Pada 11 Oktober 2017 bersamaan dengan hari rabu yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Bravo yang bertempat di Lecture Theatre (LT2) pada jam 8 malam.
|
Pada perjumpaan kali ini, KRK Nur Syazana Binti Mohd Razif telah diberi tanggungjawab untuk menjadi
pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan
kepada Penasihat Kompeni Bravo, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion
VI, Ketua Kompeni Bravo, Komander-komander Kompeni Bravo, Mantan-mantan Kompeni
Bravo serta para pelajar semester 1 Kompeni Bravo.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Arif Aiman Bin Akmaluddin bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.
Seterusnya, majlis telah menjemput Ketua Kompeni Bravo iaitu KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar untuk memberikan ucapan serta memperkenalkan ahli jawatankuasa Kompeni Bravo yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lama. Beliau turut memperkenalkan ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada semester ini.

Ucapan daripada Ketua
Kompeni Bravo iaitu
KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar |
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penasihat Kompeni Bravo iaitu Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar (KEST). Beliau mengucapkan tahniah kepada Kompeni Bravo kerana berjaya menjadi naib johan pada Karnival Perkad Merdeka 2017 yang telah diadakan pada awal semester ini.
Ucapan
daripada Penasihat Kompeni Bravo iaitu
Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar (KEST) |
Selesai sahaja ucapan daripada Penasihat Kompeni Bravo,
majlis menjemput wakil Pegawai kehormat iaitu Left. Kol (K) Syazali Effendi Bin
A. Wahab (KEST). Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kompeni Bravo
atas kelancaran perjumpaan ini. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
atas kejayaan Kompeni Bravo dalam acara Perkad Merdeka 2017 yang telah diadakan
pada awal semester ini.
Ucapan daripada Wakil
Pegawai Kehormat iaitu Left. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) |
Selepas itu, para tetamu didedahkan lagi tentang
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan tayangan multimedia yang disediakan.
Seterusnnya, para tetamu berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah
disediakan.
Pengerusi majlis iaitu KRK Nur Syazana Binti Mohd Razif
mengharapkan setiap ahli Kompeni Bravo supaya memberikan kerjasama yang
sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri perjumpaan pada kali ini dengan
bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.