MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, August 31, 2015

Majlis Persaraan Kapt. (K) Samsuri bin Mohd Tahir

Pada 30 Ogos 2015 pada jam 4 petang semua komander berkumpul untuk menyediakan barang dan peralatan untuk disusun dalam Dewan Seri Temengong. Pada pukul 4.30 petang semua komander membuat barisan di dalam Dewan Seri Temengong. Tepat pada pukul 5.30 petang ketibaan VIP untuk masuk ke dalam dewan dan majlis pun bermula. Turut hadir Kol. (K) Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Halim bin Kadri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor, para pegawai kehormat dan staff-staff unit kokurikulum.

Para pegawai kehormat dan para jurulatih yang turut hadir

Yang diraikan Kapt. (K) Samsuri bin Mohd Tahir

Selepas ketibaan masuk VIP, nyanyian 3 buah lagu wajib iaitu lagu negeri Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Selepas nyanyian 3 lagu wajib, Pegawai latih 1, KMdy Muhammad Najib bin Ahmad Azir melapor kepada yang diraikan, Kapt. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir untuk melakukan pemeriksaan barisan. Selepas pemeriksaan barisan, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa daripada KRM Mohamad Amirol Bin Ramli.

Kapt. (K) Samsuri bin Mohd Tahir memberikan ucapan buat kali terakhir
Penyampaian cenderamata tanda kenang - kenangan

Kemudian majlis diteruskan dengan taklimat dan amanat buat kali yang terakhir  daripada Kapt. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir sepanjang beliau menjadi Ketua Staff Unit Kokurikulum UiTM Johor . Selepas taklimat, majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati kepada Kapt. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir. Hadiah yang pertama merupakan wakil daripada unit kokurikulum iaitu Mejar (K) Ujud Bin Pabil. Yang kedua pula daripada Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil, dan yang ketiga wakil daripada pegawai kehormat.

Sorakan 3 kali gempur komander

Para komander berbaris untuk Kapt. (K) Samsuri bin Mohd Tahir berjalan  lalu
Para tetamu VIP menjamu selera

Sesi bergambar bersama para pegawai kehormat dan para komander UiTM Johor

Majlis kemudian di meriahkan lagi dengan 3 kali sorakan gempur komander daripada komander-komander Batalion VI. Kemudian majlis berakhir dengan Pegawai Latih 1, KMdy Muhammad Najib bin Ahmad Azir melapor kepada yang diraikan, Kapt. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir. Majlis kemudian di akhiri dengan para VIP diiring untuk ke menjamu hidangan yang telah disediakan. Semua komander kemudian membuat satu barisan bagi memberi hormat kepada Kapt. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir buat kali yang terakhir untuk berjalan keluar daripada majlis.

Sunday, August 30, 2015

Family Day (Induksi) Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sesi Jun - Oktober 2015

Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kokurikulum yang terdapat di UiTM Johor. Kompeni ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar mengenai kemahiran pertolongan cemas yang perlu dipelajari oleh para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Justeru itu, Family Day (Induksi) ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Program ini dianjurkan oleh kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor sendiri bagi memberi pendekatan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kemahiran pertolongan cemas yang seharusnya diterapkan kepada para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor.


Program  ini akan disertai seramai 180 orang peserta yang merangkumi 78 orang pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor semester 1, 61 orang pelajar semester 2,  14 orang komander Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor, 4 orang jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor dan seorang Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Aktiviti ini diadakan di UiTM Johor, Kampus Segamat. Program ini dikendalikan dan dipantau  oleh Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar, selaku Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lt. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan, selaku penyelaras Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah dan  6 orang   jurulatih iaitu En. Abdul Razak Bin Md Yassin, En. Hj Mohd Shah Bin Abdul Samad,En. Zainal Abidin Bin Daud ,Tn. Zulkiflee Chandra Bin Abdullah,Pn Rosmawati binti ,En. Abdul Razak bin dan En Mohd Shahrin bin.

Kain anduh, patung (CPR) dan stretcher merupakan peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti dijalankan. Fasilitator terdiri daripada 2 orang komander pengiring serta 11 orang komander pengiring yang lain bertindak sebagai urusetia. Di samping itu, pegawai pengiring dan 6 orang jurulatih Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah turut serta bagi mengawasi agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Senarai nama komander pengiring boleh di dapati dalam lampiran laporan. 

Para pelajar berkumpul selepas sesi pendaftaran


Para pelajar sedang melakukan 'ice breaking'

Aktiviti riadah petang


28 Ogos 2015

Para peserta mula berkumpul di padang kawad pada pukul 7.30 pagi. Ketua projek iaitu KRM Nur Faizatul Syazwani binti Sulaiman memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program Family Day selama 2 hari. Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi dan senamrobik. Selesai senaman pagi, para pelajar dibahagikan mengikut 10  kumpulan untuk sesi ice-breaking. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK1 iaitu pembelajaran balutan yang dikendalikan oleh jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah En. Zainal Abidin Bin Daud. Pada waktu petang, para pelajar melakukan riadah petang dimana para pelajar  beriadah bersama komander pengiring yang lain. Pembelajaran CPR diteruskan pada sebelah malam, yang dikendalikan oleh En. Hj Mohd Shah Bin Abdul Samad. Para pelajar mula bersurai pada pukul 11.00 malam.

Pelajar sedang melakukan aktiviti senaman pagi

Pelajar kor sedang berlatih berkawad sempena PERKAD yang akan datang

Sesi pembelajaran balutan oleh En. Zainal Abidin bin Daud


29 Ogos 2015
Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi dan senamrobik yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar amat bersemangat untuk melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan latihan sukaneka dan aktiviti berkumpulan untuk aktiviti riadah petang.Selepas itu, akan diadakan latihan bagi peserta acara PERKAD bagi memantapkan lagi latihan seperti kawad kaki, rempuh halangan,kawad hos, CPR , dan simulasi bencana sebelum berlangsungnya hari pertandingan. Aktiviti  berakhir pada 1.55 petang dan majlis penutupan program Family Day dijalankan pada pukul 2.00 petang. 

Majlis penutupan induksi

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kokurikulum pelajar semester 1 Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Latihan dan kemahiran ini adalah merupakan program wajib yang merangkumi 20% markah akhir kokurikulum para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar juga lebih mengetahui tentang silibus pembelajaran mereka. Sememangnya program ini dapat menambah pengetahuan dan juga pengalaman kepada para pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Pembelajaran yang diperoleh dalam program ini sangatlah bernilai kerana ianya merupakan pembelajaran yang dapat diguna pakai sebagai rawatan awal semasa dalam keadaan kecemasan.

Friday, August 28, 2015

Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Peringkat Daerah Segamat

Pada 27 Ogos 2015 bersamaan pada hari Khamis yang lepas, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah terlibat dalam raptai perbarisan sempena menyambut hari kemerdekaan tahun 2015 di Dataran Segamat. Raptai ini diadakan bertujuan untuk mendapat gambaran semasa hari sebenar majlis sambutan hari kemerdekaan yang akan dihadiri oleh seluruh penduduk daerah Segamat. 

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor tiba di tempat permulaan perarakan

Raptai bermula pada pukul 7.00 pagi. Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah bertolak dari UiTM Segamat pada pukul 6.30 pagi dengan menaiki bas UiTM. Perarakan pada tahun ini lebih mudah dan dekat kerana perjalanan perbarisan telah diubah dan dipendekkan berbanding pada tahun yang lalu. Kesemua yang terlibat dari pelbagai jabatan dalam acara perbarisan turut hadir dalam raptai ini walaupun pada hari bekerja.

Brass Band UiTM Johor berada paling hadapan untuk perbarisan pada kali ini 

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor berada di belakang peserta Brass Band UiTM Johor

Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) sedang bersiap sedia untuk berarak

Bukan itu sahaja, para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor dan Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah diamanahkan untuk membawa bendera Jalur Gemilang dan bendera Johor. Oleh yang demikian, kedua-dua kontinjen ini ditempatkan di barisan paling hadapan selepas Pasukan Brass Band UiTM Johor.

