MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, March 07, 2018

Latihan Intensif Bakal Komander siri 32 Fasa 2 dan Latihan Intensif Brass Band siri 29


                Pada 1 Februari 2018 yang lepas, telah berlangsungnya Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 32 Fasa 2 manakala pada 26 Januari 2018 yang lepas pula telah berlangsungnya Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 29. Kekuatan anggota seramai 146 orang bakal komander, yang terdiri daripada 98 orang bakal komander dari kampus Segamat dan 48 orang bakal komander dari kampus Pasir Gudang serta 76 orang ahli Brass Band.

                Latihan ini diadakan bertujuan untuk membentuk keperibadian para peserta khasnya bagi meningkatkan prestasi dan keterampilan individu yang merangkumi aspek-aspek rupa diri, tatasusila dan kesedaran sivik. Latihan ini juga dapat memberi kesempatan kepada para peserta untuk menimba ilmu serta mempelajari kaedah pembelajaran dan pendidikan luar dalam pelbagai konsep seperti berpakaian seragam, kerohanian serta pembinaan diri.



Pemantapan latihan kawad diterapkan
dalam diri para peserta Latihan Intensif Bakal Komander siri 32 fasa 2.

Para peserta sedang menjalani aktiviti pt pagi.
                Latihan Intensif Bakal Komander siri 32 untuk fasa dua ini lebih menumpukan kepada pemantapan kawad kaki serta merupakan sambungan bagi Latihan Intensif Bakal Komander siri 32 fasa satu manakala bagi peserta Latihan Intensif Brass Band siri 29, mereka mempelajari pelbagai perkara asas yang akan digunakan dan dipraktikan sepanjang mereka menjadi ahli Brass Band. Selain itu, tumpuan sepenuhnya juga diberikan bagi persiapan untuk Majlis Tamat Latihan Intensif Bakal Komander siri 32 dan Latihan Intensif Brass Band siri 29.

                Sepanjang latihan ini berlangsung, para peserta diterapkan juga dengan ciri-ciri pembinaan jasmani, emosi, fizikal dan rohani dengan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.

                Latihan ini telah tamat pada 5 Februari 2018 dan secara rasminya, seramai 146 orang telah belajar dilantikan sebagai Komander Baru dan diberikan pangkat Komander Rendah Muda (KRM) dan seramai 76 orang telah Berjaya dilantikan sebagai ahli Kompeni Brass Band.

Simbolik pemakaian pangkat.  

1 comment: