| VIDEO UCAPAN DARIPADA MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH SESI MAC – OGOS 2021 |
| UCAPAN DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH SESI OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022 |
| VIDEO UCAPAN DARIPADA MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH SESI MAC – OGOS 2021 |
| UCAPAN DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH SESI OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022 |
Pada 28 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021 yang lalu, Komander Johor telah mengadakan Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan telah melibatkan seramai 33 orang Komander Johor dari batch 35. Kursus pemantapan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membentuk jati diri serta memantapkan lagi kepimpinan sebagai seorang komander dan melatih para komander untuk menjadi seorang yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta meningkatkan lagi daya ketahanan fizikal dan mental ke tahap yang lebih tinggi.
Program ini lebih
tertumpu kepada penambahbaikan pergerakan kawad kaki dengan dibimbing daripada
para jurulatih serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara
Cawangan Johor Kampus Segamat. Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para
komander juga didedahkan dengan kaedah merempuh halangan yang betul dan
menyelusuri jalan lasak.
Para Komander menjalani latihan kawad kaki di padang kawad |
Pada malam 28 Oktober 2021 pula, para komander perlu mengikuti kelas
bersama Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)
bagi menjelaskan tentang beberapa perkara penting berkenaan tanggungjawab
sebagai seorang komander kesatria.
| Kelas bersama Penasihat |
Pada 29 Oktober 2021
pula , Kursus Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35 diteruskan
lagi dengan latihan kawad kaki yang dijadualkan untuk memantapkan lagi
pergerakan kawad kaki mereka. Selain itu , para komander juga telah didedahkan
kaedah merempuh halangan. Terdapat beberapa halangan yang komander perlu
tempuhi di litar rempuh halangan. Sebelum komander diajar untuk merempuh
halangan , Lt. Muhizan Bin Miskam (KEST), Pembantu Kokurikulum telah
menerangkan serba sedikit tentang asas senaman pemanasan badan yang betul.
Setelah itu , pada sebelah malam para komander meneruskan kursus ini dengan
latihan kawad kaki.
| Sesi pemanasan badan |
Para komander mencuba
setiap halangan di litar rempuh |
Pada 30 Oktober 2021
, para komander dibawa untuk menelusuri jalan lasak. Para komander dibahagikan
dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu memasuki jalan lasak pada
waktu yang berbeza bagi mengikuti SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Sebelum
itu, pada awal pagi lagi komander telah melakukan Physical Training (PT)
dan senamrobik bersama Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST) yang merupakan
Penyelaras Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan
Johor Kampus Segamat. Seterusnya, para komander meneruskan lagi hari mereka
dengan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan litar rempuh
halangan. Disamping itu, Majlis Penutup Kursus Pemantapan Komander Kesatria
Batalion VI Siri ke-35 telah dilangsungkan pada sebelah petang.
Komander Siri ke-35 telah tamat menjalani Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI |
Oleh itu , tahniah
diucapkan kepada para komander yang menyertai Kursus dan Kem Pemantapan
Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35 dan diharapkan agar dengan
menjalani kursus ini, para komander dapat memberikan sepenuh komitmen dalam
menjalankan tugas pada masa akan datang.
Pada 10 Julai 2021 bersamaan hari Sabtu yang lalu telah berlangsungnya Kursus Tindakan Asas Semasa Kecemasan secara atas talian yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Kursus ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berlangsung selama 2 jam 30 minit secara Live di platform Youtube Komander Johor. Matlamat kursus ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada semua mahasiswa khususnya kepada para komander kesatria tentang tindakan asas dan teknik yang betul dalam memberi rawatan awal semasa kecemasan. Kejadian yang tidak diingini boleh berlaku pada bila - bila masa sahaja. Oleh hal yang demikian, kita perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan teknik yang tepat untuk berhadapan dengan kejadian sebegini agar keadaan tersebut tidak menjadi lebih parah.
Kursus ini menampilkan penceramah jemputan iaitu Encik Abdul Razak Bin Md. Yassin yang merupakan Jurulatih Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat yang telah berkhidmat sejak tahun 1991. Selain itu, beliau merupakan Pegawai Kadet Remaja Sekolah merangkap Leftenan Kolonel dan Naib Pengerusi 2 BSMM Daerah Segamat. Di samping itu, beliau pernah menjadi pengadil bagi acara CPR dalam Perkom Ko 2019. Malahan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1996, 2003, 2007 dan 2015. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah menerima pingat dalam BSMM dengan mendapat Sijil Kepujian pada tahun 1998, Pingat Bar pada tahun 2010 dan 2019, Pingat Jasa Terpuji 2013, Pingat Kebaktian Terpilih 2016 serta Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018.
![]() |
| Cikgu Razak menerangkan berkenaan cara menghadapi keadaan yang tidak diingini berlaku. |
Tindakan awal kecemasan adalah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa yang berharga. Terdapat 8 penilaian awal yang perlu kita pastikan daripada mangsa jika berhadapan dengan situasi kecemasan. Antaranya ialah :-
DANGER (Bahaya) : Pastikan keadaan mangsa, diri sendiri dan persekitaran dalam keadaan selamat. Pakai sarung tangan jika ada dan jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik dan sebagainya.
RESPONSE (Tindak Balas) : Adakah mangsa dalam keadaan sedar? Periksa sama ada mangsa boleh bertindak balas.
SHOUT (Jerit Meminta Bantuan) : Jerit dengan jelas. Jika berseorangan, hubungi talian 999 dan biarkan dalam mode pembesar suara.
