Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran Komander Kesatria UiTM Johor yang sedia ada untuk ke arah kesempurnaan. Di samping itu, program ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan Komander Kesatria serta mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Dengan adanya program sebegini, ianya mampu menaikkan martabat pihak universiti di atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Jurulatih yang terlibat untuk program ini ialah En M. Sahlan bin Taip dan En Abdul Aziz bin Idrus manakala En Samsuri bin Mohd Tahir adalah sebagai penyelaras kepada program ini.
28 DISEMBER 2012(JUMAAT)
Para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi sebelum bergerak ke PI bersama-sama. Komander yang terlibat untuk program ini akan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Pusat Islam, Masjid as-Syakirin. Setelah selesai solat Subuh berjemaah di Masjid as-Syakirin, para komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk melakukan aktiviti Physical Training(PT). Tepat pukul 6.30 pagi, acara PT pagi dimulakan. Komander yang mengetuai PT pada pagi ini adalah KRM Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Antara aktiviti yang mereka lalukan untuk PT pagi adalah naik turun tangga BK dan pusing sekeliling BK.
PT pagi |
LDK 1: ice breaking |
perbincangan minit mesyuarat |
makan tengah hari |
ceramah Protokol Komander: Tuan Ujud Bin Pabil |
Aktiviti pada hari ini berakhir pada pukul 11.00 malam.
29 DISEMBER 2012(SABTU)
Pada pukul 5.00 pagi, para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing dan bergerak ke PI bersama-sama. Tepat jam 6.00 pagi para komander menunaikan solat Subuh berjemaah di PI dan bergerak ke padang kawad pada pukul 6.30 pagi untuk aktiviti PT pagi yang diketuai oleh KM Amer Syazwan. Antara aktiviti yang dijalankan ketika PT pagi ialah berlari sekeliling BK, tekan tubi, lari satu UiTM dan angkat kaki 6 inci. Setelah selesai menjalankan aktiviti PT pagi, para komander menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.00 pagi.
PT pagi |
sarapan pagi |
Latihan kawad kaki berakhir pada jam 12.30 hari dan selepas itu para komander menikmati makan tengahari dan berkumpul kembali di padang kawad untuk bergerak ke PI babi menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah di PI, semua komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang ini iaitu explorace. Tepat jam 2.30 petang, acara explorace dimulakan dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.
Aktiviti explorace ini terdapat 8 ‘checkpoint’ dimana setiap checkpoint dijaga oleh komander yang terlibat sahaja. Checkpoint 1 berada di PTDI II dimana nama bagi checkpoint ini ialah Tisu Terbang dan komander yang menjaga checkpoint 1 ialah KRK Noreen Farahin dan KRM Zafirah Miseman. Para peserta yang melalui checkpoint ini perlu menerbangkan tisu sehingga masuk ke dalam pinggan yang disediakan. Tisu tersebut tidak boleh jatuh ke lantai dan sekiranya jatuh maka peserta perlu mengulang kembali. Tiada denda yang dikenakan bagi checkpoint 1.
Checkpoint ke 2 berada di Ledang In dan nama bagi checkpoint 2 ialah Tanya Fakta dimana peserta akan diberi soalan fakta berkaitan UiTM Johor. Komander yang menjaga checkpoint 2 ialah KRK Ain Farzanah dan KRK Amira Md Esa. Denda akan dikenakan kepada peserta sekiranya peserta gagal menjawab soalan yang diberikan.
Seterusnya beralih ke checkpoint 3 yang berada di Rempuh Halangan dan nama bagi checkpoint 3 ialah Biskut Dahi. Komander yang menjaga checkpoint 3 ialah KRK Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Apabila peserta melalui checkpoint ini, mereka diminta untuk makan biskut yang berada di dahi mereka dan diberi masa selama 3 minit.
Checkpoint seterusnya ialah chekpoint 4 yang dijalankan di perkarangan parking Blok I. Komander yang menjaga checkpoint ini ialah KRK Syafiqah Saleh, KM Fatin Akmal dan KM Sarah Syafiqah dan tajuk bagi checkpoint 4 ialah Peribahasa Rosak dimana peserta akan diberikan 1 peribahasa dan orang yang pertama perlu melukis peribahasa tersebut didalam kertas dan memberikan gambar tersebut kepada orang ke 2 dan seterusnya sehingga sampai kepada orang yang terakhir dan orang yang terakhir perlu menyatakan apakah peribahasa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut. Sekiranya orang yang terakhir salah menyatakan peribahasa yang ditunjukkan melalui gambar tersebut maka kumpulan itu akan didenda.
