Pada 1 Mac sehingga 7 Mac 2024
yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM
Se-Malaysia Siri Ke-19/2024 yang bertempat di Padang Kawad dan Dewan Agong Tuanku
Canselor UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat
Kokurikulum UiTM, Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Mohd Azman Yahaya (KEST).
Majlis ini turut bersiaran secara
langsung melalui saluran YouTube rasmi Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi
Mara, Shah Alam. Majlis pentauliahan ini telah melibatkan Komander Kesatria
UiTM Cawangan Johor, Batch Ke–36 dengan kekuatan anggota seramai 85 orang
Komander yang telah berjaya ditauliahkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah
sebagai tanda penghargaan kepada para Komander Kesatria yang telah berkhidmat
dengan jayanya dalam memenuhi amanat yang telah diberikan sepanjang bergelar
Komander Kesatria.
Sesi Penggambaran Terakhir |
Sesi bergambar telah dilaksanakan
sebagai simbolik memori terakhir para Komander Kesatria bagi Majlis
Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri Ke–19/2024.
Sehubungan dengan itu, tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Muda
Kesatria kerana telah berjaya ditauliahkan. Sekalung penghargaan diucapkan atas
jasa dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menjadi Komander Johor. Semoga
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sentiasa dibawah naungan-Nya serta terus maju jaya pada
masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi. Tidak lupa juga,
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pentauliahan ini.
Sebagai penutup bicara, kami akhiri dengan serangkap pantun
Puteri Kadazan berkain Kelingkan,
Senyum sekilas menyambut tamu,
Sekalung penghargaan kami
titipkan,
Tidak terbalas jasa baktimu.
No comments:
Post a Comment