MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 03, 2012

Perkhemahan Kompeni JPAM di Endau-Rompin



6 Julai 2012


Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh   En. Juakhir bin hassan dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat latihan pada jam 6.30 petang, para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk bersolat.Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan.Pada jam 9.00 malam, selepas solat dan makan malam diadakan ‘Ice Breaking’. Selepas itu diadakan aktiviti LDK(Latihan Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama komander-komander pengiring. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti ‘Ice Breaking’ dan permainan berkumpulan. Sebelum bersurai, para facilitator telah memberikan taklimat mengenai ‘sentri’ atau jaga malam.Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri.

7 Julai 2012
Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator.
Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup.
Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu program jungle trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi kentang, ikan kering dan maggi. Oleh sebab hujan lebat, aktiviti seterusnya terpaksa dibatalkan dan para peserta terpaksa pulang ke tapak perkhemahan.
Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri serta bersiap-sedia untuk solat jamak maghrib dan Isyak. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar menjamu selera pada jam 8.00 malam. Pada jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam .
Disebabkan hujan renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya. Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.

  
8 Julai 2012
Pelajar bangun seperti biasa pada jam 6.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal.Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran berenang dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti ‘Live Jacket’.Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti ‘Water Confidence’. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan ‘Live Jacket’. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik semasa berada di dalam air. Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir.Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah. Setelah itu, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 7.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam tiba di Uitm Johor. Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai.

No comments:

Post a Comment