MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, September 18, 2015

Majlis Kenaikan Pangkat Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sesi Jun - Oktober 2015

Pada 17 September 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Kenaikan Pangkat bagi sesi Jun - Oktober 2015 bertempat di Dewan Kuliah (DK 1) bermula jam 5.00 petang. Turut hadir Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, Lt. Kol. (K) Syazali Efeendi bin A. Wahab, Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Cawangan Johor, Mejar (K) Norfariza binti Mohd Ali, Mejar (K) Rosnani binti Mohd Salleh, Kapten (K) Farizah binti Mamat@Mohd Nor, Kapten (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar, Lt. (K) Jamil bin Sulong selaku wakil staf unit kokurikulum, Mantan-mantan Leftenan Muda diiringi oleh KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil, selaku Pegawai Memerintah Batalion VI serta Barisan Top 10.


Para komander yang hadir

Pada majlis kali ini KRK Batrisyia binti Muhammad Lotffi telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh KRM Muhammad Nurul Hakim bin Abd Rahim. ,Majlis Kenaikan Pangkat ini diadakan bertujuan untuk menganugerahkan pangkat kepada para komander atas khidmat dan jasa bakti yang telah disumbangkan Tanpa melengahkan masa, majlis telah menjemput Mejar (K) Ujud bin Pabil selalu Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, diiringi oleh para pegawai kehormat, staf unit kokurikulum dan mantan-mantan Leftenan Muda bagi menyempurnakan sesi pemakaian pangkat. 

Pemakaian pangkat bagi KMdy

Dimulakan dengan pangkat Komander Madya, berikut adalah penama-penama yang menerima pangkat tersebut ;

1)   KMdy LILI SURYANI BINTI ROSLI
2)   KMdy MALIHA NAJIHA BINTI MASTAN
3)   KMdy MOHAMMAD IDRIS BIN MOHD AMIN
4)   KMdy MUHAMAD ZULHILMI BIN RAIZUDDIN
5)   KMdy MUHAMMAD ILLIYYIN BIN MAT ISHAM
6)   KMdy NILAM MIZATI BINTI MOHD ISMAIL
7)   KMdy NUR HAFIZAH BINTI RAHMAT
8)   KMdy JULIANA TASHA BINTI SUKARDI
9)   KMdy SITI AISHAH BINTI MOHD YUNUS
10) KMdy NORSYAFIQAH BINTI BUHARI
11) KMdy MUHAMMAD NUR HIDAYAT BIN SELAMAT
12) KMdy NUR HIDAYAH BINTI M ZAININ
13) KMdy NUR NISA AFRINA BINTI UJANG
14) KMdy NUR SYAHIRAH ATIQAH BINTI MOHAMAD
15) KMdy NUR SYAKIRAH BINTI AZMI
16) KMdy NURUL FAKHIRA BINTI JURAIMI
17) KMdy NURUL IMAN BINTI ZAMRI
18) KMdy SHARIFAH ANISAH BINTI SYED HARUN
19) KMdy SITI NORFAZILA BINTI ABD JAMAL
20) KMdy SYAFAWATIE BINTI SABRI
21) KMdy ZALILA EZZATY BINTI JAAFAR

Pemakaian pangkat bagi KM

Upacara majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat bagi Komander Muda ;

1)   KM AHMAD FAIZZUDDIN BIN MOHAMED
2)   KM FATHIN 'ATHIRAH BINTI JAMALLODIN
3)   KM IZZAH ATHIRAH BINTI MOHAMAD DAUD
4)   KM NUR AINULFITRI BINTI BASIR
5)   KM RUHAILA BINTI MASOKI
6)   KM ABDUL HARITH BIN AHMAD RAZALI
7)   KM ADAM ISKANDAR BIN IBRAHIM
8)   KM AHMAD NARAWIE BIN IBRAHIM
9)   KM EMELYNE FATEEHA BINTI NAWAWI
10) KM MUHAMAD AMIRUL IKHMAL BIN AZMAN
11) KM MUHAMAD AMIRUL SADIKIN BIN MD AFENDI
12) KM MUHAMAD TAUFIQ BIN PATHOL BAHAR
13) KM MUHAMMAD FAIZ BIN JOHARI
14) KM MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHAMED AZMAN
15) KM MUHAMMAD IQBAL BIN BAKRI
16) KM MUHAMMAD SYAHIRUDDIN BIN ISMAIL
17) KM NADIATUL FARHANA BINTI MOHTAR
18) KM NOR AISHAH BINTI SHAMSUL BAHARIN
19) KM NORHANIM BINTI MAT SARIFF
20) KM NUR AINI FARHANAH BINTI ZAMRI
21) KM NUR SUHADAH BINTI AHMAD
22) KM NURIN ATHIRAH BINTI ABDUL MANAN
23) KM NURUL AFIQAH BINTI SAKIR
24) KMNURUL FARRAHIN LIYANA BINTI ABD JALIL
25) KM NURUL HAZIQAH BINTI BOHANUDDIN
26) KM NURUL IZZATI BINTI MOHD KHAIR
27) KM MUHAMMAD HIZAMUDDIN BIN MUZAKKIR
28) KM NOOR AMIRA BINTI ABDUL RAZAK
29) KM NOR HAZWANI BINTI JAHARI
30) KM NUR FARAH BINTI AHMAD YUSOF
31) KM NUR FAZIDA BINTI FADZIL
32) KM NUR NABILA BINTI ABDUL HAMID
33) KM NURUL AMIRAH BINTI AMIR SHAIFUDDIN

