MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, July 09, 2023

ULANG TAHUN HARI KESATRIA KALI KE – 47 TAHUN

 

Pada tanggal 9 Jun 2023 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria Kali Ke – 47 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat serta Gelanggang Tempur Tanpa Senjata. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyambut dan meraikan penubuhan Unit Kesatria Kali ke - 47.

 

 Majlis dimulakan dengan perbarisan kesatria yang diketuai oleh LEFTENAN KESATRIA NOR BAZRAN BIN BAHARUM(KEST).



Perbarisan Kesatria

 Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan dengan sesi bacaan dia bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

 

 

Bacaan Doa


 Majlis turut dimeriahkan lagi dengan perasmian Ulang Tahun Hari Kesatria yang ke-47 yang berlangsung di Gelanggang Tempuh Tanpa Senjata yang dirasmikan oleh Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor iaitu BRIGADIER JENERAL KESATRIA PROFESOR MADYA DOKTOR SAUNAH BINTI ZAINON(KEST).

Ucapan Perasmian daripada Rektor UiTM Johor
   

Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Colour Guard yang dipersembahkan oleh Kompeni Brass Band yang cukup memukau hati.


Persembahan Colour Guard

 Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Tempur Senjata yang dipersembahkan oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

 



Persembahan Gerak Tempur Tanpa Senjata





Seterusnya, persembahan Gerak Tempur Tanpa Senjata ini diakhiri dengan persembahan Pemusnahan dimana Komander Kesatria Pasir Gudang akan memusnahkan bongkah batu Bata menggunakan tangan mereka.

 


 



Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Gempur Kesatria yang diwakili oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.

 




 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan istimewa iaitu Sajak Kesatria yang disampaikan oleh PUAN ZETY NATAMULIA ELIAS dan juga LEFTENAN KOLONEL KESATRIA UJUD BIJ PABIL (KEST).

 

Persembahan Sajak Kesatria
 

 

 

Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) melapor.

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku dan sesi fotografi. Di kesempatan ini juga Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Ulang Tahun Kesatria yang ke-47 yang dibuat Julung kalinya dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) pada tahun ini.


Sesi Fotografi



No comments:

Post a Comment