dalam Kumpulan (LDK1) dan Night Walk. Seramai 3 orang ‘guide’
disediakan bagi menjalankan aktivit Night Walk dikawasan tersebut. Semua
peserta menjamu selera untuk makan malam sebelum Night Walk. Selesai aktiviti
Night Walk, para pelajar dibenarkan untuk berehat dikhemah masing-masing.
Mereka diminta untuk berehat secukupnya untuk persiapan bagi aktiviti mendaki
pada keesokannya.
Pada
keesokan harinya iaitu 14 Januari 2014, semua para pelajar kelihatan teruja dan
gembira untuk melakukan aktiviti yang utama pada hari itu iaitu mendaki Hutan
Lipur Gunung Berlumut. Sebelum bergerak, semua yang terlibat diberi taklimat
ringkas oleh ketua ‘guide’ mendaki pada hari tersebut yang dikenali sebagai
Abang Nan. Seramai 5 orang ‘guide’ mendaki disediakan . Sesi fotografi
beramai-ramai diadakan sebelum memulakan perjalanan. Pendakian dijalankan
sehingga di ‘check point’ kedua iaitu pada ketinggian 4800 meter. Aktiviti
mendaki ini selesai tepat jam 2.30 petang. Setelah solat dan makan tengah hari
aktiviti pada petang itu diteruskan lagi dengan LDK 2 dan disambung semula selepas solat asar. Pada
malamnya pula, dijalankan LDK3 dan para pelajar diminta membuat persembahan
untuk malam kebudayaan pada malam tersebut mengikut kumpulan. Setiap kumpulan
diberi masa 15 minit untuk membentangkan ahli kumpulan, logo, treadmark dan
persembahan kumpulan masing-masing.
Untuk
hari yang terakhir, 15 Januari 2014 aktiviti
pada pagi itu dimulai dengan senaman
pagi dan diteruskan dengan beberapa permainan yang telah disediakan seperti
bola beracun, membawa kuaci tanpa menggunakan tangan dan acah galah. Setiap
permainan akan diambil markah dan dimasukkan dalam markah kumpulan. Setelah
selesai setiap aktiviti yang diaturkan, para pelajar diminta untuk mengemas
khemah dan barang-barang sebelum majlis penutup diadakan iaitu selepas makan
tengah hari.
Majlis
penutup dipengerusikan oleh Komander Rendah Muda Nurhawa Illiyani Binti
Zainudin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Komander Rendah
Muda Luqman Hakkeem Bin Shaffie. Seterusnya ucapan dari ketua kompeni Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Komander Muda Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal dan
ucapan dari penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),
Left.(Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah untuk para pemenang mengikut kumpulan, penyampaian cenderahati kepada
penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Left.(Kest.) Mohd
Juakhir Bin Hassan dan mantan-mantan kompeni JPAM yang turut hadir. Majlis
berakhir jam 3.30 petang.
Sebelum bertolak pulang, para pelajar dibenarkan
untuk mandi di air terjun Hutan Lipur Gunung Berlumut. Tepat jam 5.00 petang
semua berkumpul dan bergerak pulang ke UiTM Segamat cawangan Johor.
No comments:
Post a Comment