AIRWAY (Saluran Pernafasan) : Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan? Baringkan mangsa dan buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu (head tilt - chin lift)
BREATHING (Pernafasan) : Adakah mangsa itu bernafas? Periksa sama ada pernafasan adalah normal dalam masa 10 saat. Jika tidak bernafas, berikan 5 bantuan pernafasan.
CIRCULATION (Peredaran Darah) : Adakah nadinya berdenyut? Dalam masa 10 saat, periksa tanda - tanda mangsa hidup. Jika tiada, mulakan tekan dada dengan berkualiti tinggi pada nisbah 30 tekan kepada 2 hembusan nafas.
DEFIBRILLATION (Defibrilasi) : Pasang pad AED pada dada mangsa. Ikut arahan AED. sambung tekan dada segera selepas Defibrilasi.
RECOVERY POSITION (Posisi Pemulihan) : Tanda - tanda mangsa pulih (bergerak, membuka mata, bernafas dengan normal dan batuk).
CPR juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai "Cardiopulmonary Resuscitation" adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha mengekalkan funsi otak secara manual sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantungnya berhenti berdegup.
![]() |
| Video contoh tindakan awal yang dapat dilakukan. |
Kesimpulannya, Kursus Tindakan Asas Semasa Kecemasan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimanakah untuk kita membantu dalam memberikan rawatan awal kepada mangsa sewaktu kecemasan. Masa yang diluangkan para peserta bagi menyaksikan perkongsian ini amatlah bermakna kerana segala intipatinya adalah padat, bermanfaat dan menyediakan kita untuk menghadapi situasi yang tidak terjangka pada masa hadapan. Diharapkan agar segala intipati dan ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita terapkan di dalam diri supaya menjadi seorang mahasiswa yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 35/2021 telah berlangsung pada 15 Ogos sehingga 24 Ogos yang lalu. Program kali ini agak berbeza dengan program yang sebelumnya dimana LIBK kali ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform “Google Meet”. Seramai 63 orang Bakal Komander telah menyahut cabaran dengan penyertaan seramai 38 peserta dari UiTM kampus Segamat dan 25 orang dari UiTM kampus Pasir Gudang.
Program anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Johor ini diadakan selama 10 hari dengan tujuan untuk membentuk keperibadian dan keterampilan yang menepati aspek-aspek seorang Komander. Selain itu, program ini melatih peserta untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, patuh, berwibawa dan mempunyai jati diri yang teguh. Pelbagai ilmu telah dicurahkan demi pembangunan kendiri peserta.
SLOT KENALI MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI |
Memandangkan LIBK berjalan secara atas talian, latihan kawad tidak seperti dahulu dimana akan dijalankan di padang kawad. Dengan kreativiti jurulatih, Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST) pelaksanaan latihan kawad kaki dapat dilakukan di atas talian dengan bantuan para pengiring. Walaupun banyak cabaran yang dihadapi untuk mengajar, jurulatih dan pengiring tetap bersungguh untuk memberi kefahaman kepada peserta. Tidak lupa juga pada slot lain yang telah dijalankan dengan baik seperti Slot Penganjuran Program yang disampaikan oleh Lt. Muhizan bin Miskam (KEST), Slot Asas Peta yang disampaikan oleh Lt. Muhammad Noriman bin Mohd Ali (KEST), Asas Pertolongan Cemas oleh Komander BSMM Batalion VI dan banyak lagi.
LATIHAN KAWAD KAKI |
SLOT ASAS PERTOLONGAN CEMAS |
SLOT TAKLIMAT LATIHAN AKHIR |
Para pengiring juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi sendiri tanggungjawab dan pengalaman sebagai seorang Komander Kesatria Batalion VI melalui Slot Tanggungjawab Komander yang disampaikan oleh 3 orang pengiring iaitu KMdy Nurul Syafiqah Aqilah binti Khayarani, KMdy Mohamad Zulfadhli bin Fadil dan KMdy Nurul Erinna binti Ellysam. Slot ini memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam hal ehwal Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK), biro dan kompeni. Banyak pesanan dan perkongsian sudah disampaikan dengan harapan peserta dapat menjadi seorang Komander Kesatria yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Dengan berakhirnya Majlis Penutup tersebut, maka tamatlah Latihan Intensif Bakal Komander Kesatria (LIBK) Siri 35/2021. Diharapkan Komander Kesatria yang baharu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik sekaligus menjaga prestasi akademik di masa akan datang.
Seterusnya, pada 3 Julai 2021 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac – Ogos 2021 yang diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform "Youtube Live" di saluran Youtube Komander Johor.
Buat julung kalinya Komander Johor menggunakan platform atas talian bagi melancarkan majlis dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang tidak membenarkan sebarang penganjuran aktiviti secara bersemuka sepanjang musim pandemik Covid-19 ini. Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru.

Ucapan daripada Lt. M Abu Zahin Bin Abu Bakar (KEST)

Carta Organisasi Sesi Oktober 2020 - Februari 2021
Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Muhammad Firdaus Bin Abdullah. Kemudian, majlis menjemput Lt. M Abu Zahin Bin Abu Bakar (KEST) selaku Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2020 - Februari 2021 bagi membubarkan ahli jawatankuasa Sesi Oktober 2020 - Februari 2021.
![]() |
| Ucapan daripada Lt. M Mohamad Fairozan Amir bin Mohd Ismail (KEST) |
![]() |
| Carta Organisasi Sesi Mac - Ogos 2021 |
Sebelum majlis berakhir, sepatah dua kata diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2021
![]() |
| Sepatah dua kata daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) |
![]() |
| Ucapan penutup daripada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) |