Tepat azan Maghrib berkumandang, semua komander berbuka puasa bersama-sama dengan acara makan nasi ambang dalam dulang. Ini bertujuan bagi merapatkan lagi antara semua komander dalam satu batalion. Selesai sahaja majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi. Selepas selesai berjemaah, KRK Akmal Hadi bin Talib telah memberi sedikit tazkirah pada malam itu. Setelah tazkirah tamat, majlis tamat dan semua komander bersurai.
Tuesday, August 14, 2012
Majlis Berbuka Puasa Komander Kesatria UiTM Johor cawangan Segamat
Pada 12 Ogos 2012, Jawatan Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua komander di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat, Johor. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua komander disamping menikmati kemanisan dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Majlis dipengerusikan oleh KRM Nurul Fatihah bt Tarmizi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KRK Amer Syazwan Bin Mansoor bagi memberkati majlis itu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai memerintah iaitu KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim dan selepas itu ucapan daripada ketua batch 21 iaitu KRK Muhd Azfar bin Rohani selaku ketua program majlis berbuka puasa tersebut. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Yassin secara berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi.
Tepat azan Maghrib berkumandang, semua komander berbuka puasa bersama-sama dengan acara makan nasi ambang dalam dulang. Ini bertujuan bagi merapatkan lagi antara semua komander dalam satu batalion. Selesai sahaja majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi. Selepas selesai berjemaah, KRK Akmal Hadi bin Talib telah memberi sedikit tazkirah pada malam itu. Setelah tazkirah tamat, majlis tamat dan semua komander bersurai.
Tepat azan Maghrib berkumandang, semua komander berbuka puasa bersama-sama dengan acara makan nasi ambang dalam dulang. Ini bertujuan bagi merapatkan lagi antara semua komander dalam satu batalion. Selesai sahaja majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi. Selepas selesai berjemaah, KRK Akmal Hadi bin Talib telah memberi sedikit tazkirah pada malam itu. Setelah tazkirah tamat, majlis tamat dan semua komander bersurai.
MALAM JALINAN KASIH DI BULAN RAMADHAN KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS
Pada 10 Ogos 2012 : Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama jurulatih dan pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas di Bangunan Karyawan UiTM Johor cawangan Segamat. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar kokurikulum dan jurulatih-jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Majlis dihadiri oleh tetamu VIP iaitu En. Muhammad Fairus bin Abdul Shukor, En. Zainal Abidin, En. Hj. Md Shah, En. Halim selaku jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Selain itu juga, majlis dihadiri oleh para barisan Top5, mantan komander, serta komander-komander kompeni Badan Pertolongan Cemas.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa di bilik karyawan 1 bersama-sama tetamu vip dan para pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas semester 1, 2 dan 3 serta komander-komander yang hadir. Selepas selesai berbuka puasa, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah dan diketuai oleh pelajar kokurikulum iaitu Mohd Syarafuddin, dari pelajar semester 3. Setelah selesai berjemaah, malam jalinan kasih di bulan Ramdhan diteruskan lagi dengan acara menjamu selera dalam dulang.
Selepas itu, setelah masuk waktu Isyak, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari telah mengetuai jemaah tersebut. Setelah selesai berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan diketuai oleh pelajar kokurikulum, Mohd Syafaruddin. Setelah tamat bacaan surah Yassin, malam Jalinan Kasih di Bulan Ramadhan berakhir dan semua tetamu bersurai.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa di bilik karyawan 1 bersama-sama tetamu vip dan para pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas semester 1, 2 dan 3 serta komander-komander yang hadir. Selepas selesai berbuka puasa, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah dan diketuai oleh pelajar kokurikulum iaitu Mohd Syarafuddin, dari pelajar semester 3. Setelah selesai berjemaah, malam jalinan kasih di bulan Ramdhan diteruskan lagi dengan acara menjamu selera dalam dulang.
Selepas itu, setelah masuk waktu Isyak, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari telah mengetuai jemaah tersebut. Setelah selesai berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan diketuai oleh pelajar kokurikulum, Mohd Syafaruddin. Setelah tamat bacaan surah Yassin, malam Jalinan Kasih di Bulan Ramadhan berakhir dan semua tetamu bersurai.
