MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, February 24, 2014

PERKHEMAHAN KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS (BPC)

         Pada 20 Februari 2014 Kompeni Badan Pertolongan Cemas (BPC) telah mengadakan perkhemahan selama 3 hari 2 malam di De’rhu Ombak, Endau Rompin. Pada pukul 2.30 petang para pelajar telah berkumpul di padang kawad dan bertolak pada pukul 3.00 petang.

     Setelah sampai di tapak perkhemahan para pelajar dikehendaki untuk mendirikan khemah dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi sesi ‘ice breaking’. Selepas sesi ‘ice breaking’ pelajar-pelajar menjamu makan malam yang disediakan oleh komander.



     Keesokan harinya pula aktiviti diteruskan lagi dengan ‘PT’ pagi. selepas itu, pelajar dikehendaki untuk berada dalam kumpulan bagi sesi LDK. Pada sebelah petang pula, BPC melakukan riadah bersama ahli-ahli BPC dan pada sebelah malam pula pelajar dibenarkan untuk membuat persiapan diri dan berada dalam kumpulan untuk melakukan malam kebudayaan.






         Pada hari terakhir perkhemahan BPC, setelah aktiviti ‘PT’ pagi dan pertandingan pertolongan cemas dikalangan ahli BPC. Seterusnya adalah sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan juga kepada tetamu yang hadir ke kem perkhemahan BPC.


Saturday, February 08, 2014

Family Day Jengking : THE LEGACY NEVER ENDS

                Pada 8 Februari 2014 yang lepas Komander Johor telah mengadakan ‘Family Day Jengking’. Program ini merupakan anjuran ‘batch’ 24 dan telah melibatkan semua komander Johor. ‘Family Day’ ini telah diadakan di padang kawad UiTM Segamat. Aktiviti pemanasan badan telah dilakukan seawal jam 7.30 pagi dan diketuai oleh Komander Rendah Muda Luqman Hakim bin Shafie.



Seterusnya, setiap komander telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.


Setelah pembahagian kumpulan, para komander telah dijamu sarapan yang telah disediakan.


Setelah semua acara telah dipertandingkan,




Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu sesi penyampaian hadiah.

Saturday, February 01, 2014

Perkhemahan Jati Diri Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie Sesi Nov 2013 - Apr 2014

Pada  24 Januari 2014 - 25 Januari 2014 Camping Kompeni Charlie telah berlangsung  bertempat di Saujana Asahan, Melaka. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Seramai 141 pelajar Kokurikulum Kesatria Negara  1 Kompeni Charlie dan 21 komander pengiring bersama 3 orang jurulatih iaitu Encik Sahlan, Encik Aziz dan Encik Rawi. Juga penyelaras kokurikulum, Left (Kest.) Jamil bin Sulong dengan pegawai Unit Kokurikulum UiTM Segamat Puan Norsyidah.

24 Januari 2014

Tepat pada jam 3:00 petang pelajar kompeni Charlie telah bertolak dari UiTM Segamat dan tiba pada destinasi pada 5.30 petang. Pelajar terus mendirikan solat asar berjemaah di  surau. Khemah didirikan dengan bimbingan komander dan jurulatih.




Selepas itu, para peserta dihidangkan dengan minum petang. Solat Maghrib dan Isyak di surau dan tazkirah diberikan oleh pelajar bagi mengisi masa antara dua waktu solat tersebut. Pada pukul 9.00 malam pelajar menikmati masakan ‘barbeque’. Pada jam 10.00 malam, selepas menikmati BBQ pelajar membuat persembahan dan  daripada kumpulan lain dan para jurulatih menjadi penonton.





Pada jam 11:30 Malam Pelajar dibawa berkumpul di track nightwalk dan diberi taklimat nightwalk oleh Jurulatih. Aktivit Nightwalk tamat pada jam 2.00 pagi. Pelajar diberi minum malam dengan menu BBQ yang lebih dan biskut bersama air teh. Pelajar diberi tugas untuk sentry mengikut giliran setiap sesi sentri terdapat bersama komander pengiring.

25 Januari 2014

Pada jam 5:30 pagi pelajar diberi masa untuk meguruskan diri dan telah bergerak ke surau pada jam 5:45 pagi.Para peserta telah mendirikan Solat Subuh berjemaah. Pada 6:45 pagi pelajar bergerak ke padang untuk ‘physical training’ ringan sehingga jam 8:30 pagi. Pelajar diberi sarapan pagi dengan menu bihun goreng dengan nugget ayam.

