MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, January 28, 2013

PERKHEMAHAN KOMPENI BRASS BAND


26 JANUARI 2013

         Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 0500 pagi untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 0530 pagi, para pelajar bergerak keluar dari pekarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 0830 pagi, para peserta perkhemahan selamat tiba di Berhulu Camp, Jempol . Setibanya di sana, kami disambut oleh staff – staff yang bertugas dan seterusnya diberikan taklimat ringkas mengenai peraturan – peraturan perkhemahan.. Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut. Setelah memberi taklimat ringkas, kami dibenarkan membuat persiapan persendirian seperti mendirikan khemah – khemah kami.


taklimat di Berhulu Camp, Jempol
bersiap untuk ke tapak khemah
memasang khemah
                    Tepat jam 0930 pagi, aktiviti pertama di jalankan iaitu ice breacking. Para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan, kesemuanya diberi masa untuk berkenalan antara satu sama lain, mereka dikehendaki memperkenalkan nama kumpulan beserta “trade mark” kumpulan masing-masing. Pada jam 1200 tengahari mereka diberi makan  tengahari dan solat zohor berjemaah.


LDK 1: ice breaking
mencipta logo dan 'trade mark'
pembentangan logo kumplan masimg-masing
makan tengah hari
                    Pada jam 1400, aktiviti diteruskan lagi dengan merentas halangan berlumpur, aktiviti ini dikendalikan oleh pihak pengurusan Berhulu Camp. Bagi aktiviti ini para peserta dikehendaki melalui jalan berlumpur berturut-turut mengikut kumpulan. Di dalam aktiviti ini para peserta diajar tentang erti kerjasama dan semangat setiakawan untuk sampai ke satu destinasi dengan selamat. Aktiviti ini juga menguji tahap kreativiti, dan kesabaran di kalangan mereka. Aktiviti ini memakan masa selama 2 jam setengah. Selepas aktiviti ini, peserta menjalankan aktiviti ringan iaitu gusti air, di dalam aktiviti ini, para peserta diminta untuk menyeberangi kolam menggunakan titi dalam masa yang sama berlawan dengan kumpulan lain yang datang dari arah yang bertentangan. Aktiviti ini telah memantapkan lagi semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan mereka.


merentas halangan berlumpur
permulaan merentas halangan
meluncur laju !!!
                     Tepat jam 1700 petang, para peserta bersiap untuk solat asar berjemaah, seusai solat mereka diminta duduk di dalam kumpulan masing-masing dan berbincang tentang tugasan yang telah diberikan iaitu membuat persembahan pada malam kebudayaan. Para peserta  telah menggunakan masa yang diberikan sebaik mungkin.


persediaan bbq
                Pada jam 1900, para peserta solat maghrib berjemaah , sementara menunggu waktu isyak tiba, peserta diberi sedikit nasihat kerohanian. Selepas solat isyak berjemaah, mereka diberi makan malam dan aktiviti malam kebudayaan dijalankan. Para peserta telah diberi tugasan untuk membuat persembahan mengikut tema “1 Band 1 Sound”  Ketika aktiviti ini dijalankan bermacam karenah dan ragam daripada peserta , ada kumpulan yang menggunakan tema untuk berlakon,dan ada juga yang membuat persembahan akustik.Aktiviti selesai tepat jam 1130 malam. Selepas aktiviti ini peserta balik ke khemah masing-masing untuk tidur.



persembahan malam kebudayaan


27 JANUARI  2013

          Pelajar bangun seawal 0530 pagi dan mempersiapkan diri untuk solat subuh berjemaah. Pada jam 0700 pagi peserta memulakan aktiviti “Physical Training” diketuai oleh KM Mohamad Farhan Bin Maskon. Seterusnya sarapan pagi dan bersedia untuk aktiviti “Lite Jungle Tracking”.Aktiviti ini mengambil masa selama 3 jam setengah untuk masuk ke dalam hutan dan kembali ke Dewan Utama. Sepanjang perjalanan peserta diterangkan tentang spesis tumbuhan yang terdapat di dalam hutan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja boleh memberi pengetahuan kepada pelajar bahkan dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar di dalam diri setiap pelajar. Tepat jam 12.30 tengah hari, pelajar berehat seketika bagi menikmati makan tengah hari serta bersiap untuk solat zohor berjemaah.Seusai solat, peserta bersiap untuk pulang ke UiTM.

physical training
LDK 2: siape yang paling panjang
LDK 3: lubang semut
lite jungle traking
gambar kenangan













No comments:

Post a Comment