Kontinjen daripada Pejabat Polis Daerah Segamat

Para komander yang menyertai acara perbarisan sepanduk

Peserta perbarisan sedang berbaris di dalam dataran Segamat

Brass Band UiTM Johor sedang berlatih di tengah-tengah dataran Segamat

Para komander sedang berbaris sebelum bertolak pulang ke UiTM Johor

Raptai penuh ini juga hanya dilakukan sekali sahaja. Kesemua kontinjen telah ditetapkan kedudukan oleh askar yang bertugas pada hari tersebut dan akan berada di kedudukan yang sama  semasa hari kejadian. Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah ditempatkan di tengah-tengah hadapan pentas. Selepas semua kontinjen telah tahu dan berada pada kedudukan yang telah ditetapkan, raptai ringkas ini diakhiri dengan sedikit ucapan wakil daripada menteri daerah Segamat yang mengatakan sambutan pada tahun ini telah dipendekkan jarak untuk perarakan bagi memudahkan para peserta perbarisan terutama sekali peserta-peserta daripada tadika dan sekolah rendah.

Monday, August 24, 2015

Orienteering Kembara Semester 3 UiTM Johor Sesi Jun – Oktober 2014

Pada bulan Ogos iaitu pada tarikh 22 Ogos 2015, Pertandingan Orienteering Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga telah diadakan di UiTM Segamat selama sehari. Pertandingan ini telah disertai oleh 130 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga. Program ini diiringi oleh dua orang Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukur dan Kapt. (K) Norsyidah binti Mahmat Sani dan juga tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak bin Abu Hassan, Encik Amyrull bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 17 orang Komander Kesatria Kembara.

Peta yang menjadi rujukan buat para peserta


Orienteering Kembara ini bertujuan untuk:

1. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dalam membuat sesuatu keputusan dalam keadaan darurat dengan bijak.
2. Memberikan pelajar Kesatria Kembara semester 3 merasai pengalaman melakukan aktiviti orienteering terbuka di persekitaran UiTM  Segamat.
3. Menjadikan Pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri masing-masing.

Para peserta sedang memanaskan badan

Pelajar sedang mendapatkan peralatan sebelum aktiviti dimulakan

Peserta sedang bertungkus lumus mencari 'checkpoint'

Kerjasama amat penting ketika melakukan aktiviti orientering

Team Building - LDK

Aturcara:

22 Ogos 2015 (Sabtu)

0745 - Pelajar berkumpul di padang kawad
0800 - Pendaftaran
0815 - Senaman dan aerobik
0850 - Sarapan pagi
1000 - Pertandingan Orienteering
1400 - Pertandingan Orienteering tamat
1430 - Makan tengah hari dan solat zuhur
1530 - LDK (Team Building)
1830 - Persiapan diri
2000 - Majlis penutupan dan makan malam
2130 - Penyampaian hadiah
2230 - Bersurai

Aturcara Makan Malam:

2000 - Ketibaan pelajar Kesatria Kembara
2045 - Ketibaan tetamu VIP
2100 - Nyanyian lagu 1. Bangsa Johor
2. Negaraku
3.Wawasan Setia Warga UiTM
2115 - Bacaan doa
2130 - Ucapan aluan oleh penyelaras Kesatria Kembara
2145 - Ucapan ketua kompeni
2200 - Jamuan makan malam
2215 - Tayangan multimedia
2225 - Persembahan
2245 - Penyampaian hadiah
2250 - Nyanyian lagu UiTM Dihatiku
2300 - Bersurai

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Pemberian cenderahati kepada Jurulatih Kompeni Kesatria Kembara

Keputusannya, tempat pertama bagi Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester Tiga dimenangi oleh Kumpulan 18 yang dianggotai seramai empat orang iaitu Muhammad Syazni bin Mahmud, Siti Mastura bt Abd. Jalil, Nur Azwaa Fazila binti Yahya dan Nuramira Arthifah binti Mohd Raus. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan Enam iaitu Nur Izlyn Ilyana binti Ismail, Siti Nuraishah binti Jamaludin, Nur Shahanim binti Rosli dan Muhammad Tashdiq bin Basri. Akhir sekali, tempat ketiga dimiliki oleh Kumpulan Sembilan iaitu Anis Firdaus binti Sarudin, Raja Nurkhalida binti Raja Mohd Zain, Muhammad Haziq Hafizzuddin bin Norazman dan Fatin Nurhaziqah binti Atan.

Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester Tiga merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga. Secara keseluruhannya, pertandingan orienteering ini telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran matang, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan mental dan fizikal mereka.

Sepanjang menjalani aktiviti orienteering ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam penggunaan kompas dan peta. Ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti-aktiviti sebegini. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan seperti orienteering tetapi mereka tidak tahu bagaimana alat-alatan itu boleh digunakan.

Sunday, August 23, 2015

Hari Exploration De Jour (Induksi) Kesatria Negara Kompeni Bravo sesi Jun - Oktober 2015

Induksi ini iadakan pada 22 Ogos 2015 bertempat di Padang Kawad Utama UiTM Johor Kampus Segamat dan dihadiri oleh para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Bravo UiTM Johor seramai 84 orang pelajar kokurikulum, 9 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan. Turut hadir para pegawai kehormat ,Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab ,Mejar (K) Norfariza binti Mohd Ali, Mejar (K) Rosnani binti Mohd Salleh, Lt. (K) Fairus bin Abdul Shukor dan para jurulatih Kompeni Bravo.
Para pelajar dan komander Kompeni Bravo melakukan aktiviti senaman pagi
     
Para pelajar berbaris di padang kawaad


Hari Exploration de Jour Kesatria Negara Kompeni Bravo (Induksi) ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi latihan untuk Karnival PERKAD yang bakal berlangsung awal September ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander Kompeni Bravo dan penasihat Kompeni Bravo serta jurulatih-jurulatih Kesatria Negara Kompeni Bravo. Di samping itu, program ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada setiap pelajar Kesatria Negara Kompeni Bravo dan dapat mewujudkan sikap kepimpinan dan keazaman diri yang tinggi dalam diri para pelajar Kesatria Negara semester 1 Kompeni Bravo.


Berikut adalah aturcara induksi yang dianjurkan.

Aturcara
7.30 pagi            : Pendaftaran pelajar kokurikulum.
7.45 pagi : Pelajar berkumpul.
8.15 pagi : Taklimat program dan senam robik.
8.20 pagi : Bacaan doa.
8.30 pagi : Sarapan pagi.
9.00 pagi     : Aktiviti pemantapan acara PERKAD.
12.30 tengahari       : Majlis Penutup.
12.45 tengahari      : Jamuan makan.
1.00   petang          : Bersurai

Aktiviti diteruskan lagi dengan acara pemantatapan PERKAD. Para pelajar dilatih mengikut pertandingan yang telah ditetapkan oleh para komander pengiring. Acara PERKAD ini melibatkan 9 kompeni termasuk suksis. Pelajar dan komander bertungkus lumus dalam persiapan acara PERKAD ini untuk menandingi kompeni lain dan ingin menambah baik daripada acara PERKAD yang lalu. Para pelajar juga bersemangat ketika berlatih bersama-sama komander dan para jurulatih.
Peserta CPR sedang dilatih oleh komander yang bertugas

Peserta rempuh halangan sedang berlatih memanjat tembok
Para tetamu kehormat yang sudi hadir ke Hari Exploration De Jour

Ucapan perasmian penutupan 


Hari Exploration de Jour Kesatria Negara Kompeni Bravo (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti Hari Eksplorasi kali ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Hari Exploration de Jour ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada Komander Kesatria Kompeni Bravo, penasihat Kompeni Bravo dan penyelaras Kompeni Bravo dalam menjayakan majlis ini.

Program Bersama Dengan Pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Pada 22 Ogos 2015, Ahli Jawatankuasa Kelab Bridged Sukarelawan UiTM Johor telah mengadakan program bersama dengan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi, semua pelajar berkumpul d padang kawad baru. Selepas sahaja semua pelajar berkumpul bersama-sama dengan guru pengiring, pihak fasilitator iaitu komander mengiringi pelajar-pelajar tersebut ke Dewan Kuliah 1 untuk menyampaikan sedikit taklimat  dan perasmian. Selesai sahaja perasmian, pelajar-pelajar diminta untuk ke padang kawad baru semula untuk senaman pagi. Selepas senaman pagi, pelajar di bahagikan kepada 2 platun. Semua pelajar kemudian, di ajar untuk berkawad dengan betul oleh komander-komander pengiring. Selepas belajar kawad, semua pelajar bersama-sama dengan guru pengiring berehat untuk sarapan pagi.

Para peserta melakukan aktiviti 'jungle trekking'
Selepas sarapan, semua pelajar berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti 'jungle trekking'. Aktiviti ini di awasi oleh beberapa komander dan Mejar (K) Ujud bin Pabil. Semasa aktiviti ini berlangsung,  Mejar (K) Ujud bin Pabil memberi sedikit taklimat tentang cara untuk menyelamatkan diri apabila tersesat. Selepas tamat aktiviti 'jungle trekking', semua pelajar di ajar pula cara untuk bermain rempuh halangan di padang rempuh UiTM Johor. Komander-komander mengajar dan membuat cara untuk bermain rempuh dengan betul.

Aktiviti merempuh halangan


Selepas tamat aktiviti rempuh halangan, pelajar kemudian di bawa untuk makan tengah hari bersama-sama komander pengiring. Selepas makan, komander-komander mengiring pelajar-pelajar tersebut ke Masjid As-Syakirin untuk berehat dan menunggu solat Zuhur.Selepas solat berjemaah di masjid, pelajar di bawa ke Dewan Kuliah 1 semula untuk mendengar taklimat daripada Mejar (K) Ujud Bin Pabil. Kemudian , aktiviti diteruskan dengan cara memasang dan membuka khemah. Komander membuat demonstrasi tentang cara memasang khemah untuk panduan kepada pelajar-peljar tersebut.Selepas demonstrasi, pelajar-pelajar pula di beri masa untuk memasang khemah tersebut dengan komander pengiring untuk setiap kumpulan.

Aktiviti memasang khemah
Majlis penyampaian hadiah kepada guru pengiring Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Selepas aktiviti memasang khemah,semua pelajar di iring ke band room untuk menyaksikan persembahan dari kumpulan Brass Band. Semua pelajar rasa terhibur menyaksikan persembahan tersebut. Selepas tamat persembahan Brass Band, komander-komander mengiring semua pelajar ke padang kawad baru semula untuk majlis penutupan.


Kursus Pengenalan dan Pemantapan Asas-asas Menyelamat (Induksi) Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sesi Jun - Oktober 2015

Induksi ini diadakan  pada 22 Ogos 2015 bertempat di Padang Ragbi, UiTM Johor dan disertai oleh 200 orang pelajar dari semester 1,2, dan 3 Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, 10 orang komander pengiring, 5 orang  jurulatih. Induksi yang diadakan pada kali ini merupakan batu loncatan bagi mendapatkan keserasian antara para pelajar, komander dan jurulatih serta bagi memantapkan lagi kawad kaki, kawad hos, cpr, simulasi bencana dan rempuh halangan yang akan mereka tempuhi pada acara perkad nanti. Hal ini adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Induksi ini juga akan membuka minda para pelajar kepada sesuatu yang lebih luas. Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Para peserta berkumpul di hadapan padang ragbi pada pukul 7.00 pagi untuk semakan kehadiran dan taklimat ringkas yang diberikan oleh komander pengiring dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM serta bacaan doa yang dibaca oleh Komander Rendah Muda Muhammad Noriman Bin Ali. Pada pukul 7.30 pagi, para pelajar berkumpul untuk menjalankan aktiviti  kecergasan jasmani atau PT pagi dan senamrobik. Aktiviti ini diketuai oleh Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni dan komander pengiring yang lain. Selesai aktiviti kecergasan jasmani, pada pukul  8.30 pagi para pelajar dibawa ke tapak khemah untuk sarapan pagi. Setelah selesai sarapan pagi taklimat dan pembahagian kumpulan yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin dan Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni. 

Para peserta sedang berlatih berkawad
Aktiviti mewarna logo JPAM


Pada pukul 9.00 pagi peserta digerakkan ke tempat yang dibawa oleh komander pengiring mengikut aktiviti perkad yang telah ditetapkan masing-masing. Bagi acara cpr dan juga simulasi bencana, diketuai oleh jurulatih. Bagi yang tidak masuk sebarang aktiviti perkad, mereka diasingkan untuk melukis dan mewarna logo Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Pada pukul 10.00 pagi para pelajar dihidangkan minum pagi. Setelah selesai minum pagi, aktiviti mengikut kategori acara perkad dan mewarna logo diteruskan lagi. Tepat pada pukul 12.00 tengahari, maka tamatlah aktiviti tersebut pelajar dibawa ke tapak khemah untuk majlis penutup dan penyampaian cenderahati yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin. 

Para peserta sedang melakukan aktiviti bantuan pernafasan

Aktiviti merempuh halangan
Latihan simulasi bencana

Pada pukul 12.40 tengahari, para pelajar, jurulatih serta komander pengiring menikmati makan tengahari. Pada pukul 1.00 petang aktiviti berakhir dengan sesi fotografi dengan para pelajar dan komander pengiring untuk dijadikan sebagai kenangan setelah selesai sesi fotografi maka selesailah majlis pada hari tersebut.

Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Saturday, August 22, 2015

Program “Amal Bakti di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal”

Pada 21 Ogos 2015, Ahli Jawatankuasa Kelab Briged Sukarelawan UiTM Johor telah mengadakan Program “Amal Bakti di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal”. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi, semua peserta berkumpul di padang kawad lama untuk pengagihan peserta pada kumpulan kerja. Sebelum bertolak , para pesert amelakukan senaman pagi bagi mengelakkan rasa penat semasa melakukan gotong-royong. Pada pukul 8.00 pagi , semua peserta bertolak ke SK Bukit Tunggal. Tepat  jam 8.15, mereka tiba di SK Bukit Tunggal. Setelah tiba nya di situ, semua peserta sarapan pagi bersama-sama.

Para peserta melakukan senaman ringan

Pembahagian kumpulan dan tugasan

Selepas sarapan, para pesertamenyediakan peralatan mengecat dan membersihkan sekolah. Selepas menyediakan peralatan, semua peserta terus memulakan aktiviti dengan mengikut kumpulan yang telah di bahagikan. Selepas menjalankan aktiviti, tepat pukul 1 tengah hari, peserta di lepaskan untuk menunaikan solat Zuhur bagi komander siswi dan solat Jumaat bagi komander siswa. Selepas solat, semua peserta di beri makan tengah hari sebelum meneruskan gotong royong. Setelah makan tengah hari, gotong-royong diteruskan semula.

Aktivit mengecat semula tiang gol

Aktiviti mural

Mengecat di kawasan kantin sekolah
Minum petang
Selepas tamat aktiviti gotong-royong, peserta kemudian menunaikan solat Asar secara berjemaah. Kemudian , semua peserta diberi minum petang dan boleh beriadah di sekitar SK Bukit Tunggal. Pada pukul 7 malam, peserta diberi makan malam. Selepas makan malam, peserta-peserta semua menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan mendengar tazkirah ringkas. 

Majlis penutupan dan pemberian penghargaan

Sesi bergambar bersama semua pihak yang terlibat

Sesudah sahaja solat isyak secara berjemaah. Semua peserta membuat persiapan majlis penutupan oleh jawatankuasa program. Tepat pukul 9.30 malam majlis perasmian dan penutupan bermula.pukul 10.30 malam semua peserta mengemas peralatan dan pulang ke UiTM.