Pada 27 dan 31 julai yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dengan kerjasama unit kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan program PERKAD dan RES-Q Challenge yang berlangsung dengan jayannya dengan bantuan semua pihak. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.Terima kasih diucapkan kepada semua komander dan pelajar kokurikum part 1 hingga ke part 3 yang terlibat. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada program PERKAD dan RES-Q Challenge.
Antara aktiviti yang dilakukan pada hari rabu 27 julai ialah rempuh halangan dan jalan lasak. Setiap kompeni menghantar wakil masing-masing untuk bertanding. Tidak lupa juga kepada peserta jemputan kita iaitu dari UiTM Kampus Larkin yang turut memeriahkan program ini.
Selain itu, pada hari ahad 31 julai acara yang dipertandingkan ialah merentas desa, simulasi bencana, simulasi cpr, prolog, kawad hos dan kawad kretif. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan melepaskan peserta merentas desa dan diikuti dengan simulasi bencana dan cpr. Selepas tamat acara simulasi bencana dan cpr peserta prolog dilepaskan.
PELAJAR KOR TETAP MEMBERIKAN SEMANGAT UNTUK KONPENI MASING -MASING
Setiap kompeni diberi tugasan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang mengalami patah tulang belakang.
Selepas itu, kawad hos pon berlangsung. Berbagai ragam peserta dapat dilihat. Kawad hos merupakan acara yang terakhir pada pagi hari ahad.
KAWAD HOS
Pada sebelah petang acara kawad kreatif diteruskan pada pukul 2.30 pm. Pelbagai farmasi dilakukan.
Program tamat pada pukul 5 petang dengan penyampaian hadiah untuk peserta dan kompeni yang memenangi pertandingan.
PENUTUPAN
PESEMBAHAN BRASS BAND
PENYAMPAIAN HADIAH
Keputusan
Rempuh Halangan : Brass Band
Jalan Lasak : Kompeni Alpha
Simulasi Bencana : Jabatan Pertahanan Awam
Simulasi Cpr : Badan Pertolongan Cemas
Prolog : Kompeni Charlie
Kawad Hos: Komander Kesatria
Kawad Hos: Komander Kesatria
Kawad Kreatif : Kompeni Charlie
JUARA KESELURUHAN :KOMPENI CHARLIE
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJYAKAN PROGRAM INI. SEKALUNG PERHARGAAN DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KOMPENI YANG MEMENANGI SETIAP PERTANDINGAN.