MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, October 18, 2019

Pertandingan Kompeni Kokurikulum (PERKOM KO) 2019


Pertandingan kompeni kokurikulum (PERKOM KO) telah tamat dengan jayanya selepas 3 hari berlangsung. Pertandingan yang bermula pada petang 10 haribulan bersamaan dengan hari Khamis tamat dengan jayanya pada petang 12 haribulan bersamaan hari Sabtu di padang kawad.

Acara pertama yang dipertandingkan ialah larian perkom yang bermula dan berakhir di padang kawad. Tempat pertama berjaya dirangkul oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara.

Acara kedua yang berlangsung pada sebelah malam ialah acara kawad kaki formasi. Acara ini sangat menarik kerana menguji kreativiti Komander dan kebolehan mereka membawa platun kompeni masing masing. Persaingan yang sengit ini berjaya dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga Berjaya dirangkul oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara. IC platun terbaik pula disandang oleh KRK Syahir bin Shaharuddin daripada Kompeni Echo Kesatria Negara.




Acara ketiga berlangsung pada hari Jumaat bermula dengan acara Road Relay yang menyaksikan tempat pertama dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Kesatria Kembara dan disusuli oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Seterusnya, terdapat 3 acara Res-Q Challenge yang berlangsung secara serentak iaitu Simulasi Bencana, Simulasi CPR, Kawad Hos. Simulasi Bencana dimenangi oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, naib johan pula Kompeni Kadet Bomba dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Echo Kesatria Negara. Manakala acara Simulasi CPR dijuarai oleh kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.





 Acara terakhir dipertandingkan dalam acara Res-Q Challenge iaitu Kawad Hos pingat emas dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, naib johan pula ialah Kompeni Bravo Kesatria Negara manakala tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Kadet Bomba. Sekaligus menjadikan Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menjadi juara keseluruhan acara Res-Q Challenge.





Acara seterusnya berlangsung pada malam Jumaat itu ialah Sajak Patritiosme dan Sorakan Kreatif. Johan bagi Sorakan Kreatif ialah Kompeni Delta Kesatria Negara, tempat kedua pula dimenangi oleh Kompeni Brass Band dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Manakala, acara Sajak Patriotisme dijuarai oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia, seterusnya ialah kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga ialah Kompeni Brass Band. Acara pada malam tersebut diakhiri dengan sorakan yang penuh bersemangat dari setiap kompeni.




Acara terakhir yang dipertandingkan ialah acara yang dinanti-nantikan, acara Rempuh Halangan dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, kedudukan kedua pula disandang oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara. Secara keseluruhannya Kesatria Kembara sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum pada tahun ini, diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.




Kemudian pada jam 2.30 petang, Majlis Perwakilan Komander Kesatria VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan PERKOM KO 2019 di padang kawad. Majlis ini bertujuan untuk merasmikan pertandingan yang dirasmikan oleh Mohd Khairul Ariff Noh selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam kesemua 9 acara tersebut. Majlis terakhir ini dimulakan dengan ketibaan VIP diiringi oleh paluan kompang yang menarik dan kemudiannya nyanyian lagu Bangsa Johor,Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa diketuai oleh KRK Alif Syazwan Bin Badrol Hisham.

Majlis diserikan lagi dengan menjemput Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST) untuk memberi ucapan sepatah dua kata. Tanpa melenggahkan masa, majlis menjemput Kol. Mohd Khairul Ariff b Noh(KEST) untuk merasmikan majlis tersebut. Bagi melengkapkan majlis, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Tidak dilupakan pemberian sijil penghargaan dan kemerdekaan juga diedarkan kepada KK Muhammad Fikri Haziq b Ayob, saudari Nabihah Binti Mohd Yunus selaku Ketua Kor SUKSIS dan kepada saudari Nurul Hanna Binti Zakaria iaitu Band Major Kompeni Brassband.




Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Kol. Mohd Khairul Ariff bin Noh (KEST) yang diberi oleh Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST). Bagi menghangatkan lagi suasana, juara pertandingan sajak patriotisme dan sorakan kreatif telah membuat persembahan. Kompeni Brassband juga telah memberikan persembahan yang amat bertenaga sekaligus menghiburkan para penonton. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM di hatiku.

No comments:

Post a Comment