MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, December 24, 2011

AGM Komander sesi Nov 2011 - Mac 2012

            Pada 2 Disember yang lalu telah berlangsungnya majlis Annual General Meeting (AGM) Komander  Kesatrian Batalion VI sesi Nov 2011 - Mac 2012 . Majlis ini diadakan pada pukul  8.00 malam bertempat di Dewan Kuliah 1 Blok Karyawan.




AGM Komander ini turut dihadiri oleh mantan- mantan komander;




Antara tetamu kehormat yang lain ...



Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Ujud Bin Pabil . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KRM Mohd Azfar diikuti dengan pembubaran JPKK semester lepas dan pelantikan JPKK baru untuk semester ini .
Kemudian , majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat . berikut ialah senarai nama komander yang dinaikkan pangkat :
  • KM Mohd Syafiq bin Abu Hashim
  • KM Siti Aishah binti Hafidzuddin
  • KM Ummi Madeeha binti Ismon
  • KM Mohammad Imran bin Nor Salim
  • KM Fatin Nurizzati binti Abu Bakar
  • KM Siti Nabilah binti Zainal Abidin
  • KM Nursyuhada binti Mohd Taib
  • KM Mohamad Hafiz bin Abdullah










                                            



           






   Majlis diteruskan dengan tayangan video JPKK bagi Nov 2011- Mac 2012 dan aktiviti sepanjang semester lepas . Seterusnya, barisan tertinggi JPKK mengiringi para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menikmati jamuan yang disediakan . Sementara itu di Dewan Kuliah  setiausaha, bendahari dan biro- biro tampil untuk menyatakan laporan sepanjang semester lepas.









              Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00 malam . Ribuan terima kasih kepada para komander atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang majlis ini berlangsung .

Monday, December 19, 2011

XPDC 111111 30 Puncak 1UiTM 1Malaysia

 Pada 11.11.2011, Universiti Teknologi Mara telah  melancarkan satu XPDC menawan 30 puncak gunung.  XPDC ini disertai oleh Komander Kesatria dari seluruh kampus termasuk Sabah dan Sarawak.
Motto XPDC ini adalah 30 puncak 1UiTM 1Malaysia, Gunung Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni.


Pada 10.11.2011, Komander Kesatria UiTM Johor telah melapor diri di Unit Kokurikulum sebelum bertolak ke Gunung Ledang, Johor. Tepat pukul 2 petang, kami semua bertolak ke Gunung Ledang. Perjalanan ke Gunung Ledang dari kampus kami hanya mengambil masa 1 jam. Kampus kami telah terpilih untuk menawan Gunung Ledang yang mempunyai ketinggian sebanyak 4,187". Gunung Ledang adalah gunung ke-6 yang sukar untuk didaki.




Pada 11.11.2011, kami akan mendaki Gunung Ledang. Seramai 29 Komander Kesatria dari Uitm Johor Kampus Segamat, dan UiTM Kampus Johor Bahru serta 1 orang Penolong Pegawai Kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat dan 1 orang Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Johor Kampus Segamat telah menyertai XPDC ini. Tepat pukul 7.00 pagi kami dikehendaki berkumpul dan tepat 7.30 pagi kami telah memulakan XPDC kami.



Tepat 1.00 tengah hari Komander Kesatria UiTM Johor telah berjaya menawan Gunung Ledang dan kejayaan ini telah dicatatkan di dalam Malaysian Book of Record. Kami amat gembira kerana kami telah berjaya menawan Gunung Ledang walaupun kami semua berasa amat penat semasa mendaki gunung itu. Pendakian ini telah mengambil masa 5 jam.
TAHNIAH!!!

Setelah kami telah sampai ke puncak, kami terus turun kerana kami dikehendaki turun sebelum petang kerana perjalanan untuk turun mengambil masa 3 jam.
Alhamdulillah, kami Komander Kesatria UiTM Johor telah berjaya menawan Gunung Ledang dan kami amat berbangga dengan kejayaan tersebut. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam XPDC ini.
















Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011

Pada 26 Oktober 2011 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011 di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program ini berlangsung selama 5 hari iatu bermula pada 26 Oktober 2011 sehingga 30 Oktober 2011. Seramai 40 orang komander kesatria UiTM Johor dihantar untuk menyertai program ini.

Sebanyak 15 kotinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011. Sebanyak 5 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Kaki, Orienteering, EOQ, Rempuh Halangan dan Koir.

Pada 26 Oktober 2011, kami telah bertolak pada 9.00 pagi dan sampai pada 12.30 tengah hari. Selepas sahaja kami sampai, kami dikehendaki untuk membuat pendaftaran dan kami diberi tempat penginapan. pada pukul 8.00 malam pula, adalah sesi taklimat.

Pada keesokan harinya, iatu pada 27 Oktober 2011, adalah Pertandingan Kawad Kaki. Pertandingan ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh para kotinjen. Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 36 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KK Wan Ahmad Zattulbahti Bin Wan Ab. Rahman. 


UiTM Johor,mendapat tempat giliran yang ke-15 untuk membuat persembahan dan telah membuat persembahan pada pukul 1 petang.Alhamdulillah, dalam Pertandingan ini, Komander Kesatria UiTM Johor telah meraih kesemua kategori dalam Pertandingan Kawad Kaki. Iaitu, Kawad terbaik, IC platun terbaik, dan Juara keseluruhan terbaik.

Pada pukul 2.30 petang, iatu selepas Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan raptai Perasmian Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011 dan pelancaran XPDC 111111 30 Puncak,1UiTM,1Malaysia. Pada waktu malam pula, adalah sesi ceramah yang diberikan oleh penceramah dari UiTM Shah Alam.

Pada 28 Oktober adalah Perasmian Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011 dan Pelancaran XPDC 111111 30 Puncak, 1UiTM, 1Malaysia. Selepas perasmian adalah acara orienteering. Acara ini, disertai oleh 4 orang komander dan 2 orang komander simpanan. Acara ini bermula dari  dalam kawasan UiTM Kuala Pilah sehingga track berbasikal untuk acara EOQ. UiTM Johor telah mendapat tempat ke-9 dalama acara ini.


Pada pukul 2 petang, iaitu selepas solat jumaat adalah acara EOQ. Acara ini mempunyai 3 rutin. Rutin pertama ialah berlari dan disertai 4 orang komander. Rutin kedua pula,adalah berbasikal dan disertai 4 orang komander juga. Rutin yang terakhir, adalah berlari dan rutin ini juga disertai oleh 4 orang komander. Bagi acara berlari jarak dari Uitm Kuala Pilah ke Pusat Penternakan Ayam adalah 12 km pergi dan balik. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh peserta acara EOQ ini, tapi Alhamdulillah mereka dapat menghabiskan acara ini dan mendapat tempat yang ke-7.

Pada waktu malam pula,adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Ahmad Idham yang juga merupakan bekas komander.



Pada 29 Oktober, adalah acara rempuh halangan. Acara ini disertai oleh 12 orang komander,6 siswa, 6 sisiwi. UiTM Johor telah mendapat tempat giliran yang ke-14 dalam acara ini. Terdapat 10 halangan yang amat mencabar. Kebanyakan kampus mendapat penalti di monkey rank,tetapi Alhamdulillah komander- komander UiTM johor dapat melepasi halangan tersebut.  Di tembok 12, komander-komander kami telah mencuba sebanyak 2 kali untuk melepasi halangan tersebut dan alhamdulillah walaupun telah mencuba 2 kali, komander-komander UiTM Johor telah dapat menamatkan cara tersebut dan hanya mengambil masa 7 minit 6 saat. Dalam acara ini, Uitm Johor telah mendapat tempat yang ke-2.


Pada pukul 3 petang,sebahagian komander yang tidak terlibat dalam acara Koir dikehendaki pergi ke OPKIM.

Pada waktu malam pula, adalah pertandingan Koir dan Majlis Penutupan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011. Acara ini disertai oleh 15 orang komander dan telah menyanyikan 2 buah lagu iatu Putra-Putri dan Nyalakan Tekad. Semasa menyanyikan lagu ini, mereka menghadapi masalah minus one. Alhamdulillah, semua dapat diatasi sehingga mendapat tempat yang ke-2.


Alhamdulillah, UiTM Johor telah mendapat tempat ke-3 keseluruhan UiTM.


Tahniah diucapkan kepada komander-komander UiTM Johor yang terlibat dalam Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 07/2011.