MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

MESYUARAT AGONG DWI-TAHUNAN KOMPENI BRAVO SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 12 julai 2016 bersamaan dengan hari selasa yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kompeni Bravo yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8 malam.

Pada mesyuarat pada kali ini, KRK Sharifah Qistina Alkadri binti Syed Zainal Abidin telah diberi tanggunjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat Kompeni Bravo, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni Bravo, Komander-komander Kompeni Bravo, mantan-mantan Kompeni Bravo dan paara pelajar semester 1 Kompeni Bravo.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh pelajar kokurikulum iaitu Muhammad Hizami bin Zamri bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.


Seterusnya majlis telah menjemput Ketua Kompeni Bravo iaitu KMdy Nor Ainon Syafiqah binti Ahmad untuk memberikan ucapan serta memperkanalkan ahli jawatankuasa Kompeni Bravo yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lepas.


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10 iaitu KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi selaku Pegawai Operasi Biro Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan selamat datang kepada para pelajar semester 1 Kompeni Bravo serta mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran mesyuarat ini. Beliau turut memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada semester ini.


Selepas itu, para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan tayangan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.


Pengerusi majlis iaitu KRK Sharifah Qistina Alkadri Binti Syed Zainal Abidin mengharapkan setiap ahli Kompeni Bravo supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment