MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, October 23, 2022

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI

     Pada tanggal 15 Oktober 2022 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT1). Majlis ini diadakan bertujuan untuk membubarkan jawatan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang lama sekaligus melantik ahli Kepimpinan Tertinggi yang baharu bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023.

Pengacara Majlis
Pembaca Doa

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Muhammad Aqil Sufyan Bin Shahrin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan mantan Pegawai Memerintah bagi sesi Mac - Ogos 2022 iaitu Lt. M Muhammad Haziq Haniff Bin Hashim (KEST) sekaligus membubarkan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac - Oktober 2022. Seiring dengan itu, ucapan daripada KK baharu iaitu KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023. Beliau sangat berharap dengan adanya pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi serta bertanggunggjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi.

Ucapan Mantan Pegawai Memerintah Sesi Mac - Ogos 2022


Ucapan Komander Kanan Sesi Oktober 2022 - Februari 2023

    Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang semangat kerjasama yang dibawa oleh pasukan Komander Johor yang mewakili UiTM Cawangan Johor bagi Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) baru-baru ini. Beliau juga berharap agar semua Komander dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, ucapan daripada Ketua Pegawai Kehormat Kesatria iaitu Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023. 


Ucapan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)


Ucapan Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab

    Majlis diteruskan lagi dengan Upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), kepada KK yang baru serta kepada Komander Kesatria batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis didahului dengan acara pemakaian pangkat bagi barisan Kepimpinan Tertinggi serta Komander Kesatria Batalion VI. Pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Kanan bagi KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla dan Komander Muda bagi jawatan Top, Majlis Tertinggi dan Ketua Kompeni. Kemudian, majlis beralih kepada penyerahan bintang dan penyampaian pingat pemenang bagi atlet Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC).




 

Pemakaian Pangkat Komader Kanan dan Komander Muda


Penyerahan Bintang dan Penyerahan Pingat Pemenang KKEC

    Majlis beralih kepada Upacara Penyerahan Kuasa sesi Oktober 2022 - Februari 2023 yang telah dilaksanakan oleh Lt. M Haziq Haniff Bin Hashim (KEST), Pegawai Memerintah bagi semester lepas untuk menjalani penyerahan kuasa kepada KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla dengan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab dan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), bagi menyempurnakan upacara penyerahan kuasa Pegawai Memerintah Majis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. 


Upacara Penyerahan Kuasa

    Majlis dengan ini menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan  multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria yang dilaungkan oleh KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla, Pegawai Memerintah, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2022 - Februari 2023 serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria. 


Pemberian Cenderahati

Friday, October 21, 2022

KURSUS DAN KEM PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA (INDUKSI) BATALION VI SIRI KE-36

  Pada 4 Oktober 2022 hingga 6 Oktober 2022 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Siri ke-36. Kursus ini telah diadakan selama 3 hari yang melibatkan penyertaan seramai 65 orang Komander Johor dari Batch 36. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap komander untuk memantapkan lagi ciri kepimpinan sebagai seorang Komander yang boleh memimpin ahli pasukan. Kursus ini juga dapat melatih setiap komander untuk mempunyai sikap bertanggungjawab dan tegas dalam menjalani segala tugasan  serta meningkatkan lagi daya ketahanan fizikal dan mental. 

Slot Ujian Kecergasan Asas (UKA

    Pada 4 Oktober 2022 bermulanya Slot Ujian Kecergasan Asas (UKA). Slot ini mempunyai 6 ujian yang perlu dijalani oleh setiap peserta iaitu larian sepanjang 2.4 kilometer, lari bergilir, lompat jauh, push-up, sit-up dan jalan itik. Bagi ujian larian, masa lulus bagi siswa adalah 14 minit manakala siswi 16 minit. Dengan adanya ujian ini, kita dapat lihat bahawa  seseorang itu perlulah menggunakan daya ketahanan fizikal dan mental untuk lulus bagi setiap ujian. Slot ini juga dapat melatih kekuatan otot tangan dan juga kaki bagi seorang Komander.


Slot Mengawadkan Skuad

Seterusnya,  slot kedua yang dijalankan adalah Slot Mengawadkan Skuad. Slot ini wajib diadakan bagi setiap siri induksi. Hal ini demikian kerana,  kawad kaki adalah pelajaran yang sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap peserta. Di dalam slot ini, komander diberi peluang untuk memberi arahan dengan mengawadkan ahli pasukan masing-masing. Slot ini mampu menunjukkan potensi setiap komander untuk memimpin ahli pasukan dengan memberi arahan yang betul. 


