MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, February 27, 2011

Jenaka Mula Berbicara


Professor
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya
di sebuah universiti.

Kata professor 
"Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang
saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut

di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.
                                                    
..............................................................................................
Di sekolah tabika. 



Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik? 

Amri : Tiga, cikgu 

Cikgu : Awak yg paling tua ke? 

Amri : Tak. Atuk saya....


                                                        

...................................................................................................

Kuda Makan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa

            kuda tu masih di situ?”

                                        
................................................................................................

Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada
pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk 
memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti
saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah,
Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
"Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi
suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia.
Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti
saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".


                                               
...................................................................................................



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang
dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang
tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”



                                                             

................................................................................................................

Gambar-gambar lawak

Valentino Rossi vs Mat Rempit di Litar Sepang

Motor ni tertinggal enjin kat bengkal la.
Mematuhi sahsiah rupa diri.


Camni ke caranya nak bersihkan najis gajah???
Super Hero Monkey
Sesiapa ingin berkenalan dengan Si Macho ni???
Telefon Awam
nasib baik jumpe telefon.. tp cmne ley ada kat sini???
Wireless la gaknya..
Doktor Ketiak
Doktor Ketiak : apa la gak nya yang ad kat ketiak tu?
Ada sesiapa nak bau gak ke?


~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

No comments:

Post a Comment