Pada 24, 26, dan 27 Ogos yang lalu, Komander Kesatria UiTM Cawangan
Johor telah mengadakan Karnival PERKAD bagi tahun 2016. Secara khususnya,
program ini melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum semester 1. Program ini
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya ketahanan dari segi
mental dan fizikal, berdisplin dan berdaya saing di antara satu sama lain . Di
samping itu, program ini dianjur bertujuan untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim para pelajar, para komander dan staf-staf unit kokurikulum.
24 Ogos 2016 (Rabu)
Program bermula pada 24 Ogos 2016 bersamaan pada hari Rabu. Acara
dimulakan dengan acara Perbarisan . Buat pengetahuan semua, acara perbarisan
merupakan acara yang baru diperkenalkan pada tahun ini . Acara ini menuntut pelajar
untuk berkawad seperti perbarisan tamat latihan . Acara ini diadakan pada waktu
petang iaitu waktu Kor para pelajar sem 1 . Para Pelajar dilepaskan mengikut
urutan kompeni bermula daripada kompeni Kesatria Negara iaitu Kompeni Alpha,
Kompeni Bravo, Kompeni Charlie dan diikuti kompeni Kesatria Kembara seterusnya
kompeni Bomba dan Penyelamat, kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , kompeni
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), kompeni Brassband dan akhir sekali diikuti
oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) .
Keputusan pertandingan diumumkan terus selepas acara berlangsung .
Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara perbarisan :
Tempat Pertama : Kesatria Negara Bravo
Tempat Kedua : Kesatria Negara Alpha
Tempat Ketiga : Bomba dan Penyelamat
25 OGOS 2016 (Jumaat)
Acara diteruskan lagi pada hari Sabtu pukul 8.00 pagi, dengan acara
perasmian . Majlis Perasmian dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Brig.
Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah .
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Kol. (K) Mohd
Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Kol. (K) Dr Raja
Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan
Alumni, Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan
Johor, barisan pegawai kehormat kesatria dan suksis UiTM Cawangan Johor,
Ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit UiTM Cawangan Johor, barisan jurulatih
kokurikulum dan para pengadil, para komander kesatria UiTM Cawangan Johor, para
KOR sukarelawan siswa siswi polis (Suksis) UiTM Johor dan para pelajar
kokurikulum UiTM Cawangan Johor.
Pada pagi tersebut KRK Muhammad Haziq bin Mohd Fuad dan KRK 'Aliah
Nazihah binti Maznan telah bertindak selaku pengerusi majlis . Tirai majlis
dibuka dengan bacaan doa oleh KMdy Muhammad Zikri bin Hairuddin bagi memberkati
lagi majlis dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia
Warga UiTM. Seterusnya, majlis telah menjemput KMdy Asiahtul Qubra binti Mat
Zin selaku Timbalan Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, UiTM
Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2016 untuk menyampaikan ucapan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Rektor UiTM Cawangan
Johor, Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah .
Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan demonstrasi Tempur
Tanpa Senjata (TTS) daripada para komander kesatria negara . TTS adalah
sebahagian daripada kokurikulum kesatria 2 dan 3 . TTS adalah seni
mempertahankan diri yang diamalkan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
merupakan silibus utama kesatria semester 2 dan 3.
Persembahan TTS
Persembahan ini turut diselitkan dengan gimik bagi pembukaan PERKAD.
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada Brassband .
Pada hari yang sama, pertandingan Rempuh Halangan diadakan pada sebelah
petang . Acara dimulakan pada pukul 5:00 petang di padang rempuh .
Acara ini hanya disertai oleh 8 kompeni sahaja, kerana Kor Suksis tidak
masuk bertanding .
Ketua pengadil pada hari tersebut ialah Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi.
Para jurulatih telah menjadi pembantu pengadil sepanjang acara Rempuh Halangan
berlangsung. Syukur, kesemua peserta yang terlibat tidak mengalami cedera parah
semasa bertanding malah mereka semua berjaya menghabiskan halangan dengan
bantuan ahli pasukan masing-masing. Kerjasama amat dititikberatkan dan semangat
yang membara telah membuatkan mereka berjaya tiba hingga ke penamat. Bukan itu
sahaja, semua rakan-rakan dari semua kompeni telah memberikan kata-kata
semangat dan sorakan semasa para peserta berada dalam litar rempuh halangan.
