Pada 25.08.2013 (ahad) yag lalu, Kompeni Bomba Dan Penyelamat telah mengadakan Family Day bersama pelajar-pelajar kor semester 1 Kompeni Bomba dan Penyelamat.Program ini bermula pada jam 7.30 pagi. Selesai sahaja para pelajar mendaftar, para pelajar diberi sarapan pagi.
Pada jam 8.00 pagi, program diteruskan dengan senam robik.
Seterusnya para pelajar dibahagikan kepada kumpulan. Program ini diteruskan dengan LDK di dalam dewan kuliah 1. Sepanjang LDK, para pelaja membuat trademark, bermain radio rosak dan kotak beracun.Program ini berlangsung sehingga jam 12.15 tengah hari. Para pelajar dibenarkan pulag untuk persiadaan program yang bakal berlangsung pada sesi petang.
Pada jam 2.00 petang, para pelajar dikehendaki untuk berkumpul untuk meneruskan program pada sesi petang. Pada jam 2.15 petang, program diteruskan lagi dengan taklimat explorace.
Pada jam 2.30 petang, explorace bermula. Sebanyak 6 checkpoint telah disediakan untuk explorace ini iaitu di Perpustakaan Tun Dr.Ismail 2 (PTDI2), Unit Sukan, Ledang Inn, Rempuh Halangan, Blok I dan Bangunan Kayangan.Explorce ini berlangsung sehingga jam 4.30 petang.
Pada jam 4.45 petang, majlis penutupan dilakukan. Para pemenang juga diberi hadiah pada majlis penutupan ini. Para pelajar dibenarkan pulang pada jm 5.15 petang.
Sekin, terima kasih.
No comments:
Post a Comment