Pada jam 10:00 pagi pelajar diberi taklikmat flying fox dan abseling oleh jurulatih flying fox dan abseling. Aktiviti flying fox dijalankan untuk semua pelajar ko sehingga jam 11:00. Pelajar lelaki diberi masa untuk bersiap untuk solat jumaat di masjid dengan kenderaan bas dan van bersama jurulatih, penyelaras dan komander pengiring. Pelajar perempuan diberi tugas sedikit untuk menolong komander bagi meringankan beban. Pelajar makan tengahari sebaik sahaja pelajar balik daripada solat jumaat. Program diteruskan dengan majlis penutup di dewan Saujana Asahan dan diberikan taklimat oleh penyelaras kokurikulum iaitu Left (Kest.) Jamil bin Sulong. Pelajar mendapat hadiah untuk pertandingan sepanjang kem dan jurulatih dan penyelaras mendapat cenderahati.









         Pada jam 4:00 petang, pihak yang terlibat pulang ke UiTM Segamat selepas mengemas barang, khemah -khemah serta membersihkan tapak perkhemahan bergerak untuk balik ke UiTM Segamat.  

Monday, January 27, 2014

PERKHEMAHAN JATI DIRI KOMPENI BRASS BAND

           Pada 24 Januari 2014 hingga 25 Januari 2014, Perkhemahan Jati Diri Kompeni Brass Band telah berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Program ini dikendalikan dan dipantau  oleh pegawai pengiring iaitu Encik Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor, pelajar kokurikulum semester 1 sebanyak 35 orang peserta dan 12 orang komander yang mengiring di Brindley Training & Camp Port Dickson, Negeri Sembilan. Matlamat kepada program perkhemahan ini adalah memupuk semangat para pelajar untuk bekerjasama dalam satu kumpulan dan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor di mana ia melibatkan pemarkahan penilaian sebanyak 20%. Fasilitator terdiri daripada komander dan senior, manakala urusetia pula terdiri daripada pihak pengurusan kem itu sendiri.


24 JANUARI 2014
           Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 6.30 pagi untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 7.00 pagi, para pelajar bergerak keluar dari perkarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 10.00 pagi, para peserta  selamat tiba di Brindley Training & Camp Port  Dickson,Negeri Sembilan. Setibanya di sana, kami disambut oleh pekerja Brindley Training. Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut.Selepas itu semua peserta berkumpul di dewan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada urusetia sekaligus memberitahu bilik yang akan kami gunakan sepanjang kem tersebut.Kem kali ini semua peserta tidak menggunakan khemah. Kemudian,mereka diberikan kumpulan untuk meneruskan LDK 1 iaitu ice breaking, juga membincangkan tentang malam kebudayaan yang bertemakan ‘Kisah Dongeng’. Setelah LDK 1 selesai, semua peserta di sediakan minum pagi. Selepas itu mereka di arahkan untuk membawa beg masing-masing ke bilik yang ditetapkan. Seterusnya pelajar lelaki bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang berdekatan dan pelajar perempuan menunaikan solat Zohor di surau.


           Setelah selesai melaksanakan kewajipan, semua peserta berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu membina rakit. Aktiviti ini dijalankan di pantai. Para pelajar di agihkan kepada tiga kumpulan, senior dan komander juga turut menyertai aktiviti ini. Jurulatih kem tersebut telah member tunjuk ajar tentang cara-cara membina rakit. Selepas sahaja ketiga-tiga rakit tersbut itu siap, mereka diarahkan untuk mencuba rakit tersebut. Seterusnya, para peserta menjalani aktiviti sukaneka. Kemudian mereka diberi masa untuk persiapan diri sekaligus menunaikan solat Asar dan menunggu waktu solat Maghrib
                         
           Selesai menunaikan solat Maghrib, para pelajar menuju ke dewan makan untuk makan malam. Kemudian, menunaikan solat Isyak dan mereka kembali ke dewan utama untuk meruskan LDK 2 iaitu perbincangan tentang persembahan mereka untuk malam kebudayaan. Selepas itu, mereka pergi ke pantai semula untuk aktiviti malam mesra bersam senior dan komander. Tepat pukul 1.00 pagi, semua diarahkan pulang ke bilik untuk berehat.    