Checkpoint yang ke 5 ialah Sepit Dengan Getah dimana checkpoint ini berada di belakang DK1 dan komander yang menjaga checkpoint 5 ialah KRK Mursyeed, KM Fara Amira, KM Amer Syazwan dan KRK Fatihah Tarmizi. Peserta perlu berlawan dengan komander yang menjaga checkpoint 5. Permainan bagi checkpoint 5 ialah getah disambung sehingga panjangnya sedepa dan dihujung getah tersebut disambung dengan getah yang panjangnya 1 lengan, maka setiap hujung getah yang sedepa terdapat 6 sambungan getah yang panjangnya 1 lengan dimana 3 kiri dan 3 kanan. Dihujung getah yang panjangnya 1 lengan terdapat penyepit baju. Peserta dan komander perlu menyepit getah tersebut dikawasan muka samada telinga,hidung atau mulut. Mereka akan menarik getah tersebut sehingga putus, sekiranya komander berjaya memutuskan getah tersebut maka komander menang dan sekiranya peserta gagal memutuskan getah tersebut, mereka akan dikenakan denda melumurkan lumpur dimuka masing-masing.
check point 5: Sepit Dengan Getah |
check point 6: The Magic Of 15 |
Checkpoint yang terakhir ialah checkpoint 8 yang bertajuk Tidak Terkata yang berada di NR dan komander yang menjaga checkpoint 8 ialah KRK Nisa dan KRK Farah Fatin. Permainan untuk checkpoint ini ialah mereka perlu meneka apakah ayat yang cuba disampaikan oleh komander yang menjaga checkpoint 8, sekiranya mereka gagal, mereka akan dikenakan denda jalan itik sambil menyanyikan lagu yang mereka ketahui lirik nya.
minum petang |
30 DISEMBER 2012(AHAD)
Peserta berkumpul dibawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi untuk bergerak ke PI bagi menunaikan solat Subuh berjemaah. Seperti biasa, setelah selesai solat Subuh di PI, peserta akan melakukan aktiviti PT pagi yang dikendalikan oleh KM Amer Syazwan. Pada jam 7.30 pagi, peserta menikmati sarapan pagi di padang kawad.
Perjalanan ke Balai Bomba mengambil masa selama 30 minit sahaja dan peserta tiba ke Jabatan Balai Bomba & Penyelamat Malaysia, Bandaputra, IOI Segamat pada pukul 8.30 pagi. Setibanya peserta di sana, mereka diberikan taklimat oleh staf disana tentang aktiviti yang akan mereka lakukan dan undang-undang ketika berada disana.
sarapan pagi |
Pada pukul 8.00 pagi peserta bersiap untuk bergerak ke Jabatan Balai Bomba.
bersedia untuk ke balai bomba |
Pada pukul 10 pagi, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana kumpulan pertama akan diajar bagaimana cara menggunakan BA System yang betul. BA System ini digunakan ketika menyelamatkan mangsa yang berada di bawah tanah dan di dalam bangunan. Peserta turut diajar cara pemakaian BA System yang benar. Mereka juga diberitahu tentang keselematan yang pihak bomba perlu patuhi ketika menggunakan BA System semasa menyelamatkan mangsa di bawah tanah mahupun di dalam bangunan.
Kumpulan kedua pula diajar cara pembentangan dan menggulung hos yang betul sebelum bergerak ke kawad hos. Mereka perlu tahu asas kawad hos agar apabila mereka melakukan kawad hos, mereka tahu cara untuk membentang dan menggulung hos. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara untuk memegang nozel yang betul serta posisi yang betul ketika membawa hos. Kumpulan yang ketiga akan melakukan kawad hos yang sebenar.
pembelajaran membentang dan menggulung kawad hos |
Setelah selesai menjalani aktiviti di Balai Bomba, peserta menikmati makan tengahari di Balai Bomba pada pukul 1.30 hari dan pada pukul 2.30 hari peserta bergerak pulang ke UiTM. Tepat jam 3.00 petang, peserta diarahkan untuk bergerak ke DK1 untuk acara penyampaian hadiah dan tayangan video. Sebelum penyampaian hadiah dimulakan, para komander dihidangkan dengan tayangan video yang disediakan oleh KM Farhan Maskon. Selepas tayangan multimedia, penyampaian hadiah dimulakan dan disampaikan oleh Kmdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari. Acara penyampaian hadiah berakhir pada pukul 3.30 petang. Peserta dibenarkan pulang ke kolej masing-masing selepas itu.
penyampaian hadiah |
No comments:
Post a Comment