Pada tanggal 22 April 2022 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, majlis ini telah dilaksanakan secara bersemuka di Lecture Theatre 2 (LT2). Segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan telah dipatuhi sepanjang majlis berlangsung. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membubarkan ahli Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang lama sekaligus melantik ahli Kepimpinan Tertinggi yang baharu bagi sesi Mac - Ogos 2022.
Pengacara Majlis
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM serta diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh BK Muhammad Nabil Bin Mohd Nazri. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan mantan Pegawai Memerintah MPKK Batalion VI sesi Oktober 2021 - Februari 2022, Lt. M Mohamad Zulfadhli Bin Fadil (KEST) sekaligus membubarkan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2021 - Februari 2022. Seterusnya, ucapan Pegawai Memerintah MPKK Batalion VI sesi Mac - Ogos 2022, Lt. M Muhammad Haziq Haniff Bin Hashim (KEST) serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac - Ogos 2022. Beliau berharap dengan adanya pemerintahan baharu ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria sesi Mac - Ogos 2022 pada semester ini dapat melahirkan para Komander yang berprestasi baik serta berdisplin.
Ucapan mantan Pegawai Memerintah Sesi Oktober 2021 - Februari 2022
Ucapan Pegawai Memerintah Sesi Mac - Ogos 2022
Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat daripada Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapan beliau, beliau sangat menekankan hubungan baik serta tanggungjawab sebagai seorang Komander. Seterusnya, ucapan daripada Ketua Pegawai Kehormat Kesatria, Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Mac - Ogos 2022.
Pemakaian Pangkat Komander Madya, Komander Muda dan Komander Rendah Kanan
Majlis diteruskan lagi ke acara seterusnya iaitu Upacara Pemakaian Pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI kepada barisan Kepimpinan Tertinggi serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis didahului dengan pemakaian pangkat bagi Komander Madya, seterusnya pemakaian pangkat Komander Muda bagi Ketua Biro dan Ketua Kompeni akhir sekali pemakaian pangkat bagi Komander Rendah Kanan. Majlis turut disempurnakan juga dengan 7 orang Komander Kesatria yang menerima kenaikan pangkat secara atas talian.
Upacara Penyerahan Kuasa
Upacara Penyerahan Kuasa sesi Mac - Ogos 2022 telah dilaksanakan dengan menjemput Lt. M Mohamad Zulfadhli Bin Fadil (KEST), Pegawai Memerintah pada semester lepas untuk menjalani upacara penyerahan kuasa kepada Lt. M Muhammad Haziq Haniff Bin Hashim (KEST) dengan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) Ketua Pegawai Kehormat Kesatria dan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi menyempurnakan upacara penyerahan kuasa Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.
Penyampaian Cenderahati
Sebelum majlis berakhir, majlis menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A.Wahab, Ketua Pegawai Kehormat sebagai tanda penghargaan. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh Lt. M Muhammad Haziq Haniff Bin Hashim (KEST), Pegawai Memerintah, Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar sebentar tadi, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.
No comments:
Post a Comment