Pemakaian pangkat bagi KRK

Seterusnya upacara pemakaian pangkat bagi Komander Rendah Kanan ;

1)   KRK ANIS SUHANA BINTI HANIZAM
2)   KRK ASIAHTUL QUBRA BINTI MAT ZIN
3)   KRK AYU ADIRAH BINTI ZAMRI
4)   KRK AYZA SYAZREENA BINTI MOHD YUSOFF
5)   KRK EZZATIE BINTI MOHD SHOFI
6)   KRK FARAH NADHIRAH BINTI SULAIMAN
7)   KRK FARAH WAHIDA BINTI ROSDI
8)   KRK FATIN NORAZIEKA BINTI ROSLAN
9)   KRK FATIN NUR AQILAH BINTI ABDULLAH SHUKRI
10) KRK INTAN AIDA FARINA BINTI WAGIMAN
11) KRK IZZAH IZZATI BINTI SHUIB
12) KRK JANNATUL FARHANA BINTI RAHMAN
13) KRK LATIFFA ATHIRAH BINTI RIZA
14) KRK HAIFAA SYAFIQAH BINTI AZMI
15) KRK MAISARAH BINTI ZAINAL
16) KRK MASITA BINTI HASIM
17) KRK MOHAMAD AMIROL BIN RAMLI
18) KRK MOHAMMAD HAIRIL BIN ROSLAN
19) KRK MUHAMAD ATIF BIN AZIZI
20) KRK MUHAMAD FAIZ ALAUDDIN BIN MOHD MOKHTAR
21) KRK MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN NOR AZMAN
22) KRK MOHD TARMIZIE BIN RAZALI
23) KRK MUHAMMAD NAZIR BIN ABD AZIZ
24) KRK MUHAMMAD NORIMAN BIN ALI
25) KRK MUHAMMAD NUR AZIIM BIN ZULGAFLI
26) KRK MUHAMMAD TASHDIQ BIN BASRI
27) KRK MUHAMMAD ZIKRI BIN HAIRUDIN
28) KRK MUHAMMAD ZULFADHLI FAZOLI BIN ZAKARIA
29) KRK MUZAMMIL BIN MAAROF
30) KRK NABILA BINTI IDHAM
31) KRK NOORAFIQAH BINTI RIZUAN
32) KRK NOORAIZAN BINTI ABD RAMLIZAUYAHHUDIN
33) KRK NOORNADIA BINTI MOHD GHANI
34) KRK NOR AINON SYAFIQAH BINTI AHMAD
35) KRK NOR SHAFIQAH IDAYU BINTI ABDUL GHAFAR
36) KRK NORLYYANA BINTI SAMNI
37) KRK NUR ALEEA AEUNIE BINTI MAT RAZAK
38) KRK NUR AMANINA BINTI AZHARI
39) KRK NUR ATIQAH BINTI MOHD AMIN
40) KRK NUR AZWAA FAZILA BINTI YAHYA
41) KRK NUR BALQIS BINTI SAMSURI
42) KRKNUR FAIZATUL SYAZWANI BINTI SULAIMAN
43) KRKNUR SAFIQA BINTI ZAINI
44) KRK NUR SYAFIQAH NABILAH BINTI ROSLI
45) KRK NUR’ AINAA INSYIRAH BT SULAIMAN
46) KRK NURHAZIQAH HAZIMAH BINTI SAPUAN
47) KRK NURSYAFIQAH BINTI AHMAD
48) KRK NUR ALFINA AININ BINTI HUSSIEN
49) KRK NURUL AMANINA BINTI SULAIMAN
50) KRK NURUL FARHANA BINTI AMINUDDIN
51) KRK NURUL HUSNA BINTI MOHAMAD PISOL
52) KRK NURUL SUHANA BINTI NAIM
53) KRK NURUL YASMIN AMALIN BINTI MOHD MAKHZAN
54) KRK RABIAHTUL ADDAWIAH BINTI ABD.HAKKAM AMIR
55) KRK RHAFAIN BIN ISMAIL
56) KRK SHAZWANA BT ABDULLAH
57) KRK SITI KHAIRUNNISA’ BINTI SABRI@BACUK
58) KRK SITI NURKAMARIAH BINTI SAMSUDDIN
59) KRK SITI SALIZA BINTI MD.SAID
60) KRK SYUHAIDAH IZZATI BINTI KASSIM

Pengumuman bakal Top 10 bagi sesi semester hadapan oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil

Perarakan keluar para VIP

Ribuan terima kasih telah diucapkan kepada Mejar (K) Ujud bin Pabil, selaku Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor. serta para pegawai kehormat, staf unit kokurikulum dan mantan-mantan Leftenan Muda atas penyempurnaan pemakaian pangkat sebentar tadi. Akhir sekali, majlis diteruskan lagi dengan pengumuman bakal-bakal top 10 oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir pada hari ini. Dengan berakhirnya majlis pada petang tersebut, diharap para komander dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan hari yang mendatang akan menjadi hari yang lebih baik.

Sekian, terima kasih

Monday, September 07, 2015

KARNIVAL PERKAD 2015

Pada 3, 4, dan 5 September 2015 yang lalu, Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Karnival PERKAD 2015. Secara khususnya, program ini melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum semester 1. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Di samping itu, program ini dianjur bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim para pelajar, para komander dan staf-staf unit kokurikulum. 



3 SEPTEMBER 2015 (Khamis)

Program bermula pada 3 September 2015 bersamaan pada hari Khamis. Acara dimulakan dengan Rempuh Halangan dan tiga kompeni terawal iaitu PBSM, Charlie dan Brass Band bertanding terlebih dahulu sebelum majlis perasmian dimulakan bertempat di litar rempuh halangan. Majlis dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah dan diiringi oleh Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, Mejar (K) Ujud bin Pabil. Semasa acara perasmian sedang berlangsung, hujan lebat mencurah ke bumi. Namun begitu, para pelajar dan komander tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing sehinggalah acara perasmian tamat. Selain itu, persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) daripada para komander degree tetap bersemangat walaupun hujan masih lebat. Acara Rempuh Halangan terpaksa ditangguhkan pada 5 September (hari Sabtu) pagi selepas acara Mini Marathon kerana cuaca buruk yang tidak dapat dielakkan.


Acara Simulasi CPR

Acara Simulasi Bencana

Acara Kawad Kaki Dinamik

Persembahan daripada para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan  Johor


4 SEPTEMBER 2015 (Jumaat)

Keesokannya pada pukul 8.00 pagi, acara diteruskan dengan 'Rescue Challenge' yang merangkumi acara Kawad Hos, Simulasi Bencana, dan Simulasi CPR bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor. Pada pukul 8.00 malam pula berlangsungnya acara Kawad Kaki Dinamik bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor juga. Selepas kompeni kelima iaitu kompeni Charlie bertanding, acara berehat sebentar dan para komander kesatria UiTM Cawangan Johor telah membuat persembahan kawad kaki yang telah diketuai oleh Pegawai Latih I, KMdy Muhammad Najib bin Ahmad Azir. Mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Johor yang lain turut hadir untuk menonton acara kawad kaki kreatif ini.

Aktiviti senaman pagi sebelum meneruskan acara lain

Acara Mini Marathon

Para pelajar sedang menaiki tembok dalam acara Rempuh Halangan


5 SEPTEMBER 2015 (Sabtu)

Acara diteruskan lagi dengan Mini Marathon pada pukul 8.00 pagi. Sebelum itu para komander mengiringi acara senamrobik untuk memanaskan badan terlebih dahulu. Tempat bermula adalah di kawasan rempuh halangan dan tamat ditempat yang sama. Terdapat 9 'checkpoint' yang harus dilalui oleh semua peserta Mini Marathon. Bukan itu sahaja, malah para komander juga turut serta dalam acara ini. Kesemua peserta yang menyertai acara ini juga akan menyumbang mata bagi kompeni masing-masing untuk dikumpulkan pada akhir PERKAD nanti. Hadiah yang disediakan adalah dari tempat pertama hinggalah tempat kesepuluh untuk siswa dan siswi. Selepas semua pelajar telah tiba di penamat, Mejar (K) Ujud bin Pabil telah menyerahkan pingat kepada para pemenang sehingga tempat kesepuluh.

Selesai sahaja upacara penyampaian pingat kepada para pemenang Mini Marathon, acara Rempuh Halangan diteruskan lagi dengan 6 kompeni yang belum bertanding iaitu kompeni Bravo , Suksis, Bomba, Alpha, Kembara dan JPAM. Ketua pengadil pada hari tersebut ialah Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi. Para jurulatih telah menjadi pembantu pengadil sepanjang acara Rempuh Halangan berlangsung. Alhamdulillah, kesemua peserta yang terlibat tidak mengalami cedera parah semasa bertanding malah mereka semua berjaya menghabiskan halangan dengan bantuan ahli pasukan masing-masing. Kerjasama amat dititikberatkan dan semangat yang membara telah membuatkan mereka berjaya tiba hingga ke penamat. Bukan itu sahaja, semua rakan-rakan dari semua kompeni telah memberikan kata-kata semangat dan sorakan semasa para peserta berada dalam litar rempuh halangan. Seterusnya, ketua pengadil iaitu Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi mengumumkan tempat pertama hingga tempat ketiga. Acara Rempuh Halangan tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Kini, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada pukul 8.00 malam, telah berlangsungnya Penutup dan Makan Malam Karnival PERKAD 2015. Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Brig. Jen. (K) Prof. Madya. Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Johor, Kol. (K) Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Halim bin Kadri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat kesatria dan suksis UiTM Cawangan Johor, Ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit UiTM Cawangan Johor, barisan jurulatih kokurikulum dan para pengadil, para komander kesatria UiTM Cawangan Johor, para KOR sukarelawan siswa siswi polis (Suksis) UiTM Johor dan para pelajar kokurikulum UiTM Cawangan Johor.

Pada malam tersebut KRM Muhammad Zulfadhli Fazoli bin Zakaria dan KRM Nurhaziqah Hazimah binti Sapuan telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa oleh KRM Muhammad Amirol bin Ramli bagi memberkati lagi majlis dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis telah menjemput Komander Kanan Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil selaku Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2015 untuk menyampaikan ucapan.


Ucapan penutupan oleh Rektor UiTM Johor

Majlis dengan berbesar hati telah menjemput Brig. Jen. (K) Prof. Madya. Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Johor untuk memberikan ucapan beliau sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Karnival PERKAD 2015 bagi sesi Jun - Oktober 2015. Tanpa melengahkan masa, majlis juga menjemput Kol. (K) Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Halim bin Kadri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor diiringi oleh KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil, Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah keputusan bagi keseluruhan kompeni acara Mini Marathon ;
Tempat Pertama : Kompeni PBSM
Tempat Kedua   : Kompeni Kembara
Tempat Ketiga   : Kompeni JPAM

Bagi acara Simulasi Bencana ;
Tempat Pertama : Kompeni JPAM
Tempat Kedua    : Kompeni PBSM
Tempat Ketiga   : KOR Suksis

Bagi acara Kawad Hos ;
Tempat Pertama : Kompeni Charlie
Tempat Kedua   : Kompeni Bomba
Tempat Ketiga   : KOR Suksis

Bagi acara Simulasi CPR ;
Tempat Pertama : Kompeni PBSM
Tempat Kedua    : Kompeni Kesatria Kembara
Tempat Ketiga    : KOR Suksis

Majlis dilanjutkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan Rempuh Halangan oleh Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Johor, diiringi oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor.

Bagi acara Rempuh Halangan ;
Tempat Pertama : Kompeni Kesatria Kembara
Tempat Kedua  : Kompeni PBSM
Tempat Ketiga : Kompeni Bomba

Bagi acara Kawad Kaki Dinamik / Kreatif;
Tempat Pertama : KOR Suksis
Tempat Kedua : Kompeni Brass Band
Tempat Ketiga  : Kompeni Charlie

Penyampaian hadiah kepada Ketua Platun Terbaik oleh Rektor UiTM Cawangan Johor

Anugerah Platun Terbaik pula jatuh kepada KRK Anis Shafiqah binti Rozali dari kompeni Charlie. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Seterusnya, dipersilakan Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulm UiTM Johor untuk menyampaikan cenderamata kepada Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Johor sebagai tanda kenang-kenangan.

