MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, September 01, 2019

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-62


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bertemakan Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih pada 31 Ogos 2019 (Sabtu), Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Daerah Segamat yang bertempat di Dataran Segamat.

Bagi menjayakan sambutan yang gilang gemilang ini, MPKK Batalion VI telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan kawad bendera dan pasukan pertandingan perbarisan. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama tiga hari bermula daripada 28 Ogos 2019 di UiTM Segamat, Johor.

Seramai 62 orang anggota komander dengan diketuai oleh KK Muhammad Fikri Haziq bin Ayob telah mengambil bahagian dalam kawad bendera dengan membawa bendera Malaysia. Ini adalah sebagai simbolik bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun. Bagi pasukan pertandingan perbarisan pula, kontinjen seramai 33 orang anggota komander ini telah diketuai oleh KMdy Saad bin Abdul Samad.







Selain itu, Sambutan Hari Kebangsaan ini juga telah disertai oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) sebagai pembawa bendera Johor dan pasukan Brass Band. Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi sebelum memulakan perbarisan sebagai kontinjen pertama dalam perarakan masuk ke pentas utama di Dataran Segamat.






Lebih membanggakan lagi, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menjadi johan dalam Pertandingan Perbarisan  kategori Badan Beruniform. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ini.




No comments:

Post a Comment