Kompeni Bravo pada semesta ini mengadakan program di Kela Adventure Camp,Raub,Pahang.Program ini diadakan pada 13 Januari 2012 sehingga 15 Januari 2012 selama 3 hari 2 malam.Program ini disertai oleh seramai 105 orang peserta di mana 95 orang pelajar kokurikulum, 10 orang komander Kompeni Bravo dan beberapa orang pegawai pengiring.
Pada 13 Januari 2012 Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 2.45 petang untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 4.00 petang, para pelajar bergerak keluar dari perkarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 12.00 malam, para peserta selamat tiba di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang. Setibanya di sana, kami disambut oleh pemilik Kela Adventure Camp iaitu Encik Azmi dan seterusnya beliau memberi taklimat ringkas mengenai peraturan – peraturan yang terdapat disana.Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut. Setelah memberi taklimat ringkas, semua peserta di berikan kumpulan kemudian pada pukul 1.00 pagi, kami dibenarkan membuat persiapan persendirian seperti mengemas khemah – khemah kami. Selepas itu, peserta di berikan kumpulan untuk membuat kawalan malam.
14 JANUARI 2012
Pada 14 Januari 2012, pukul 5.45 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah. Kemudian para peserta menjalani latihan fizikal dan senaman pagi dibawah penyelarasan jurulatih Kela Adventure Camp yang di ketuai oleh Encik Manaf bin Mohammed.
Para pelajar menikmati sarapan yang telah disediakan tepat jam 8.00 pagi. Selepas sarapan, para pelajar diarahkan oleh jurulatih pengiring untuk membuat aktiviti tali yang telah disediakan.Aktiviti pada pagi itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “flying fox” dan “cargonet”. Aktiviti ini dikendalikan oleh pihak pengurusan Kela Adventure Camp. Sebelum aktiviti dimulakan, para pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan keselamatan serta langkah-langkah yang betul. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan peralatan-peralatan yang digunakan seperti ‘harnest’, sarung tangan, topi keselamatan dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan bagi mengukuhkan lagi tahap fizikal, mental dan juga tahap keberanian para pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1.
Tepat jam 12.00 tengah hari, pelajar berehat seketika bagi menikmati makan tengah hari serta bersiap untuk solat zohor berjemaah. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan persiapan untuk latihan dalam kumpulan 1 (LDK 1). Semua peserta di kehendaki membuat moto, logo, misi dan visi serta ‘trade mark’ kemudian mereka membuat pembentangan hasil dari kerja mereka.
Selepas LDK 1, mereka membuat LDK 2 iaitu permainan C4 di mana aktviti ini menguji kreativiti mereka serta bagaimana mereka bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang di berikan. Tetapi, pada pukul 4.45 petang, aktiviti ini tergendala kerana hujan turun. Bagi mengisi masa yang tergendala itu, semua peserta di kehendaki duduk di dalam kumpulan untuk berbincang tentang persembahan untuk malam kebudayaan nanti. Dalam pada masa yang sama, mereka di beri minum petang. Selepas hujan berhenti, mereka meneruskan aktiviti mereka dengan membuat aktiviti ikhtiar hidup pada pukul 5.30 petang. Manakala, pada jam 7.15 malam, mereka mula bersiap-siap untuk makan malam kemudian mereka di beri masa untuk persiapan diri serta solat maghrib dan isyak.
Tepat jam 8.45 malam, semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu jalan malam. Taklimat di berikan oleh jurulatih kem iaitu Encik Manaf bin Mohammed sebelum bergerak keluar. Pada jam 9.00 malam, mereka mula bergerak keluar dari tempat perkhemahan dan tamat aktiviti pada pukul 12.15 malam. Sejurus selepas tamat jalan malam, mereka membuat persembahan untuk malam kebudayaan. Aktiviti itu tamat pada jam 1.30 pagi. Mereka di lepaskan pada jam 1.35 pagi untuk berehat dan kawalan malam.
Pada 15 Januari 2012, jam 5.45 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersedia untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Salah seorang daripada para pelajar menjadi imam bagi solat subuh pada pagi tersebut. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar membuat persiapan untuk aktiviti senaman pagi.
Tepat jam 8.00 pagi, para pelajar menikmati minum pagi selama 30 minit. Selepas selesai minum pagi, para peserta di serahkan kepada pihak kem bagi menjalankan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti air. Sebelum menjalankan aktiviti air, mereka di beri tugasan mecari 30 jenis daun yang berada di sekitar tempat kem. Selesai tugasan tersebut, mereka di kehendaki masuk ke dalam sungai untuk menjalankan aktiviti air seperti kumpulkan bola ping pong, berlari silih berganti dan lumba rakit. Sebelum aktiviti air tamat, mereka melakukan aktiviti terakhir iaitu belon siapa paling besar.
Selesai segala aktiviti, mereka di beri peluang untuk mandi di dalam sungai selama 30 minit. Pada jam 12.30 tengah hari, mereka di beri masa untuk bersiap dan mengemas khemah mereka serta barang-barang mereka dan berkumpul di tanah lapang pada jam 1.00 petang. Sebelum acara penutup, mereka di beri makan tengah hari. Pada jam 1.30 petang acara penutup di jalankan dan setiap kumpulan mendapat hadiah hasil dari kerjasama dan komitmen yang di berikan. Akhir sekali, semua peserta, komander dan jurulatih pengiring dan jurulatih kem bergambar bersama-sama untuk kenangan yang tidak dapat di lupakan ini. Pada jam 2.15 petang, kami semua bertolak pulang ke Uitm Cawangan Segamat dan tiba pada pukul 8.00 malam.
No comments:
Post a Comment