Persembahan daripada Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia

Selepas itu, majlis mempersilakan persembahan daripada pelajar kokurikulum Seni Silat Gayung yang diketua oleh Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab. Silat Gayung adalah satu komponen kokurikulum bagi pelajar semester 2 dan 3. Seterusnya persembahan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS)  daripada para komander kesatria. TTS adalah sebahagian daripada kokurikulum kesatria 2 dan 3 . TTS adalah seni mempertahankan diri yang diamalkan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan silibus utama kesatria semester 2 dan 3. 

Persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh komander degree

Kini tibalah masa untuk mengumumkan Juara Keseluruhan bagi Karnival PERKAD 2015. Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Johor diiringi oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulm UiTM Johor bagi menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan bagi Karnival PERKAD 2015. Juara tersebut adalah Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). 

Para tetamu jemputan VIP yang sudi hadir
Para jurulatih yang sudi hadir
Sambil semua tetamu menikmati juadah yang telah disediakan, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kompeni Brass Band diikuti dengan tayangan multimedia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu dari awal hingga akhir dan secara langsung mahupun tidak langsung bagi melancarkan Karnival PERKAD 2015. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UiTM Di Hatiku.

Pihak Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor mengucapkan syabas kepada para pemenang dan menghargai komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan karnival Perkad tahun 2015. Diharapkan kejayaan yang dirangkul dapat dikekalkan dan sentiasa memberikan dorongan positif dan inspirasi kepada pelajar akan datang. 

Sekian, terima kasih. 



Tuesday, September 01, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Peringkat Daerah Segamat #Sehatisejiwa

Pada 31 Ogos 2015 bersamaan pada hari Isnin yang lalu, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah menyertai perbarisan sempena menyambut hari kemerdekaan tahun 2015 di Dataran Segamat yang bertemakan Sehati Sejiwa. Seramai 97  orang komander dan 61 orang Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah menyertai perbarisan kemerdekaan ini.

Pasukan Brass Band UiTM Johor sedang bersiap sedia

Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) menunggu giliran untuk berarak masuk ke dataran


Program ini dimulakan dengan perbarisan pada pukul 8.oo pagi. Seramai 58 orang komander membawa bendera Malaysia yang diketuai Pegawai Latih 1, diiringi Ejutan 1 dan Pegawai Latih 2 dan seramai 61 orang  Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) membawa bendera negeri Johor. Perarakan bermula tidak jauh dari Dataran Segamat. Sebanyak 58 panji Jalur Gemilang sebagai simbol menyambut kemerdekaan tahun ke-58. Perarakan ini juga diiringi oleh Brass Band UiTM Johor yang berada di hadapan kontinjen Komander Kesatria UiTM Johor diikuti oleh Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis). Seluruh badan kerajaan badan bukan kerajaan (NGO), sekolah rendah dan sekolah menengah juga terlibat dalam acara perbarisan ini. Malah, mereka juga memakai pakaian mengikut kreativiti masing-masing.

Kontinjen dari UiTM Johor bersemangat mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu

Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang menyertai perbarisan acara sepanduk
Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor bergambar bersama para jurulatih


Selepas perbarisan masuk ke Dataran Segamat, program diteruskan lagi dengan majlis perasmian. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil daripada Jabatan Alam Sekitar daerah Segamat.

Majlis diteruskan lagi dengan acara padang. Brass Band UiTM Johor telah membuat persembahan yang pertama diikuti oleh 3 pasukan brassband sekolah menengah yang lain. Selain itu, Belia UiTM Johor seramai 10 orang telah membuat persembahan 'street workout' dan akhir sekali persembahan daripada pasukan Bomba daerah Segamat membuat demonstrasi cara untuk menjinakkan haiwan seperti ular tedung selar dan sebagainya.

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor sedang berbaris sebelum pulang ke UiTM

Sesi bergambar bersama Timbalan Rektor dan para pegawai UiTM Johor


Perbarisan kemerdekaan pada tahun ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah. Pada kali ini, UiTM Johor telah merangkul tempat ke-2 dalam acara sepanduk terbaik dan juga tempat ke-2 dalam acara perbarisan. Syabas dan tahniah diucapkan.