MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, January 27, 2014

PERKHEMAHAN JATI DIRI KOMPENI BRASS BAND

           Pada 24 Januari 2014 hingga 25 Januari 2014, Perkhemahan Jati Diri Kompeni Brass Band telah berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Program ini dikendalikan dan dipantau  oleh pegawai pengiring iaitu Encik Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor, pelajar kokurikulum semester 1 sebanyak 35 orang peserta dan 12 orang komander yang mengiring di Brindley Training & Camp Port Dickson, Negeri Sembilan. Matlamat kepada program perkhemahan ini adalah memupuk semangat para pelajar untuk bekerjasama dalam satu kumpulan dan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor di mana ia melibatkan pemarkahan penilaian sebanyak 20%. Fasilitator terdiri daripada komander dan senior, manakala urusetia pula terdiri daripada pihak pengurusan kem itu sendiri.


24 JANUARI 2014
           Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 6.30 pagi untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 7.00 pagi, para pelajar bergerak keluar dari perkarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 10.00 pagi, para peserta  selamat tiba di Brindley Training & Camp Port  Dickson,Negeri Sembilan. Setibanya di sana, kami disambut oleh pekerja Brindley Training. Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut.Selepas itu semua peserta berkumpul di dewan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada urusetia sekaligus memberitahu bilik yang akan kami gunakan sepanjang kem tersebut.Kem kali ini semua peserta tidak menggunakan khemah. Kemudian,mereka diberikan kumpulan untuk meneruskan LDK 1 iaitu ice breaking, juga membincangkan tentang malam kebudayaan yang bertemakan ‘Kisah Dongeng’. Setelah LDK 1 selesai, semua peserta di sediakan minum pagi. Selepas itu mereka di arahkan untuk membawa beg masing-masing ke bilik yang ditetapkan. Seterusnya pelajar lelaki bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang berdekatan dan pelajar perempuan menunaikan solat Zohor di surau.


           Setelah selesai melaksanakan kewajipan, semua peserta berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu membina rakit. Aktiviti ini dijalankan di pantai. Para pelajar di agihkan kepada tiga kumpulan, senior dan komander juga turut menyertai aktiviti ini. Jurulatih kem tersebut telah member tunjuk ajar tentang cara-cara membina rakit. Selepas sahaja ketiga-tiga rakit tersbut itu siap, mereka diarahkan untuk mencuba rakit tersebut. Seterusnya, para peserta menjalani aktiviti sukaneka. Kemudian mereka diberi masa untuk persiapan diri sekaligus menunaikan solat Asar dan menunggu waktu solat Maghrib
                         
           Selesai menunaikan solat Maghrib, para pelajar menuju ke dewan makan untuk makan malam. Kemudian, menunaikan solat Isyak dan mereka kembali ke dewan utama untuk meruskan LDK 2 iaitu perbincangan tentang persembahan mereka untuk malam kebudayaan. Selepas itu, mereka pergi ke pantai semula untuk aktiviti malam mesra bersam senior dan komander. Tepat pukul 1.00 pagi, semua diarahkan pulang ke bilik untuk berehat.    

25 JANUARI 2014


           Pada pukul 5.30 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah.Kemudian para peserta menjalani Physical Training (PT) pada waktu pagi. Para pelajar menikmati sarapan yang telah disediakan tepat jam 8.00 pagi. Selepas sarapan, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang terakhir iaitu Jungle Tracking. Semasa Jungle Tracking pelajar para peserta diajar mengenai ikhtiar hidup semasa berada di dalam hutan. Jurulatih telah menunjukkan cara memasak nasi menggunakan botol air mineral. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan. Jurulatih juga menyuruh para pelajar untuk mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan dan kegunaannya yang terdapat di dalam hutan tersebut. Semua pelajar kembali ke tapak perkhemahan untuk melakukan persiapan diri seterusnya mengerjakan solat Zohor. Sebelum majlis penutupan dilangsungkan, para peserta sempat untuk aktiviti OPKIM iaitu membersihkan tapak kem. Seterusnya majlis penutupan ringkas dan penyampaian cenderahati kepada pihak kem daripada kompeni Brass Band.
                        
           Tepat jam 2.00 petang, pelajar bersiap untuk bertolak pulang ke UiTM. Tiba di UiTM pada pukul 500 petang, semua berkumpul di hadapan Band Room untuk ucapan tahniah kepada peserta kerana Berjaya menamatkan Perkhemahan ini dengan jayanya.
             
            Keseluruhan daripada program ini, para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tiada masalah yang di lakukan oleh mereka.Para peserta memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti perkhemahan ini dijalankan.Para pelajar mendengar segala ulasan yang disampaikan oleh para fasilitator dan jurulatih bagi setiap aktiviti yang dijalankan dengan tekun sekali.Ada juga di antara mereka yang turut mengambil bahagian dalam menyatakan pendapat dan juga ulasan bagi setiap aktiviti.Setiap aktiviti yang dijalankan juga memberi kesan kepada para peserta untuk lebih positif dan juga berani untuk menghadapi segala halangan yang diberikan.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dalam melaksanakan aktiviti ini.Ramai berharap supaya aktiviti seperti ini dapat diteruskan agar semua pelajar tidak hanya sihat dari segi intelektual malah sihat dari segi fizikal dan rohani juga.Mereka juga berharap agar aktiviti perkhemahan ini dapat dilaksanakan di tempat yang lebih jauh dan juga baru.Ribuan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan aktiviti ini secara langsung atau secara tidak langsung.







No comments:

Post a Comment