Wednesday, August 08, 2012
Majlis Berbuka Puasa Kompeni JPAM
Kompeni Jabatan Pertahanan Awam UiTM Johor cawangan Segamat telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 4 Ogos 2012 yang lau di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat. Majlis dihadiri oleh para tetamu jemputan iaitu En. Mohd Juakhir bin Hassan selaku penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jurulatih-jurulatih Jabatan Pertahanan Awam, barisan Top5 JPKK, majlis tertinggi JPKK, serta pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam semester 1, 2 dan 3. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu, bacaan doa dan seterusnya ucapan
daripada ketua kompeni JPAM, KM Muhammad Kamarulazwan bin Ahmad Ismail
dan Encik Mohd Juakhir bin Hassan, selaku penyelaras kompeni JPAM.
Seterusnya, para tetamu majlis dipertontonkan dengan persembahan
multimedia. Selepas itu, para tetamu dijemput untuk menikmati juadah
hidangan yang telah disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan daripada para
pelajar dari semester 1. Acara cabutan bertuah juga berlangsung dan para
pemenang memenangi hadiah yang istimewa. Seterusnnya, persembahan yang
kedua daripada pelajar semester 2. Terdapat juga acara teka kata bagi
memeriahkan lagi majlis yang tersebut. Majlis diakhiri dengan acara
penyampaian hadiah dan penghargaan kepada semua jurulatih dan komander Jabatan Pertahanan Awam serta mantan ketua kompeni Jabatan Pertahanan Awam.
Monday, August 06, 2012
Family day Kompeni Bravo
Pada 15 Julai 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Program Family Day untuk pelajar bahagian 1 kompeni Bravo bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Bravo. Semua pelajar kompeni Bravo berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Ice Breaking. Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Selain itu juga, sesi pemilihan peserta untuk acara PERKAD yang akan datang. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya secara langsung atau tidak langsung.
Program Sehari Bersama Kompeni Charlie
Pada 15 Julai 2012, Kokurikulum Kesatria Negara iaitu Kompeni Charlie telah mengadakan Program sehari bersama Kompeni Charlie untuk pelajar bahagian 1 bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Charlie. Semua pelajar kompeni Charlie berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.
Sukan Komander (SUKOM) 2012
Pada 14 Julai 2012, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan aktiviti bagi semester Jun Oktober 2012 iaitu Sukan Komander di Padang Utama, UiTM Johor cawangan Segamat. Tujuan utama Sukan Komander ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara semua komander.
Aktiviti ini diketuai oleh KRK Muhd Azfar bin Rohani dan dibantu oleh komander-komander yang lain bagi melancarkan aktiviti Sukan Komander ini. Sukan Komander ini telah dirasmikan oleh KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim selaku Pegawai Memerintah dalam organisasi JPKK.
Aktiviti yang pertama iaitu physical training bagi tujuan memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti yang lasak. Selepas itu, para komander menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.
Seterusnya, semua komander menyertai aktiviti explorace, tarik tali, sukaneka dan permainan bola tampar. Aktiviti explorace yang dipertandingkan sangat mencabar mental dan fizikal.
Acara berakhir dengan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang dan bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini secara langsung atau tidak langsung.
AGM Kompeni Brass Band
Pada 22 Jun 2012, Kompeni Brass Band UiTM Johor telah mengadakan mesyuarat agung di LT 1 bagi sesi Jun Oktober 2012 yang telah dihadiri oleh Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor LT. (KEST) Muhammad Fairus Bin Abdul Syukor , KMdy Nur Syuhada Bte Mohd Taib, KMdy Khairul Akmal Bin Alias dan KMdy Muhamad Hafiz Bin Abdullah, selaku Barisan Tertinggi Komander Kesatria UiTM Johor, Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Brass Band yang sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Kompeni Brass band Sesi Jun –Nov 2012 .Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni Brass Band dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar KO Brass Band part 1.
Ucapan
daripada KM Mohammad Imran Bin Nor Salim selaku Mantan Ketua Kompeni Brass Band.
Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi Nov 11-Mac 12.Selain itu, beliau
juga telah memberi beberapa nasihat kepada pelajar KO part 1 yang baru
menyertai Kompeni Brass Band. Ketua Kompeni
Brass Band iaitu KM Abdul Adzam Bin Md Daim telah memperkenalkan Ahli Jawatankuasa
Brass Band yang baru bagi sesi Jun Oktober 2012. Beliau
berharap agar Ahli Jawatankuasa yang baru dapat menjalankan tugas yang telah
diberikan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Ucapan
daripada Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor LT. (KEST)
Muhammad Fairus Bin Abdul Syukor. Beliau
menasihatkan kepada pelajar KO part 1 agar mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan dan menghadiri KO pada setiap hari rabu petang.Persembahan
Multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa Brass Band sesi Jun- Nov 2012 untuk
diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar KO yang hadir. Aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para
tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General Meeting, Dinner dan Drum
Battle.
