Pada 13 April 2012, kami telah berkumpul pada pukul 8 pagi untuk mendengar beberapa taklimat tentang pertandingan Orienteering ini oleh pihak unit sukan UiTM Johor cawangan Segamat. Selepas itu, kami bertolak dari kampus pada pukul 10.30 pagi ke Pasir Gudang, Johor Bharu. Perjalanan telah mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di lokasi. Kami telah tiba pada pukul 3.30 petang untuk mendaftar dalam pertandingan dan mendaftar untuk penginapan kami. Selepas itu, kami berehat dan bersiap sedia untuk sesi forum 1 Malaysia di Stadium Pasir Gudang, Johor Bharu.
Pada hari terakhir bersamaan dengan 15 April 2012, pihak KPT telah mengadakan OPKIM iaitu operasi khidmat masyarakat di Taman Cendana, Pasir Gudang. Aktiviti OPKIM ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPT untuk membantu masyarakat dari segi aktiviti membersihkan kawasan perumahan dan lain-lain lagi. Kami sangat bebesar hati kerana dapat membantu penduduk Taman Cendana bagi membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dalam kumpulan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Selepas itu, upacara pernutupan cabran orienteering 1 Malaysia diadakan untuk mengumumkan pemenang dalam setiap bahagian. Upacara penutupan tersebut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM. Setelah tamat upacara tersebut, semua peserta pulang ke kampus masing-masing.
No comments:
Post a Comment