SABTU, 12 JANUARI 2013
Kursus ini dimulakan dengan
pendaftaran para pelajar di Dewan Sri Peria pada pukul 2.00 petang. Kemudian
para pelajar diminta berkumpul di Dewan Sri Peria untuk mendengar sedikit
taklimat mengenai Kursus Asas Ikatan Dan Pertolongan Cemas yang disampaikan
oleh Ketua Projek. Pada pukul 2.30 petang, para pelajar telah dibahagikan
kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai nama kumpulan yang berkaitan
dengan Badan Pertolongan Cemas. Kursus diteruskan lagi dengan Ice Breaking.
Sementara menanti ketibaan penceramah, para pelajar telah diminta untuk membuat
sorakan bagi kumpulan masing-masing.
|
pendaftaran pelajar Badan Pertolongan Cemas |
|
pelajar Badan Pertolongan Cemas |
|
Ice Breaking |
Selepas itu, pada pukul 3.00
petang telah diadakan Ceramah Mengenai Asas Ikatan Dan Balutan Simulasi Bencana
yang disampaikan oleh En Abdul Razak Bin Md Yassin. Banyak input yang dapat
dipelajari daripada ceramah yang disampaikan. Antaranya, para pelajar dapat
merasakn situasi yang sebenar kerana
penceramah mengambil pendekatan dengan
membahagikan beberapa situasi yang berbeza kepada kumpulan tersebut. Selain
itu, para pelajar dapat memahami lebih mendalam mengenai jenis ikatan serta
balutan. Ceramah ini mengambil masa dalam 2 jam.
|
ceramah Asas Ikatan dan Balutan Simulasi Bencana:
En Abdul Razak Bin Md Yassin |
|
cara balutan |
|
cara ikatan |
Selepas selesai ceramah Asas
Ikatan Dan Balutan, para pelajar dibawa ke PI untuk solat Asar. Kemudian para
pelajar dibawa ke padang kawad untuk makan malam yang telah disediakan oleh
para komander Badan Pertolongan Cemas dan dibantu oleh para komander yang lain.
Selepas itu para pelajar dibawa semula ke PI untuk menunaikan solat Maghrib dan
Isyak.
|
minum petang |
Pada pukul 9.30 malam, para
pelajar dibawa ke Dewan Sri Peria untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh
En Musa Bin Hasseman@Dasiman mengenai Kaedah CPR yang terbaru. Beliau menerangkan
kaedah atau langkah yang terbaru dan mudah untuk difahami. Selepas beliau menerangkan
disamping melakukannya, beliau telah meminta para pelajar dipecahkan kepada
beberapa group untuk mempraktikkannya. Beliau telah memantau dan melihat setiap
kumpulan yang melakukannya.
|
minum malam |
AHAD, 13 JANUARI 2013
Para pelajar diminta berkumpul di
padang kawad pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan riadah BPC yang diketuai
oleh komander BPC, Mursheed Bin Mad Diah. Selepas riadah BPC, para pelajar
menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.15 pagi.
Setelah selesai sarapan, para
pelajar diminta untuk berkumpul bagi mendengar taklimat mengenai aktiviti
seterusnya iaitu explorace. Tepat pukul 9.15 pagi, acara explorace dimulakan
dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.
|
riadah bersama Badan Pertolongan Cemas |
|
sarapan pagi |
Aktiviti explorace ini terdapat 8
ceckpoint di mana setiap checkpoint di jaga oleh komander yang terlibat sahaja.
Setiap checkpoint memerlukan para pelajar untuk mempraktikkan segala apa yang
dipelajari sepanjang Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas ini dijalankan.
|
checkpoint: Nak ikat macam mane ye.. |
|
checkpoint: Ingat nak buat CPR k.. |
|
checkpoint seterusnya |
Tepat pukul 11.30 pagi, tamatlah
aktiviti explorace dan pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup bagi Kursus
Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas telah diadakan. Penyelaras Badan Pertolongan
Cemas En Samsuri Bin Mohd Tahir serta Top 5 turut hadir ke majlis penutupan kursus
ini. En Samsuri telah merasmikan Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas. Selain
itu, majlis penutup diselitkan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang Berjaya.
Akhir sekali para tetamu dan para pelajar telah dijamu dengan makan tengah
hari. Para pelajar dilepaskan setelah sesi bergambar dengan penyelaras.
|
bergambar bersama penyelaras |
No comments:
Post a Comment