Pada 16 julai 2011 yang lalu, Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 20 orang ke UiTM Arau, Perlis untuk menyertai pertandingan Endurance Challenge yang berlangsung selama empat hari bertempat di UiTM Arau, Perlis.
Komander Kesatria Endurance Challenge ini melibatkan 14 kontinjen dari setiap UiTM di seluruh Malaysia. Setelah sampai di UiTM Perlis, peserta diberi tempat penghinapan dan pada pukul 8.00 malam taklimat program dan sesi suai kenal komander di jalankan.
Pada keesokan harinya iaitu pada 17 julai 2011, program dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan perasmian hari ulang tahun kesatria dan pelepasan peserta Endurance challenge di stadium UiTM Perlis. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian,berbasikal dan berkayak. Setiap acara akan diwakili 2 orang komander dari setiap kontinjen yang di hantar.
Selepas itu, Opkim dan pendakian bersama Dato’ Dollah di Gua Kerbau di mulakan.
Pada 18 julai 2011, sukan tradisional antara kampus dilakukan. Antara acaranya ialah galah panjang, guli, batu seremban, tenteng, congkak, sepak takraw, dan futsal tradisional. Acara berlangsung dengan meriahnya. Acara tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Selepas solat zohor setiap kampus membuat persiapan untuk persembahan malam kebudayaan.
Pada malam kebudayaan pelbagai ragam dan gelagat komander dapat dilihat, tema malam kebudayaan itu ialah pop yeh yeh.
Pada 19 julai iaitu hari terakhir perasmian penutup dimulakan. Penyampaian hadiah dan sesi fotografi di jalankan.
Tahniah kepada semua komander yang terlibat menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment