Pada 6,7 dan 8 Januari 2012 Kompeni Kembara mengadakan perkhemahan di Tasik Chini. Perkhemahan ini disertai oleh 34 orang pelajar semester satu Kokurikulum Kesatria Kembara yang terdiri daripada 15 orang siswa dan 19 orang siswi . Program ini diiringi seorang pegawai pengiring iaitu Encik Samsuri dan 2 orang jurulatih Kesatria Kembara iaitu Encik Ayub bin A.Rahim dan Encik Sahlan bin Taib. Selain itu, turut diiringi oleh 5 komander siswa dan 12 orang komander siswi.
6 Januari 2012
Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum
bertolak. Setibanya di pusat latihan, pelajar diberikan taklimat oleh En.Samsuri mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Pada jam 4.50 petang semua pelajar solat asar secara berjemaah yang diketuai oleh komander bertugas. Selepas solat asar, jurulatih bertugas iaitu En. Sahlan telah memberikan taklimat mengenai ‘sentri’ atau jaga malam dan kembara malam.
Pada jam 7.00 petang, para peserta solat marghrib secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan. Seterusnya, semua pelajar menunaikan solat isya’ dan tazkirah telah disampaikan oleh komander yang bertugas.
Pada jam 9.00 malam,Selepas solat diadakan Ice Breaking. Selepas itu diadakan aktiviti LDK1(Latihan Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Skuad Kembara bersama komander-komander pengiring. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti ‘Ice Breaking’ dan permainan berkumpulan.
Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri.
7 Januari 2012
Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan jurulatih Kokurikulum Kesatria Kembara iaitu Encik Ayub dan Encik Sahlan.
Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 9.30 pagi jurulatih bertugas En.Sahlan telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran ‘Flying fox’. ‘Flying fox’ merupakan salah satu pembelajaran silibus di mana pelajar didedahkan cara-cara untuk ‘Flying Fox’. Mereka juga dapat mencuba dalam aktiviti ini.
Sejurus selepas itu pelajar diberikan waktu rehat untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor.
Kemudian, para pelajar didedahkan pula dengan pembelajaran ‘Abseiling’. ‘Abseiling’ adalah keturunan terkawal turun muka batu menggunakan tali. ‘Abseiling’ merupakan salah satu pembelajaran silibus di mana pelajar didedahkan cara-cara untuk ‘Abseiling’. Selepas itu, mereka juga turut diberi peluang untuk mencuba dalam aktiviti ini.
Selepas itu, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah dan seterusnya memulakan aktiviti secara berkumpulan iaitu ‘Treasure hunt’. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi praktikal kepada pelajar bahagian satu cara menggunakan kompas dan peta dengan betul.
Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri untuk solat maghrib. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah. Selepas selesai solat maghrib berjemaah, para pelajar menjamu selera pada jam 8.00 malam. Selepas itu, para pelajar dikehendaki untuk membuat persediaan untuk solat isya’ berjemaah.
Pada jam 9.00malam, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan dan telah di ketuai oleh Komander Farah Fatin bt Abdullah Sani selaku pengerusi majlis. Pelajar bahagian 1 diberi tugas untuk membuat persembahan kebudayaan berdasarkan tema yang telah diberikan mengikut kreativiti mereka. Pelbagai ragam yang dapat disaksikan ketika malam kebudayaan berlangsung. Semuanya kelihatan terhibur dengan persembahan yang dipertontonkan. Setelah itu, pelajar minum malam dan bersurai pada jam 11.00 tengah malam.
Pada jam 12.30 malam, pelajar telah dibangunkan untuk aktiviti penglihatan dan pendengaran. Jurulatih pengiring memberikan taklimat bagi persediaan sebelum berlangsungnya aktiviti ini. Ini merupakan salah satu aktiviti yang menguji tahap kepekaan pelajar secara berkumpulan dengan mendengar setiap bunyi yang dikeluarkan.
Pada pukul 2.30 pagi, aktiviti selesai dan para pelajar diberikan masa kembali ke khemah masing-masing sebelum memulakan sentri secara bergilir-gilir mengikut kumpulan seperti yang telah ditetapkan.
8 Januari 2012
Pelajar bangun seperti biasa pada jam 5.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal dibawah penyelarasan jurulatih kokurikulum Kesatria Kembara Encik Ayub dan Encik Sahlan.
Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK3 dimana para pelajar bahagian 1 mengikuti ‘Jungle Tracking’. Kesungguhan dan ketekunan setiap pelajar dapat dilihat sedang aktiviti ini berlangsung.
Pada jam 11.00 pagi, para pelajar telah selesai menjalani aktiviti ‘Jungle Tracking’. Kemudian aktiviti ‘Lake Crossing’ didedahkan kepada para pelajar bagaimana cara untuk menyeberang dengan menggunakan ‘Live Jacket’. Mereka semua tiba diseberang tasik dengan jayanya.
Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 6.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara tiba di Uitm Johor. Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dalam melaksanakan aktiviti ini. Ramai berharap supaya aktiviti seperti ini dapat diteruskan agar semua pelajar tidak hanya sihat dari segi intelektual malah sihat dari segi fizikal dan rohani. Ribuan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan aktiviti ini secara langsung atau tidak langsung.
No comments:
Post a Comment