25 JANUARI 2014


           Pada pukul 5.30 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah.Kemudian para peserta menjalani Physical Training (PT) pada waktu pagi. Para pelajar menikmati sarapan yang telah disediakan tepat jam 8.00 pagi. Selepas sarapan, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang terakhir iaitu Jungle Tracking. Semasa Jungle Tracking pelajar para peserta diajar mengenai ikhtiar hidup semasa berada di dalam hutan. Jurulatih telah menunjukkan cara memasak nasi menggunakan botol air mineral. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan. Jurulatih juga menyuruh para pelajar untuk mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan dan kegunaannya yang terdapat di dalam hutan tersebut. Semua pelajar kembali ke tapak perkhemahan untuk melakukan persiapan diri seterusnya mengerjakan solat Zohor. Sebelum majlis penutupan dilangsungkan, para peserta sempat untuk aktiviti OPKIM iaitu membersihkan tapak kem. Seterusnya majlis penutupan ringkas dan penyampaian cenderahati kepada pihak kem daripada kompeni Brass Band.
                        
           Tepat jam 2.00 petang, pelajar bersiap untuk bertolak pulang ke UiTM. Tiba di UiTM pada pukul 500 petang, semua berkumpul di hadapan Band Room untuk ucapan tahniah kepada peserta kerana Berjaya menamatkan Perkhemahan ini dengan jayanya.
             
            Keseluruhan daripada program ini, para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tiada masalah yang di lakukan oleh mereka.Para peserta memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti perkhemahan ini dijalankan.Para pelajar mendengar segala ulasan yang disampaikan oleh para fasilitator dan jurulatih bagi setiap aktiviti yang dijalankan dengan tekun sekali.Ada juga di antara mereka yang turut mengambil bahagian dalam menyatakan pendapat dan juga ulasan bagi setiap aktiviti.Setiap aktiviti yang dijalankan juga memberi kesan kepada para peserta untuk lebih positif dan juga berani untuk menghadapi segala halangan yang diberikan.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dalam melaksanakan aktiviti ini.Ramai berharap supaya aktiviti seperti ini dapat diteruskan agar semua pelajar tidak hanya sihat dari segi intelektual malah sihat dari segi fizikal dan rohani juga.Mereka juga berharap agar aktiviti perkhemahan ini dapat dilaksanakan di tempat yang lebih jauh dan juga baru.Ribuan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan aktiviti ini secara langsung atau secara tidak langsung.







Sunday, January 19, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Masih tidak terlambat lagi rasanya untuk kami mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Pada 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, JPKK UiTM Segamat telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan yang diadakan di Dataran Segamat. Seramai 35 orang komander dan dua orang pegawai kehormat, Mejar (Kest) Ujud bin Pabil dan Left. (kest) Mohd Juakhir Bin Hassan telah menyertai perarakan Maulidur Rasul. Laluan perarakan tersebut ialah daripada Dataran Segamat hingga ke Masjid Jamek Segamat.



Seperti julungkalinya, Sambutan ini diadakan untuk meraikan Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mengingati serta menghayati pengorbanan dan sumbangan Nabi Junjungan kita sehingga hari ini. Sayang rasanya jika kita sebagai Umat Nabi Muhammad tidak mengetahui akan tarikh kelahiran Junjungan kita. Sambutan yang julungkalinya ini bukan sahaja memperingati junjungan kita, bahkan majlis-majlis sambutan seperti ini memberi peluang kepada kita sebagai umat untuk merebut seberapa banyak pahala dengan berselawat ke atas Junjungan Nabi kita.


Majlis-majlis seperti ini kebiasaanya bukan sahaja dipenuhi dengan ceramah, malahan pelbagai program lain diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Seperti juga program yang kami semua sertai pelbagai aktiviti telah di adakan bertujuan untuk memenuhi tentatif program. Berikut merupakan serba ringkas tentatif program :-

8.00 pagi :         Berkumpul di Dataran Segamat
8.30 pagi  :         Taklimat ringkas mengenai perarakan ke Majis Jamek Segamat
8.45 pagi   :         Perarakan bermula (Pertandingan perarakan dan sepanduk terbaik)
10.30 pagi :         Jamuan dan bacaan ayat Al-Quran
11.00 pagi :         Ceramah


Tanpa diduga nama UiTM Johor di nobatkan sebagai Johan.


Pencapaian pada hari tersebut ialah Johan dalam Perarakan dan Sepanduk terbaik. Pihak JPKK dan Mejar (Kest) Ujud bin Pabil mengucapkan Tahniah dan syabas atas pencapaian kali ini dan berharap agar pihak JPKK menyertai lebih banyak aktiviti seperti ini.