PERKHEMAHAN BOMBA DI D’RHU OMBAK RESORT,ROMPIN PAHANG
4,5&6 MAC 2011
4 MAC 2011,JUMAAT
Pada pukul 2.30 petang semua peserta di minta berkumpul sebelum bertolak ke Rompin. Setibanya para peserta di Rompin,mereka di berikan taklimat oleh KM Amerul Asyraf mengenai peraturan di sepanjang aktiviti perkhemahan ini berlangsung. Seterusnya para peserta di kehendaki mendirikan khemah dan di beri masa untuk persiapan diri bagi aktivti di sebelah malam.
|
taklimat dari KM Amerul Asyraf |
|
LDK1 para peserta |
Seawal jam 7 pagi para peserta berkumpul untuk senaman pagi.Selepas itu para peserta bersarapan pagi,kemudian mereka mengikuti aktiviti secara berkumpulan. Mereka di minta secara berpasangan untuk melakukan tugasan yang di berikan oleh KM Amerul Asyraf dan KM Abd.Rashid. Para peserta juga di berikan peluang untuk menonjolkan bakat terpendam mereka. Turut mempamerkan bakat ialah ketua kompeni Bomba sendiri,KM Abd.Rashid dan KM Amerul Asyaraf. Ternyata persembahan mereka menghiburkan para peserta.
|
Senaman pagi yang di ketuai oleh KM Abd.Rashid |
|
Para peserta cuba mengangkat rakan masing-masing |
|
persembahan |
Pada sebelah petang pula,aktiviti ikhtiar hidup dilakukan. Para peserta di berikan dua biji kentang,dua biji telur,sardine,gula,dan tepung gandum. Mereka juga perlulah kreatif dalam menghias hasil masakan mereka untuk di hidangkan kepada juri. Juri bagi aktiviti ini ialah KM Abd.Rashid,KM Amerul Asyraf dan KRK Fatin Hazwani. Disamping itu, sebahagian komander pengiring bersama jurulatih sibuk membuat trek bagi aktiviti 'night walk' pada sebelah malamnya.
|
sibuk membuat trek bagi 'night walk' |
|
Aktiviti ikhtiar hidup |
|
juri teliti memberikan markah |
Pada sebelah malam pula,di adakan BBQ dan malam kebudayaan. Para peserta memberikan kerjasama yang baik dalam mempersembahkan persembahan mereka di hadapan para juri dan komander pengiring.Selepas malam kebudayaan,aktiviti seterusnya ialah ‘night walk’. Aktiviti ini di jalankan bagi membina jati diri pelajar.
|
menikmati hidangan malam |
6 MAC 2011,AHAD
Pada hari terakhir pula, para peserta di minta untuk membuat istana pasir berdasarkan kreativiti setiap ahli didalam kumpulan. Para peserta juga di berikan peluang untuk bermandi di pantai.Seterusnya,selepas makan tengahari para peserta di berikan masa untuk bersiap pulang ke kampus.
|
membina istana pasir |
|
LDK terakhir |
|
kesempatan bermain tidak di lepaskan para peserta |
Secara keseluruhannya,ternyata perkhemahan yang di jalankan pada kali ini berjaya mencapai objektifnya. Para peserta lebih mengenali antara satu sama lain serta mampu memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tak langsung.
No comments:
Post a Comment