AGM Kompeni Charlie
Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Ain Farzanah
binti Mohd Husaini telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan
kepada penyelaras kokurikulum, Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong, wakil Jawatankuasa
Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari,
Ketua Kompeni Charlie, komander, dan pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie
semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Charlie sesi Jun
-November 2012. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie
bagi sesi November 2011 – Mac 2012 telah dilakukan oleh KMdy NurSyuhada binti
Mohd Taib selaku Ketua Kompeni Charlie pada sesi November 2011 – Mac 2012.
KM Dayang Suraya binti Sabtu selaku ketua kompeni
pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pelajar
kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 yang hadir kerana telah
menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Beliau menerangkan tampuk kepimpinan kompeni
Charlie yang disertai oleh pelajar gabungan program Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan
Perniagaan Pengangkutan. Di samping itu,
beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kompeni Charlie yang telah memenangi
Perkad dan Res- Q Challenge sebagai juara keseluruhan pada dua semester lepas iaitu
sesi Mei 2011 – Oktober 2011. Harapan beliau supaya pelajar kokurikulum
Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 memberi komitmen dan menghadiri segala
aktiviti yang telah dijalankan.
KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari mengucapkan
selamat datang kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie
semester 1. Beliau berharap para pelajar
kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 dapat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada para komander kesatria. Beliau juga berharap pada
semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada
Kompeni Charlie.
Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong selaku penyelaras kokurikulum
Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie berucap kepada pelajar kokurikulum Kesatria
Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi
segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar kokurikulum
Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 sepanjang semester ini. Di samping itu, beliau menerangkan sedikit sebanyak
tentang peraturan ketika berada di padang kawad dan sahsiah rupa diri yang
perlu dipatuhi oleh setiap pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni
Charlie semester 1. Persembahan multimedia yang memaparkan Ahli
Jawatankuasa Kesatria Negara 1, Kompeni
Charlie sesi Jun 2012 - November 2012
untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar Kokurikulum yang
hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah
dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General
Meeting, PERKAD dan Komander Kesatria Endurance Challenge serta makan malam
kompeni.
Saturday, August 04, 2012
JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
CARTA ORGANISASI JPKK BATALION VI
UiTM JOHOR
[SESI JUN-NOVEMBER 2012]
Diterajui oleh KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim
-Pegawai Memerintah-
Dibantu oleh KMdy Muhammad Firdaus Naim Bin Jahari
-Timbalan Pegawai Memerintah-
KMdy Khairul Akmal Bin Alias
-Pegawai Latih-
KMdy NurSyuhada Binti Mohd Taib
-Ejutan-
KMdy Mohamad Hafiz Bin Abdullah
-Quarter Master-
KM Siti Aishah Binti Md. Hafidzuddin
-Setiausaha Agong-
KRK Nurul Fetrah Binti Khamis
-Setiausaha II-
KM Ummi Madeeha Binti Ismon
-Bendahari Agong-
KRK Siti NurAzima Binti Ahmad Jais
-Bendahari II-
KM Intan Izzanna Binti Marsul
-Ketua Biro Perancangan dan Pelaksanaan-
KM Nur Syuria Binti Mohd Khafi
-Ketua Biro Pengurusan Fasiliti-
KM Muhammad Zulfadli Bin Khaidir
-Ketua Biro Korporat dan Perhubungan-
KM Nasrul Syazwan Bin Mohammed
-Ketua Biro Media dan Produksi-
KRK Normaiaza Binti Azman
-Ketua Biro Keusahawanan-
KRK Mohd Ridzuan Bin Rashid
-Ketua Biro Kerohanian-
KM Muhammad Faidi Bin Safarrudin
-Ketua Kompeni Alpha-
KM Fatin NurIzzati Binti Abu Bakar
-Ketua Kompeni Bravo-
KM Dayang Suraya Binti Sabtu
-Ketua Kompeni Charlie-
KM Siti Aishah Binti Md. Hafidzuddin
-Ketua Kompeni Bakal Komander-
KM Siti Nabilah Binti Zainal Abidin
-Ketua Kompeni Bomba-
KM Abdul Adzam Bin Md Daim
-Ketua Kompeni Brass Band-
KM Rysha Nadia Binti Mohamad Shukor
-Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas-
KM Muhammad Kamarul Azwan Bin Ahmad Ismail
-Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam-
Subscribe to:
Posts (Atom)