MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, April 02, 2011

CAMPING SKUAD KEMBARA

LAMBANG KEMEGAHAN SKUAD KEMBARA KESATRIA
Perkhemahan Jati Diri skuad kembara di D'rhu Ombak Resort, Rompin Pahang.
18-20 MaC 2011



HARI PERTAMA
Pada jam 3.00petang para pelajar berkumpul sebelum bertolak ke Rompin. setibanya di tapak perkhemahan semua di kehendaki mendirikan khemah terlebih dahulu sebelum menunaikan solat asar. pelajar diberikan masa untuk persiapan diri. sebelah malam LDK1 dijalankan bagi memberi ruang kepada setiap pelajar mengenali rakan masing-masing.

'Ice Breaking' untuk para pelajar
Aktiviti 'Ice Breaking' untuk mengeratkan hubungan para pelajar
Permainan pertama lautan acid yang perlu diredahi
menggunakan sekeping kertas secara berpasukan.  
Sesi melahirkan kretiviti para pelajarmenggunakan kertas mahjong
 untuk membina bangunan yang kukuh dan mantap


HARI KEDUA
Seawal 5.00pagi pelajar dikejutkan untuk persiapan diri, mendirikan solat subuh. Selepas itu, sesi memantapkan stamina di lakukan bersama-sama komander pengiring. para pelajar dibekalkan 'bag 
pack' yang diisi dengan pasir seberat 2kg.   
Di pagi hari melakukan kecergasan stamina
 yang dipimpin oleh komander pengiring
Sesi memantapkan kekuatan otot

Setelah bersarapan semua pelajar dibawa ke dewan untuk sesi pembelajaran oleh jurulatih Encik Sahlan. Sesi pembelajaran berlangsung selama 2 jam bagi memantapkan silibus. Para pelajar dibantu komander Shamsul dan ZulFadli ketika pembelajaran sedang dijalankan.
Pembelajaran 'compass matching' bersama encik Sahlan
'Spider web' menguji fleksibiliti dan kelenturan anggota badan para pelajar 
Praktikal 'compass matching' setelah selesai
 mempelajari teori pada sebelah siang



Sebelah petang, aktiviti sampingan untuk para pelajar adalah war game. Setiap pelajar diberikan bom 
(air berwarna) untuk dicampakkan kepada musuh bagi menyelamatkan ahli pasukan yang lain. Setiap pasukan dikehendaki untuk mencari harta karun didalam timbunan pasir semasa pertempuran dijalankan untuk digelar sebagai JUARA. 



LDK seterusnya ' WAR GAME' antara dua pasukan
menunjukkan kehebatan masing-masing
ketika pertempuran sedang berlangsung.
bom merata-merata di baling untuk membunuh pihak musuh
wajah-wajah kegembiraan pasukan yang telah berjaya memperoleh kemenangan
komander pengiring bergambar bersama jurulatih yang terlibat

Selepas selesai aktiviti riadah pelajar diberikan masa untuk bersedia menunaikan solat maghrib dan seterusnya. seterusnya, aktiviti diteruskan lagi dengan malam kebudayaan daripada setiap pelajar. masing-masing mempamerkan bakat terpendam bagi menghibukan para penonton.
malam kebudayaan : membuat persembahan menghiburkan hati penonton
Antara para penonton yang hadir termasuklah Tuan Ujud sekeluarga

HARI KETIGA 
 Sebelum pulang pelajar diberikan masa untuk persiapan diri setelah LDK seterusnya selesai diadakan. para pelajar bersiap-siap untuk pulang ke UiTM semula. sebelum balik Encik Samsuri telah memberikan kata-kata terakhir kepada para pelajar. para pelajar sempat bergambar kenangan di D'rhu Ombak Resort bersama jurulatih dan komander-komander pengiring.  


memory of KEMBARA


SKUAD KEMBARA IS A SPIRIT OF JENGKING JOHOR!!

No comments:

Post a Comment