MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, October 07, 2017

PERKAD MERDEKA 2017


Pada 21, 22 dan 23 September 2017 yang lepas, telah berlangsungnya Perkad Merdeka 2017 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Karnival Perkad pada kali ini terdapat sedikit kelainan daripada Karnival Perkad yang sebelumnya dimana terdapat penambahan kepada acara iaitu Pertandingan Sorakan Kreatif dan Sajak Kemerdekaan. Secara khususnya, program ini melibatkan semua pelajar kokurikulum semester 1. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya ketahanan dari segi mental dan fizikal, disiplin dan berdaya saing antara satu sama lain. Di samping itu, program ini juga dianjurkan bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara para pelajar, para komander dan staf-staf unit kokurikulum.

21 September 2017 (Khamis)

Perkad Merdeka 2017 melabuhkan tirainya pada 21 September 2017 iaitu bersamaan pada hari Khamis. Pada petang tersebut, raptai untuk semua acara iaitu acara Rempuh Halangan, Kawad Perbarisan, Kawad Kaki Kreatif serta Sajak Kemerdekaan dan Sorakan Kreatif dijalankan di sekitar Dewan Sri Temenggong (DST)  dan di Padang Rempuh. Para Komander Pengiring bertungkus lumus mendidik dan memantau para peserta sebagai persediaan untuk acara masing-masing.

Sebelum bermulanya acara Pertandingan Sorakan Kreatif dan Sajak Kemerdekaan, para pelajar berkumpul di Pusat Islam untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas berakhirnya majlis tersebut, para pelajar bergerak ke Dewan Sri Temenggong (DST) untuk acara pertama bagi Perkad Merdeka 2017 iaitu acara Pertandingan Sorakan Kreatif dan Sajak Kemerdekaan.Acara ini pertama kali dipertandingkan, sejajar dengan nama karnival ini. Acara ini dijalankan secara bergilir-gilir antara Sajak Kemerdekaan dan Sorakan Kreatif mengikut giliran setiap kompeni.

Berikut adalah keputusan bagi acara Sajak Kemerdekaan:

Tempat Pertama : Kesatria Negara Bravo
Tempat Kedua    : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Tempat Ketiga    : Brass Band

Berikut adalah keputusan bagi acara Sorakan Kreatif:

Tempat Pertama : Kesatria Negara Charlie
Tempat Kedua    : Kesatria Negara Delta
Tempat Ketiga    : Brass Band

Para pelajar kor menunggu pembukaan acara sajak 
kemerdekaan dan sorakan kreatif

Antara kompeni yang mempersembahkan sajak kemerdekaan.

Persembahan sorakan kreatif oleh kompeni 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

22 September 2017 (Jumaat)

Pada hari kedua Perkad Merdeka 2017 diteruskan lagi dengan acara Rempuh Halangan. Acara dimulakan pada pukul 9 pagi. Acara ini disertai 10 kompeni termasuk Kor Suksis.Ini merupakan kali pertama Suksis bertanding dalam acara ini.Ketua pengadil bagi acara ini adalah Mej (K) Noor Ezan Bin Omar dan para jurulatih menjadi pembantu pengadil sepanjang acara ini berlangsung.Tiada berlaku sebarang kecederaan parah sepanjang acara berlangsung,malah peserta berjaya melepasi kesemua halangan dengan kerjasama antara peserta sendiri.Para pelajar kor yang terlibat dengan acara juga memberi sorakan dengan bersemangat kepada kompeni masing-masing.

Berikut merupakan keputusan pertandingan bagi acara Rempuh Halangan:

Tempat Pertama : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Tempat Kedua    : Kesatria Kembara
Tempat Ketiga    : Kesatria Negara Alpha

Peserta Rempuh Halangan dari Kesatria Negara Delta.
Pasukan Rempuh Halangan dari Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM) sudah tiba di checkpoint terakhir iaitu Lapangan Sasar.
Pelajar kor dari Kesatria Negara Charlie sedang berkumpul di Padang Rempuh.
             Selepas berlangsungnya acara Rempuh Halangan, Perkad Merdeka 2017 diteruskan lagi dengan acara Kawad Perbarisan. Acara ini dimulakan pada pukul 3 petang dan disertai oleh 9 kompeni.Para peserta yang bertanding mewakili kompeni masing-masing memasuki padang kawad untuk beraksi mengikut urutan setelah membuat cabutan nombor giliran.Pertandingan dimulakan dengan Brass Band, Siswa Bomba Bantuan, Kesatria Negara Charlie, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kesatria Negara Bravo , kemudian Kesatria Negara Alpha, Kesatria Kembara dan akhir sekali Kesatria Negara Delta.

Berikut ialah keputusan pertandingan bagi acara kawad perbarisan :

Tempat pertama : Kesatria Negara Charlie
Tempat kedua    : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Tempat ketiga    : Kesatria Negara Delta

Para peserta beserta ic platun sedang bersedia untuk pemeriksaan pakaian.

Meja barisan para juri.
Peserta perbarisan dari Kompeni BSMM.

Peserta perbarisan dari Kompeni Alpha.

Pada sebelah malam pula, Karnival PERKAD diserikan lagi dengan acara Kawad Kreatif.Acara ini disertai oleh 9 buah kompeni yang bersaing merebut gelaran juara. 

Berikut ialah keputusan bagi acara kawad kreatif :

Tempat Pertama : Kesatria Negara Bravo
Tempat Kedua    : Kesatria Negara Charlie
Tempat Ketiga   :  Kesatria Negara Alpha

Ic platun terbaik telah dimenangi oleh KRK Muhammad Nur Asyraf bin Ujud dari Kompeni Kesatria Kembara.

Peserta Kawad Kreatif dari Kompeni Kesatria Kembara.
23 September 2017 (Sabtu)

Keesokkan harinya,berlangsungnya acara Mini Marathon yang disertai oleh semua pelajar kor dan komander yang mahu menyumbang mata pada kompeni masing-masing.Sebelum bermulanya larian,para komander mengetuai sesi senaman pagi di padang kawad untuk memanaskan badan.Tempat bermulanya larian ialah di padang kawad lama dan berakhir di tempat yang sama.Pelajar kor dikehendaki melepasi sebanyak 9 'checkpoint' dan 20 pelajar yang pertama sampai ke penamat akan diberikan hadiah sekaligus menyumbang mata kepada kompeni yang disertai.Mata yang terkumpul akan menentukan kemenangan kompeni dalam acara ini.

Para peserta sedang memanaskan badan sebelum acara Mini Marathon.
Antara para peserta siswi yang menyertai acara Mini Marathon.
Berikut ialah keputusan bagi acara mini marathon :

Tempat Pertama : Kesatria Kembara
Tempat Kedua   : Kesatria Negara Charlie
Tempat Ketiga   : Brass Band

Kini, acara yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Pada jam 11 pagi, selepas berakhirnya acara mini marathon, acara seterusnya bertukar tempat ke Dewan Sri Temenggong (DST) untuk Majlis Penutupan bagi Perkad Merdeka 2017, iaitu acara terakhir bagi Perkad Merdeka 2017. Hadiah dan cenderamata diberikan kepada setiap pemenang ketika majlis ini berlangsung. Pemenang bagi acara Sajak Kemerdekaan iaitu dari Kesatria Negara Bravo dan Sorakan kreatif dari Kesatria Negara Charlie juga turut mengadakan persembahan beserta persembahan daripada Brass Band.

Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi setiap kompeni:
1) Kesatria Negara Charlie
2) Kesatria Negara Bravo
3) Kesatria Kembara
4) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
5) Kesatria Negara Delta
6) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
7) Brass Band
8) Kesatria Negara Alpha
9) Siswa Bantuan Bomba (SISBOM)
10) Kor Suksis

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment