MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 30, 2015

Family Day (Induksi) Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sesi Jun - Oktober 2015

Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kokurikulum yang terdapat di UiTM Johor. Kompeni ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar mengenai kemahiran pertolongan cemas yang perlu dipelajari oleh para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Justeru itu, Family Day (Induksi) ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Program ini dianjurkan oleh kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor sendiri bagi memberi pendekatan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kemahiran pertolongan cemas yang seharusnya diterapkan kepada para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor.


Program  ini akan disertai seramai 180 orang peserta yang merangkumi 78 orang pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor semester 1, 61 orang pelajar semester 2,  14 orang komander Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor, 4 orang jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor dan seorang Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Aktiviti ini diadakan di UiTM Johor, Kampus Segamat. Program ini dikendalikan dan dipantau  oleh Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar, selaku Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lt. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan, selaku penyelaras Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah dan  6 orang   jurulatih iaitu En. Abdul Razak Bin Md Yassin, En. Hj Mohd Shah Bin Abdul Samad,En. Zainal Abidin Bin Daud ,Tn. Zulkiflee Chandra Bin Abdullah,Pn Rosmawati binti ,En. Abdul Razak bin dan En Mohd Shahrin bin.

Kain anduh, patung (CPR) dan stretcher merupakan peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti dijalankan. Fasilitator terdiri daripada 2 orang komander pengiring serta 11 orang komander pengiring yang lain bertindak sebagai urusetia. Di samping itu, pegawai pengiring dan 6 orang jurulatih Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah turut serta bagi mengawasi agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Senarai nama komander pengiring boleh di dapati dalam lampiran laporan. 

Para pelajar berkumpul selepas sesi pendaftaran


Para pelajar sedang melakukan 'ice breaking'

Aktiviti riadah petang


28 Ogos 2015

Para peserta mula berkumpul di padang kawad pada pukul 7.30 pagi. Ketua projek iaitu KRM Nur Faizatul Syazwani binti Sulaiman memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program Family Day selama 2 hari. Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi dan senamrobik. Selesai senaman pagi, para pelajar dibahagikan mengikut 10  kumpulan untuk sesi ice-breaking. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK1 iaitu pembelajaran balutan yang dikendalikan oleh jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah En. Zainal Abidin Bin Daud. Pada waktu petang, para pelajar melakukan riadah petang dimana para pelajar  beriadah bersama komander pengiring yang lain. Pembelajaran CPR diteruskan pada sebelah malam, yang dikendalikan oleh En. Hj Mohd Shah Bin Abdul Samad. Para pelajar mula bersurai pada pukul 11.00 malam.

Pelajar sedang melakukan aktiviti senaman pagi

Pelajar kor sedang berlatih berkawad sempena PERKAD yang akan datang

Sesi pembelajaran balutan oleh En. Zainal Abidin bin Daud


29 Ogos 2015
Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi dan senamrobik yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar amat bersemangat untuk melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan latihan sukaneka dan aktiviti berkumpulan untuk aktiviti riadah petang.Selepas itu, akan diadakan latihan bagi peserta acara PERKAD bagi memantapkan lagi latihan seperti kawad kaki, rempuh halangan,kawad hos, CPR , dan simulasi bencana sebelum berlangsungnya hari pertandingan. Aktiviti  berakhir pada 1.55 petang dan majlis penutupan program Family Day dijalankan pada pukul 2.00 petang. 

Majlis penutupan induksi

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kokurikulum pelajar semester 1 Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Latihan dan kemahiran ini adalah merupakan program wajib yang merangkumi 20% markah akhir kokurikulum para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar juga lebih mengetahui tentang silibus pembelajaran mereka. Sememangnya program ini dapat menambah pengetahuan dan juga pengalaman kepada para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Pembelajaran yang diperoleh dalam program ini sangatlah bernilai kerana ianya merupakan pembelajaran yang dapat diguna pakai sebagai rawatan awal semasa dalam keadaan kecemasan.

No comments:

Post a Comment