MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, June 15, 2022

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER (LIBK) SIRI 36/2022 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND (LIBB) SIRI 33/2022

Pada 26 Mei sehingga 04 Jun 2022 yang lalu, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor telah mengadakan Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 36/2022 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 33/2022. Latihan Intensif ini dianggotai oleh seramai 102 orang Bakal Komander dimana ianya terdiri daripada 80 orang bakal komander dari Kampus Segamat dan 22 orang bakal komander dari Kampus Pasir Gudang. Manakala, peserta Brass Band dianggotai seramai 110 orang peserta.

LATIHAN KAWAD KAKI
SLOT ASAS PERTOLONGAN CEMAS

SLOT REMPUH HALANGAN
SLOT IKHTIAR HIDUP
SLOT MOTIVASI

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan sifat patriotisme dan semangat kerjasama yang padu dalam satu pasukan sekaligus mendidik semua bakal komander agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI kelak. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang teguh.


PEMERIKSAAN PERBARISAN
PERBARISAN BERJALAN LALU


Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 36/2022 ini tertumpu kepada pembelajaran asas Kawad Kaki yang dibimbing oleh empat orang jurulatih serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. Selain itu, latihan ini juga tertumpu kepada merempuh halangan, ilmu pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup.



Manakala bagi peserta Latihan Intensif Brass band Siri 33/2022 , mereka telah mempelajari cara untuk menjadi seorang anggota brass band dan cara untuk menggunakan alatan muzik dengan betul. Mereka juga telah dibimbing oleh dua orang jurulatih serta Hicom dan Senior Brass Band


UJIAN BERTULIS
UJIAN KAWAD KAKI

Pada 31 Mei dan 1 Jun 2022 Ujian Bertulis dan Ujian Kawad kaki telah diadakan. Tujuan ujian  ini diadakan adalah untuk memastikan mereka layak menjadi seorang Komander Johor. Dengan ini, kita juga dapat lihat bahawa bakal komander telah meletakkan 100% usaha mereka sepanjang latihan ini dijalankan.

BANNER LIBK SIRI 36/2022 DAN LIBB SIRI 33/2022


Pada 03 Jun 2022 telah berlangsungnya PERBARISAN PENUTUP LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER (LIBK) SIRI 36/2022 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND (LIBB) SIRI 33/2022 yang diadakan di padang kawad , UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Kol. Prof. Madya Dr. Akmal Aini Binti Othman (KEST), Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik juga menjalankan tugas sebagai Pemangku Rektor. Seramai 95 orang peserta LIBK telah berjaya menyandang pangkat Komander Rendah Muda (KRM) dan ia juga dengan rasminya telah menjadi Ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Upacara simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh  Kol. Prof. Madya Dr. Akmal Aini Binti Othman (KEST).


UPACARA SIMBOLIK PEMAKAIAN PANGKAT KOMANDER RENDAH MUDA KEPADA KRM MUHAMMAD SYAQIQ BIN MD YAZID 

SIMBOLIK PEMAKAIAN PANGKAT BAGI AHLI BRASS BAND KEPADA DRUM MAJOR AMNI FAIQ BIN HAZMAN

ANUGERAH PESERTA AKADEMIK TERBAIK KRM AFIQ LUQMAN BIN BAHARI

ANUGERAH PESERTA KAWAD KAKI TERBAIK KRM PUTERI NURIN JAZLINA BINTI ALFARUDIN

ANUGERAH KEPIMPINAN TERBAIK KRM MUHAMMAD IQRAM AZIZAN 

ANUGERAH PLATUN TERBAIK IAITU PLATUN DUA YANG DIKETUAI OLEH KRM AMY HAIKAL BIN ROSLI

ANUGERAH PESERTA TERBAIK KESELURUHAN KRM MUHAMMAD SYAQIQ BIN MD YAZID 

ANUGERAH PERCUSSION TERBAIK FARIZ EZZUDIN BIN ABD RAHIM

ANUGERAH WOODWIND TERBAIK HANA HUMAIRA BINTI AHMAD PUAD

ANUGERAH BRASS TERBAIK NUR ARISYA HUSNA BINTI SUKIMI

ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN MUHAMMAD AQIL BIN MOHD NOOR



Dengan berakhirnya majlis tersebut, secara rasminya peserta Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 36/2022 telah berjaya menyandang Komander Rendah Muda (KRM) dan juga pengiktirafan sebagai Anggota Brass Band Siri 33/2022.

No comments:

Post a Comment