MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, May 30, 2016

INDUKSI OPERASI SUNTIKAN ILMU KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kokurikulum yang terdapat di UiTM Cawangan Johor. Kompeni ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar mengenai kemahiran pertolongan cemas yang dipelajari oleh para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Selain itu, objektif Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan adalah untuk melahirkan para pelajar yang mampu mempraktikkan kemahiran pertolongan cemas yang betul dan tepat dalam kehidupan. Justeru itu, Operasi Suntikan Ilmu (Induksi) ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokuriklum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Program ini dianjurkan oleh Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor sendiri bagi memberi pendekatan dan pendedahan yang lebih
mendalam mengenai kemahiran pertolongan cemas yang seharusnya diterapkan kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.

Program ini akan di sertai seramai 58 orang peserta yang merangkumi 40 orang pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor semester 1, 18 orang pelajar semester 2, 12 orang komander Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor, seorang Pelatih Persatuan Bulan Sabit Merah dan seorang Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai telatah pelajar dapat disaksikan. Pelajar tidak memberikan sebarang reaksi yang negative sepanjang aktiviti ini dilakukan. Semua peserta mematuhi arahan fasilitor dan urusetia yang bertugas. Program ini berjalan dengan lancar dengan semua kerjasama dari semua peserta, urusetia dan fasilitor serta semua jurulatih. Kerjasama yang diberikan oleh semua peserta yang terlibat amat memuaskan. Komitmen yang diberikan oleh semua
fasilitor, urusetia serta jurulatih pula amat membanggakan.

Para pelajar memberikan komitmen dan tumpuan yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Para pelajar mampu mempelajari kaedah-kaedah dalam balutan dan cpr untuk diguna pakai dalam keadaan cemas mahupun sebagai rawatan awal terhadap mangsa pesakit. Kemahiran ini mampu memberikan kefahaman dan konsep asas atas penggunaan kecemasan yang betul semasa memberikan rawatan.

Para peserta mula berkumpul di padang kawad lama pada pukul 7.30 pagi. Ketua projek iaitu KRK Nurul Amanina Binti Sulaiman memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Induksi selama sehari. Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi dan senamrobik. Selesai senaman pagi, para pelajar dibahagikan mengikut 6 kumpulan untuk sesi ice-breaking. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK1 iaitu pembelajaran CPR dan balutan  yang dikendalikan oleh Encik
Shahrin Bin Idris. Pada waktu petang, para pelajar melakukan riadah petang  dimana para pelajar melakukan permainan ekplores dan bersuka ria bersama komander pengiring yang lain. Aktiviti berakhir pada pukul 7.00 malam dan majlis penutupan Induksi dijalankan pada pukul 8.00 malam.

                                                                      Senaman pagi

                                                                       Sarapan pagi

                                                                 Pembelajaran CPR

Sepanjang program Induksi Operasi Suntikan Ilmu ini dijalankan, program ini tida menghadapi sebarang masalah. Program ini dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dalam atur cara program dan masa digunakan dengan begitu cekap sekali. Kehadiran jurulatih untuk membantu dalam mengurus program ini juga amat memberangsangkan dan tepat pada masanya.

                                                                          Peserta induksi

                                                                   Majlis Penutupan

Keseluruhan daripada program ini, para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tiada masalah yang dilakukan oleh mereka. Para peserta memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti induksi ini dijalankan. Para pelajar pula mendengar segala ulasan yang disampaikan oleh para fasilitor bagi setiap aktiviti yang dijalankan dengan tekun sekali. Induksi Operasi Suntikan Ilmu yang dijalankan juga memberi kesan kepada para pelajar untuk lebih bersedia
dalam apa jua keadaan kecemasan.

Keseluruhan aktiviti berjalan lancar dan memudahkan urusan para komander yang juga merangkap sebagai fasilitor yang menjalankan tugas. Mengikut soal selidik yang dijalankan semuanya sangat memuaskan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kiralah dari segi apa sekali pun. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment