Pada 11.11.2011, Universiti Teknologi Mara telah melancarkan satu XPDC menawan 30 puncak gunung. XPDC ini disertai oleh Komander Kesatria dari seluruh kampus termasuk Sabah dan Sarawak.
Motto XPDC ini adalah 30 puncak 1UiTM 1Malaysia, Gunung Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni.
Pada 10.11.2011, Komander Kesatria UiTM Johor telah melapor diri di Unit Kokurikulum sebelum bertolak ke Gunung Ledang, Johor. Tepat pukul 2 petang, kami semua bertolak ke Gunung Ledang. Perjalanan ke Gunung Ledang dari kampus kami hanya mengambil masa 1 jam. Kampus kami telah terpilih untuk menawan Gunung Ledang yang mempunyai ketinggian sebanyak 4,187". Gunung Ledang adalah gunung ke-6 yang sukar untuk didaki.
Pada 11.11.2011, kami akan mendaki Gunung Ledang. Seramai 29 Komander Kesatria dari Uitm Johor Kampus Segamat, dan UiTM Kampus Johor Bahru serta 1 orang Penolong Pegawai Kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat dan 1 orang Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Johor Kampus Segamat telah menyertai XPDC ini. Tepat pukul 7.00 pagi kami dikehendaki berkumpul dan tepat 7.30 pagi kami telah memulakan XPDC kami.
Tepat 1.00 tengah hari Komander Kesatria UiTM Johor telah berjaya menawan Gunung Ledang dan kejayaan ini telah dicatatkan di dalam Malaysian Book of Record. Kami amat gembira kerana kami telah berjaya menawan Gunung Ledang walaupun kami semua berasa amat penat semasa mendaki gunung itu. Pendakian ini telah mengambil masa 5 jam.
TAHNIAH!!! |
Setelah kami telah sampai ke puncak, kami terus turun kerana kami dikehendaki turun sebelum petang kerana perjalanan untuk turun mengambil masa 3 jam.
Alhamdulillah, kami Komander Kesatria UiTM Johor telah berjaya menawan Gunung Ledang dan kami amat berbangga dengan kejayaan tersebut. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam XPDC ini.
No comments:
Post a Comment