MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, October 23, 2022

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI

     Pada tanggal 15 Oktober 2022 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT1). Majlis ini diadakan bertujuan untuk membubarkan jawatan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang lama sekaligus melantik ahli Kepimpinan Tertinggi yang baharu bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023.

Pengacara Majlis
Pembaca Doa

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Muhammad Aqil Sufyan Bin Shahrin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan mantan Pegawai Memerintah bagi sesi Mac - Ogos 2022 iaitu Lt. M Muhammad Haziq Haniff Bin Hashim (KEST) sekaligus membubarkan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac - Oktober 2022. Seiring dengan itu, ucapan daripada KK baharu iaitu KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023. Beliau sangat berharap dengan adanya pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi serta bertanggunggjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi.

Ucapan Mantan Pegawai Memerintah Sesi Mac - Ogos 2022


Ucapan Komander Kanan Sesi Oktober 2022 - Februari 2023

    Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang semangat kerjasama yang dibawa oleh pasukan Komander Johor yang mewakili UiTM Cawangan Johor bagi Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) baru-baru ini. Beliau juga berharap agar semua Komander dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, ucapan daripada Ketua Pegawai Kehormat Kesatria iaitu Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023. 


Ucapan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)


Ucapan Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab

    Majlis diteruskan lagi dengan Upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), kepada KK yang baru serta kepada Komander Kesatria batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis didahului dengan acara pemakaian pangkat bagi barisan Kepimpinan Tertinggi serta Komander Kesatria Batalion VI. Pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Kanan bagi KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla dan Komander Muda bagi jawatan Top, Majlis Tertinggi dan Ketua Kompeni. Kemudian, majlis beralih kepada penyerahan bintang dan penyampaian pingat pemenang bagi atlet Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC).




 

Pemakaian Pangkat Komader Kanan dan Komander Muda


Penyerahan Bintang dan Penyerahan Pingat Pemenang KKEC

    Majlis beralih kepada Upacara Penyerahan Kuasa sesi Oktober 2022 - Februari 2023 yang telah dilaksanakan oleh Lt. M Haziq Haniff Bin Hashim (KEST), Pegawai Memerintah bagi semester lepas untuk menjalani penyerahan kuasa kepada KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla dengan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab dan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), bagi menyempurnakan upacara penyerahan kuasa Pegawai Memerintah Majis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. 


Upacara Penyerahan Kuasa

    Majlis dengan ini menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan  multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria yang dilaungkan oleh KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla, Pegawai Memerintah, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2022 - Februari 2023 serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria. 


Pemberian Cenderahati

No comments:

Post a Comment