Seterusnya, ketua pengadil iaitu Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi mengumumkan
keputusan pertandingan .
Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara Rempuh Halangan :
Tempat Pertama : Kompeni Kesatria Bravo
Tempat Kedua : Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Tempat ketiga : Kompeni Kesatria Alpha
Pada sebelah malam pula, telah diadakan acara Kawad Kaki Kreatif . Acara
ini disertai oleh semua kompeni termasuk daripada sukarelawan Kor Suksis
.
Berikut adalah keputusan bagi acara Kawad Kaki Kreatif :
Tempat Pertama : Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Tempat Kedua : Kompeni Bomba dan Penyelamat
Tempat Ketiga : Kompeni Brassband
Anugerah Platun Terbaik pula jatuh kepada KRK Sofi Suraya binti
Sofruddin dari kompeni Kesatria Negara Alpha
26 OGOS 2016 (Sabtu)
Acara diteruskan lagi dengan Mini Marathon pada pukul 8.00 pagi. Sebelum
itu para komander mengiringi acara senamrobik untuk memanaskan badan terlebih
dahulu. Tempat bermula adalah di kawasan padang kawad dan tamat ditempat yang
sama. Terdapat 9 'checkpoint' yang harus dilalui oleh semua peserta Mini
Marathon. Bukan itu sahaja, malah para komander juga turut serta dalam acara
ini. Kesemua peserta yang menyertai acara ini juga akan menyumbang mata bagi
kompeni masing-masing untuk dikumpulkan pada akhir PERKAD nanti. Hadiah yang
disediakan adalah dari tempat pertama hinggalah tempat keduapuluh untuk siswa
dan siswi.
Berikut adalah keputusan bagi acara Mini Marathon :
Tempat pertama : Kesatria Negara Charlie
Tempat Kedua : Kesatria Kembara
Tempat ketiga : Kesatria Negara Bravo
Kini, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada hari yang sama pada
pukul 10:00 pagi, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Karnival PERKAD 2016.
Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad,
Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni, Mejar (K) Ujud
bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat
kesatria dan suksis UiTM Cawangan Johor, Ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit
UiTM Cawangan Johor, barisan jurulatih kokurikulum dan para pengadil, para
komander kesatria UiTM Cawangan Johor, para KOR sukarelawan siswa siswi polis
(Suksis) UiTM Johor dan para pelajar kokurikulum UiTM Cawangan Johor.
Pada pagi tersebut KRK Muhammad Farouqi Izzad bin Abdul Rahman dan KRK
'Aliah Nazihah binti Maznan telah bertindak selaku pengerusi majlis . Tirai
majlis dibuka dengan bacaan doa oleh KMdy Muhammad Zikri bin Hairuddin bagi
memberkati lagi majlis dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan
Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis telah menjemput Komander Kanan Muhammad
Tashdiq bin Basri selaku Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, UiTM
Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2016 untuk menyampaikan ucapan
dan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan
Jaringan Industri dan Alumni, Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja
Ahmad .
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Brassband .
Kini tibalah masa untuk mengumumkan Juara Keseluruhan bagi Karnival
PERKAD 2016. Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Kol. (K)
Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri
dan Alumni diiringi oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum
UiTM Johor bagi menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan bagi Karnival
PERKAD 2016.
Juara bagi Karnival PERKAD 2016 menjadi milik kompeni Kesatria
Negara Bravo .
Pihak Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor mengucapkan sekalung tahniah
dan syabas kepada para pemenang dan menghargai komitmen dan masa yang telah
diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan karnival PERKAD tahun 2016.
Diharapkan kejayaan yang dirangkul dapat dikekalkan dan komitmen yang diberikan
dapat diteruskan dalam tahun yang akan datang .
Sekian Terima kasih