Pada 22 Januari sehingga
02 Februari 2020 yang lalu, Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 34/2020
dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 31/2020 telah diadakan
di Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor kampus Segamat. Seramai 147 orang
Bakal Komander yang terdiri daripada 112 peserta cawangan Segamat dan 34 peserta
cawangan Pasir Gudang serta 83 orang anggota Brass Band.
Selama 10 hari latihan
berlangsung bertujuan untuk membentuk jati diri para peserta dan melatih mereka
menjadi individu yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta mempunyai daya
ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Selain itu, latihan intensif ini
bertujuan bagi memastikan penyatuan mutu permainan dan kawad pancaragam yang
baik dan mantap dalam meningkatkan koordinasi sebagai satu pasukan.
Latihan ini diadakan selama 10 hari dan
bertujuan untuk membentuk keperibadian peserta serta meningkatkan prestasi
dan keterampilan yang merangkumi aspek-aspek rupa diri dan tatasusila
mereka. Ia juga dapat membentuk jati diri para peserta dan melatih
mereka menjadi individu yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta
mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Oleh itu, terdapat
banyak pengalaman yang dapat mereka peroleh daripada latihan khusus ini.
Bagi Latihan Intensif
Bakal Komander Siri 34, latihannya adalah tertumpu kepada pembelajaran
pergerakan asas kawad kaki dengan dibimbing oleh empat orang jurulatih serta
Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan
Johor. Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para peserta juga
didedahkan dengan kaedah merempuh halangan, ilmu pertolongan cemas dan asas
peta.
Bakal
Komander menjalankan aktiviti kawad kaki bersama jurulatih
Manakala bagi peserta
Latihan Intensif Brass Band Siri 31, mereka mempelajari pelbagai perkara asas
untuk menjadi seorang anggota Brass Band dan mempelajari cara menggunakan
alatan muzik. Mereka juga turut diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental
yang memerlukan focus dan komitmen yang tinggi sewaktu berlatih.
Anggota
Brass Band tekun mempelajari cara menggunakan alatan muzik
Pada 02 Februari 2020,
telah berlangsungnya MAJLIS TAMAT LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI
34/2020 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND SIRI 31/2020 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN JOHOR yang bertempat di padang kawad. Majlis simbolik pemakaian
pangkat telah disempurnakan oleh Men. Jen. Prof. Dr Azizan Bin Abdullah (KEST) yang
merupakan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara.
Perbarisan
bakal komander
Majlis
simbolik pemakaian pangkat
Di samping itu, upacara
penyampaian hadiah kepada para pemenang juga telah dilaksanakan. Bagi Peserta
Terbaik Akademik, disandang oleh Komander Rendah Muda Mohamad Amirul Haizad Bin
Roslin. Pemenang Peserta Terbaik Kawad Kaki pula jatuh kepada Komander Rendah
Muda Awangku Muhammad Dzul Hisyam Bin Awang Basuandi. Seterusnya, bagi Peserta
Terbaik Keseluruhan disandang oleh Komander Rendah Muda Afdhal Bin Baharin.
Manakala, Anugerah Platun Terbaik jatuh kepada platun satu yang diketuai oleh
Komander Rendah Muda Muhammad Danish Danial Bin Nazaruddin dengan kekuatan anggota seramai 37 orang
Upacara
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Usai berlangsungnya Majlis
Tamat LIBK Siri 34/2020 dan LIBB Siri 31/2020 di padang kawad, majlis
selanjutnya berpindah ke Dewan Sri Temenggong bagi meneruskan upacara
penyerahan sijil Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass
Band kepada para peserta.
Penyampaian
sijil LIBK
x
Simbolik
Perasmian Baju No.5 Kesatria Negara
Barisan
pegawai bersama TNC
Dengan berakhirnya majlis penutup tersebut
maka secara rasminya peserta Latihan Intensif Bakal Komander siri 34/2020 berjaya
menyandang KOMANDER RENDAH MUDA (KRM) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dan
juga pengiktirafan sebagai Anggota Brass Band Siri 31/2020
.
.