MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 03, 2012

Perkhemahan Ikhtiar Hidup Kesatria Kembara di Ayer Keruh, Melaka


7 Julai 2012
Semua pelajar berkumpul pada jam 7.00 pagi di padang kawad sebelum bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh   Cik Puan NorSyidah binti Mahmat Sani dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat latihan pada jam 10.00 pagi, para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk minum pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran berenang dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti ‘Live Jacket’Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti ‘Water Confidence’. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan ‘Live Jacket’. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik semasa berada di dalam air. Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir. Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan. Selepas itu, Pada jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam. Disebabkan hujan renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya. Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.











 8 Julai 2012
Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator.
Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup.
Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu program jungle trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi kentang, telur dan maggi. Selepas itu, aktiviti mengemas tempat perkhemahan dan bersiap sedia untuk bertolak pulang ke kampus.

No comments:

Post a Comment