MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, August 31, 2016

INDUKSI KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM) SESI JUN - OKTOBER 2016

Kompeni Jabatan Pertahanan UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Program Induksi di sekitar kawasan UiTM pada 19 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat. Induksi ini bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia khususnya pelajar semester 1.

Induksi ini juga diharap dapat memberi manfaat dan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar kokurikulum dan komander-komander Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Program ini juga melatih minda pelajar-pelajar untuk lebih meyakinkan diri serta mengajar pelajar-pelajar untuk bergerak sebagai satu kumpulan.

TARIKH DAN LOKASI
Program Induksi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah diadakan pada 19 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat. Program diadakan di sekitar kawasan UiTM Cawangan Johor.

PENYERTAAN DAN KEHADIRAN
Program Induksi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini telah disertai oleh para pelajar semester 1 daripada Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia .

- AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
   Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program Induksi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini berlangsung ialah Zumba, senamrobik, aktiviti ringan dan berakhir dengan Pemantapan Perkad.

Program ini telah berupaya meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar disamping dapat memahirkan kemahiran dalam berkomunikasi sewaktu aktiviti Malam Kebudayaan ini dijalankan. Program ini juga telah dapat menambahkan lagi pengalaman dalam hidup setiap para pelajar sekaligus menjadikan ia sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua. Dari program seperti ini, sikap saling menghormati dapat disemai dalam diri setiap para pelajar. Hal ini telah membuatkan hubungan antara para pelajar dan komander semakin rapat dan tiada lagi jurang seperti yang mereka fikirkan selama ini. Sekaligus program ini telah dapat membuang tanggapan para pelajar kor terhadap komander yang mereka sangkakan garang dan sentiasa serius.

Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Program Induksi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia membawa kejayaan dari segi pelaksanaan walaupun terdapat banyak masalah yang timbul dari segi yang tidak dapat dilihat secara terang tetapi masalah itu tetap wujud sepanjang aktiviti ini berlangsung. Permasalahan tetap akan terjadi di dalam setiap acara yang dilakukan Cuma bezanya cara kita mengendalikan permasalahan yang timbul itu dengan sewajar mungkin dan secara professional.


No comments:

Post a Comment