MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, October 08, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BRASS BAND SESI SEPTEMBER 17' - JANUARI 18'

Pada tarikh 1 Oktober 2017, iaitu pada hari Ahad yang lalu, telah diadakan Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band bagi sesi September 2017 - Januari 2018 pada jam 8:30 malam yang bertempat di Lecture Theater 2 (LT 2). Majlis pada kali ini telah dipengerusikan oleh saudara Muhammad Bismi Haziq Bin  Azahari, iaitu wakil Hi-Com Kompeni Brass Band.


Majlis telah dikelolakan oleh saudara Bismi Haziq sebagai pengerusi majlis.


Majlis diberkati lagi dengan bacaan Asmaul Husna dan doa rabitah oleh
 saudara Muhammad Norhafizie Bin Mohd Isa.
Sebelum majlis diteruskan dengan ucapan daripada para tetamu VIP, majlis didahulukan dengan laporan daripada Komander Rendah Kanan Nur Aqilah Bt Yusri selaku setiausaha satu bagi semester yang lalu untuk membentangkan segala perjalanan aktiviti semester lepas dan laporan kewangan oleh Komander Muda Siti Hawa Bt Muhamad Hatta @ Taufik selaku Bendahari satu semester yang lepas.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara melapor daripada KRK Ahmad Nabil. Selepas itu, majlis menjemput Komander Muda Nur Syazwina Bt Kharuman selaku ketua Kompeni Brass Band untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa pada semester yang lepas iaitu sesi Disember 2016 - April 2017 dan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi September 2017 - Januari 2018. Selain itu, selaku ketua kompeni Brass Band, Komander Muda Nur Syazwina amat berharap agar para pelajar sentiasa aktif dalam melibatkan diri terhadap segala aktiviti Kompeni Brass Band.


ucapan daripada Komander Muda Nur Syazwina selaku ketua kompeni Brass Band

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Band Major Wan Muhammad Azhad Bin Wan Ariffin untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Hi-Com Brass Band bagi sesi Disember  2016 - April 2017 serta melantik Ahli Jawatankuasa yang baru iaitu bagi sesi September 2017 - Januari 2018.


Band Major Wan Muhammad Azhad sedang memberikan ucapan
Majlis dengan segala sukacitanya telah menjemput Mej.(K) Ismail Bin Pahmi (KEST) selaku penasihat Kompeni Brass Band yang baru untuk memberikan ucapan kepada pelajar kor Kompeni Brass Band terutama sekali pelajar semester satu yang baru menghabiskan sesi interim pada bulan yang lalu. Beliau berharap agar para pelajar kor Kompeni Brass Band dapat memberikan komitmen terhadap jurulatih serta barisan-barisan ahli jawatankuasa.



ucapan oleh Mej. (K) Ismail Bin Pahmi, selaku penasihat Kompeni Brass Band yang baru

Majlis juga diserikan lagi dengan ucapan daripada penyelaras Kompeni Brass Band iaitu, LT. Muhizan Bin Miskam (KEST). Beliau mengucapkan tahniah diatas usaha ahli-ahli Kompeni Brass Band yang telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah diadakan terutama sekali dalam pertandingan Percussion UiTM 2017 yang telah diadakan pada akhir semester yang lalu, beliau berharap agar para pelajar meneruskan lagi usaha bagi pertandingan yang akan datang.


Ucapan oleh Lt. Muhizan Bin Miskam, selaku penyelaras Kompeni Brass Band
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan bagi memaparkan segala aktiviti yang telah dilakukan pada semester yang lalu.


Tayangan multimedia yang disediakan oleh biro multimedia

Para pelajar kor Kompeni Brass Band
Majlis mengharapkan agar Ahli Jawatankuasa yang baru dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. Majlis menutup tirainya dengan nyanyian lagu UiTM Sentiasa Di Hatiku dan lagu Darah Satria. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan pihak yang telah berusaha bagi menjayakan perjumpaan pada kali ini.

Sekian.


Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang terdiri daripada Komander dan Hi-Com














No comments:

Post a Comment