Pada 24 Jun 2012, Kokurikulum Kompeni Bomba telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Pada
Mesyuarat Agong kali ini Muhammad Nazheef Ikhwan Bin Mohamad Jais bertindak sebagai pengerusi majlis. Ribuan
terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Pegawai Kehormat Kompeni
Bomba Kapt. Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman, Penyelaras Kokurikulum
Kompeni Bomba Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan
Komander Kesatria(JPKK) KMDy Muhammad Firdaus Naim Bin Jahari, mantan-mantan
komander, ketua-ketua kompeni dan komander-komander Bomba serta ahli Kompeni
Bomba kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bomba sesi
Jun-November 2012.
Bagi
memberkati majlis yang mulia ini, pelajar kokurikulum Kompeni Bomba iaitu Mohamad Syafiq Bin Zulkifli telah bertindak
sebagai ketua dalam pembacaan doa. Selepas itu, Ketua Kompeni Bomba iaitu KM Siti
Nabilah Binti Zainal Abidin bertindak sebagai ketua kompeni sesi Jun-November
2012 untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi sesi Jun-November 2012
sekaligus membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba sesi November 2011-Mac 2012.
Seterusnya beliau memberikan sedikit ucapan serta pesanan kepada pelajar
kokurikulum kompeni bomba dan menerangkan aktiviti yang berlangsung pada semester ini.
Seterusnya ucapan daripada Penyelaras Kompeni Bomba, Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan
mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru Kompeni Bomba iaitu para
pelajar semester satu. Beliau turut menekankan mengenai kehadiran para pelajar
ke kelas kokurikulum. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk
menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar yang berminat. Beliau turut memberikan
sedikit ucapan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan serta memberikan
beberapa amanat penting kepada pelajar kokurikulum bomba. Majlis
dteruskan lagi dengan ucapan daripada KMDy Firdaus Naim Bin Jahari selaku wakil
Jawatankuasa Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa
Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun-November 2012. Selain itu, beliau
juga telah memberikan sedikit nasihat yang berguna kepada para pelajar
kokurikulum Kompeni Bomba.
Kapt.
Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput beliau ke majlis
berprestij ini. Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa
yang lama serta baru. Beliau memberi beberapa amanat yang amat penting kepada
para pelajar khususnya pelajar semester satu. Beliau menyeru agar para pelajar
Kompeni Bomba menyahut cabaran dalam aktiviti yang bakal dijalankan pada
semester ini begitu juga semester akan datang. Seterusnya beliau turut mencabar
para pelajar untuk menyertai Komander Kesatria Batalion Ke VI. Mesyuarat berakhir selesainya upacara multimedia dan semua bersurai.