Slot seterusnya yang dijalankan ialah Slot Persiapan Dalam Kumpulan. Dalam slot ini, para komander telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tajuk serta tema persembahan  bagi malam kebudayaan. Para komander telah melakukan perbincangan dan mencari idea-idea untuk membuat persembahan pada waktu malam kebudayaan mengikut tema yang telah diberikan. Disini kita dapat lihat bahawa para komander saling memberi dan berkongsi idea bagi persembahan mereka.

 

Slot Persiapan Kertas Kerja

Pada jam 8.30 malam, Slot Persiapan Kertas Kerja telah dijalankan dan slot ini telah disampaikan oleh Lt. Muhizan Bin Miskam (KEST). Para komander diberi pendedahan tentang setiap perkara yang perlu ada dalam kertas kerja iaitu kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas. Mereka juga diberi pendedahan tentang setiap borang yang perlu diisi bagi setiap acara  atau program yang ingin dilaksanakan sama ada bawah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) atau Kompeni.

 
Slot Explore Race

Pada 5 Oktober 2022, telah diadakan Slot Explorace yang dikendalikan oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST). Di dalam slot ini, terdapat 10 checkpoint di sekitar UiTM Cawangan Johor,  Kampus Segamat dimana setiap kumpulan perlu lulus setiap checkpoint. Dalam slot ini, kita dapat dilihat kemampuan para komander bekerjasama dalam menyelesaikan masalah serta cara bagaimana mereka bertindak dengan  rasional dan memberi arahan kepada ahli kumpulan. Setiap kumpulan yang tidak lulus dalam satu checkpoint akan diberi penalti. Melalui slot ini, ia dapat memberi pengajaran bahawa untuk berjaya, tidak ada jalan pintas dan semua perlu dibuat satu persatu mengikut proses. 


Slot Tugas Komander

Slot seterusnya yang dijalankan ialah Slot Tugas Komander yang disampaikan oleh Ajutan I iaitu KMdy Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla dan Ajutan II iaitu KMdy Noor Hazirah Binti Azidin yang bertempat di parking solar. Slot ini memberi pendedahan kepada para komander tentang buku penama elaun yang mereka perlu isi setiap kali menjaga kelas kor. Selain itu, mereka juga didedahkan tentang protokol iaitu pakaian, ayat serta etika yang perlu dijaga sebagai seorang Komander. Disini, mereka turut diberitahu tentang apa yang mereka boleh buat dan perkara yang dilarang buat sewaktu menjadi Komander.

Slot Malam Kebudayaan

Pada sebelah malam pula, Slot Malam Kebudayaan telah diadakan yang bertempat di Dewan Karyawan 1 (DK1). Setiap kumpulan perlu membuat persembahan serta pengajaran yang mereka dapat dari persembahan tersebut. Pelbagai persembahan yang menarik dan mencuit hati serta memberi banyak pengajaran dan nilai murni yang dapat diterapkan oleh setiap peserta. Dalam setiap persembahan, mereka juga telah meletakkan kreativiti sama ada props yang digunakan ataupun cara penyampaian mereka sendiri. 


Pada 6 Oktober 2022 merupakan hari terakhir bagi kursus Induksi Batch 36. Slot Simulasi Pendaftaran Kor oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST) telah diadakan. Para peserta diberikan pendedahan untuk menguruskan pelajar semester satu untuk mendaftar kor. Para komander didedahkan dengan tatacara dan ketegasan dalam memberi arahan kepada pelajar semester satu. Untuk melihat kemampuan masing-masing, mereka diuji untuk melontarkan suara serta memberi arahan kepada pelajar. Mereka juga diberi pendedahan situasi mengenai cara mereka menguruskan bilangan pelajar yang ramai di Padang Kawad bagi pendaftaran kor.


Majlis kenaikan Pangkat Komander Rendah Kanan (KRK)

Seterusnya, berlangsungnya Majlis Kenaikan Pangkat Komander Rendah Kanan (KRK) kepada para komander. Majlis ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI dan diiringi oleh staf unit kor iaitu Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST) dan Lt. Muhammad Noriman Bin Mohd Ali (KEST). Pada sebelah malam pula, penyerahan wing kepada setiap komander yang telah tamat menjalani Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Batalion VI Siri ke-36 telah diadakan. 


Oleh itu, diucapkan sekalung tahniah kepada para Komander yang telah menyertai Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Siri ke-36. Diharapkan agar para komander dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik setelah menjalani kursus ini. Semoga para Komander dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjalani tugasan pada masa akan datang.