Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan pada 1
Julai 2013 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Kuliah 1. Seramai 259 orang termasuk para
pelajar kokurikulum,jurulatih dan para komander telah hadir pada malam
tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama
serta melantik ahli jawatankuasa yang baru.
Pada mesyuarat
agong kali ini, KRM Siti Aishah Binti Mohd Yunus telah bertindak sebagai pengerusi
majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Leftenan
Kesatria Mohd Juakhir bin Hassan, Kapten Kesatria Muhammad Ismail bin Pahmi,
Tuan Shukor bin Mohd Das selaku wakil jurulatih, KM Noor Fatin Akmal Binti Johar
selaku mantan ketua kompeni , KM Nursyafiqah Binti Mohd Saleh selaku ketua
kompeni serta barisan Majlis Tertinggi.
Ucapan ini
telah diberikan oleh KM Noor Fatin Akmal Binti Johar sebagai Mantan Ketua
Kompeni Sesi November 2012–April 2013. Di dalam ucapan tersebut, beliau telah
menyatakan aktiviti–aktiviti sepanjang semester lepas. Beliau mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia diatas kerjasama yang telah mereka berikan dalam menjayakan setiap aktiviti
yang telah dijalankan pada semester lepas, beliau juga mengucapkan terima kasih
di atas komitmen dan usaha setiap komender Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
dalam merialisasikan setiap aktiviti tersebut. Sebelum mengakhiri ucapan,
beliau telah membubarkan ahli Jawatan kuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia bagi sesi November 2012 – April 2013.
Ucapan ketua
kompeni didahului dengan ucapan kata alu-aluan kepada tetamu yang hadir .Dalam
ucapan ini, beliau telah memberitahu bahawa pelbagai aktiviti yang telah
dirancang untuk semester ini, antaranya adalah “Endurance Challenge Of
JPAM” untuk pelajar semester satu, dua
dan tiga, Malam Seribu Bintang juga untuk pelajar semester satu, dua dan tiga.
Selain itu, beliau juga menerangkan tentang aktiviti Minggu Kokurikulum(MIKO)
dan Res-Q Challenge. Beliau juga berharap akan mendapat kerjasama dari semua
pihak terutamanya pelajar kokurikulum semester 1 agar dapat memberikan
kerjasama dan komitmen kepada semua komander terutama dalam aktiviti MIKO dan
Res-Q Challenge.
KK Muhamad
Jasman Bin Abu Bakar memberikan sedikit ucapan terima kasih di mana dalam ucapan
tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander
kesatria selama ini. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada komander
batch 23 yang baru menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander(LIBK) pada
semester lepas. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan KM
Nursyafiqah Binti Saleh selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia(JPAM) yang baru. Beliau berharap agar KM Nursyafiqah Binti Saleh dapat
menggalas tanggugjawab yang diberi sebaik mungkin sekali gus menaikkan nama
kompeni. Tambahan lagi, sebagai pelajar kokurikulum, seharusnya dapat memberi
kerjasama terhadap komander-komander dengan menghadiri kelas kokurikulum pada
waktu yang ditetapkan. Seterusnya beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan
Komander Kesatria batalion Vl bagi sesi April 2013-Oktober 2013.
Left.(Kest.)
Mohd Juakhir bin Hassan telah memberikan ucapan selaku Penyelaras Kompeni
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliau telah memulakan ucapan beliau dengan
kata-kata aluan kepada pelajar kokurikulm semester 1. Di samping itu, beliau
menasihatkan agar pelajar kokurikulum semester 1 dan sebagai peringatan kepada
pelajar semester lain untuk hadir ke kelas kokurikulum iaitu setiap hari
Rabu(semester 1), Khamis(semester 2) dan Jumaat(semester 3) pada setiap minggu.
Jikalau pelajar tidak menghadirkan diri
selama tiga hari tanpa ada kenyataan rasmiseperti surat cuti sakit, pelajar
tersebut akan mendapat surat amaran dan seterusnya tidak dibenarkan untuk
memasuki dewan peperiksaan pada peperiksaan akhir.
Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia sebelum diakhiri dengan jamuan ringan yang dihidangkan buat tetamu jemputan.
Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Jun 2013- Oktober 2013
Sekian terima kasih..