MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, February 27, 2011

Futsal Charity anjuran D' trans

Futsal Charity merupakan aktiviti anjuran 'Diploma in Business (Transport)'
Aktiviti sukan yang dipertandingkan hanyalah "Futsal" pada 26hb Februari 2011.
Komander Johor tidak ketinggalan untuk menghantar pasukan dalam program amal ini.
Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar 7orang pemain dan membayar yuran pendaftaran. Sebahagian daripada yuran pendaftaran tersebut akan disumbangkan kepada pihak yang berkenaan.
7 orang wakil dari Komander Johor

Jam 8:30pagi
Semua peserta / pemain berkumpul di Padang 'Futsal' di Kompleks Sukan, UiTM Johor.
Semua ketua pasukan diminta untuk mendaftar nama di meja urusetia.
Kami telah bersepakat untuk memilih KM Ruzaini sebagai ketua pasukan.
Ketua pasukan telah menghantar nama dan memberi nama kumpulan
"Jengking FC".
Kapten pasukan (Ahmad Ruzaini) sedang mendaftar di meja urusetia
Senarai Ahli Pasukan "Jengking FC" :
Ahmad Farid     : Penjaga Gol 
Ahmad Ruzaini (Kapten)  : 'Defender'
Wan Mohd Mustaqim     : 'Defender'
Abdul Razak      : 'Defender'
Muhammad Falyhin    : 'Midfielder'
Wan Ahmad Zattulbahti     : 'Striker'
Muhammad Sollehan     : 'Striker'

Jam 9:00pagi
"Jengking FC" telah ditempatkan dalan 'Group A'.
Perlawanan pertama dimulakan dengan kumpulan "Jengking FC" bertemu kumpulan "Lorong Hajah Zainab (LHZ)" sebagai pembuka gelanggang. Tempoh untuk satu permainan adalah 5minit sebelah.
Merancang strategi sebelum memulakan perlawanan
Kedua-dua ketua pasukan lawan "o-jus" untuk menentukan siapa bermula dahulu.
Jaringan yang menarik dipamerkan oleh Falyhin.
Mustaqim mempamerkan skillnya untuk memperdayakan penjaga gol
Perlawanan pertama berjalan dengan sangat lancar. Pasukan "Jengking FC" telah menunjukkan bisanya dengan menang 5-0.

Perlawanan kedua, pasukan "Jengking FC" menentang pasukan "DBST Part 4".
Pasukan 'Jengking FC' telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini. Perlawanan kedua lebih mencabar kerana bertemu dengan pasukan yang tidak kurang hebatnya.
Permainan sedang rancak dimainkan
Pada perlawanan kedua ini, pasukan "Jengking FC" telah tewas (4 - 1).

Memikirkan strategi untuk menang
Namun begitu, semangat pasukan "Jengking FC" tidak akan luntur. Kami meneruskan permainan tersebut dengan perlawanan yang ke-3.

Pasukan "Jengking FC" vs pasukan "Karisma Reject"

Perlawanan ini merupakan penentuan bagi kedua-dua pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya.
Gambar bola tengah

Pasukan "Jengking FC" mengerah seluruh tenaga untuk perlawanan tersebut, namun nasib tidak menyebelahi pasukan "Jengking FC". Pasukan "Jengking FC" tewas (5-2).

Biarpun pasukan "Jengking FC" tewas, namun semua pemain berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan. Tambahan pula, pasukan "Jengking FC" juga seronok kerana telah terlibat dalam program amal ini.

Gambar-gambar barisan pemain dalam pasukan "Jengking FC"

p/s : Muhammad Falyhin merupakan bekas komander yang kami jemput khas untuk turut bermain dalam program amal ini. Ini munujukkan semangat komander tidak akan hilang biarpun sudah lama ditinggalkan.

~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

Jenaka Mula Berbicara


Professor
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya
di sebuah universiti.

Kata professor 
"Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang
saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut

di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.
                                                    
..............................................................................................
Di sekolah tabika. 



Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik? 

Amri : Tiga, cikgu 

Cikgu : Awak yg paling tua ke? 

Amri : Tak. Atuk saya....


                                                        

...................................................................................................

Kuda Makan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa

            kuda tu masih di situ?”

                                        
................................................................................................

Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada
pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk 
memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti
saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah,
Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
"Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi
suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia.
Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti
saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".


                                               
...................................................................................................



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang
dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang
tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”



                                                             

................................................................................................................

Gambar-gambar lawak

Valentino Rossi vs Mat Rempit di Litar Sepang

Motor ni tertinggal enjin kat bengkal la.
Mematuhi sahsiah rupa diri.


Camni ke caranya nak bersihkan najis gajah???
Super Hero Monkey
Sesiapa ingin berkenalan dengan Si Macho ni???
Telefon Awam
nasib baik jumpe telefon.. tp cmne ley ada kat sini???
Wireless la gaknya..
Doktor Ketiak
Doktor Ketiak : apa la gak nya yang ad kat ketiak tu?
Ada sesiapa nak bau gak ke?


~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

Kursus Destini Kenegaraan & Le Tour De Langkawi 2011

Kursus Destini Kenegaraan Badan Beruniform bersempena Le Tour De Langkawi 2011 ini merupakan program yang dianjurkan oleh UiTM Shah Alam pada 29hb Januari - 1hb Februari 2011. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta mengenai kepentingan hak-hak orang Melayu yang perlu dijaga oleh generasi akan datang. Selain itu, program ini adalah sempena Le Tour De Langkawi 2011 (LTDL 2011), peserta berbasikal LTDL 2011 akan berhenti seketika di UiTM Shah Alam yang dijadiakan sebagai check point. Program ini telh melibatkan seramai 840 orang peserta yang terdiri daripada Komander, Suksis, Palapes dan Sispa. UiTM Johor telah diminta untuk menghantar seramai 40 orang komander.

29hb Januari 2011 (SABTU)

Komander yang telah dipilih berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran pada jam 7.30pagi. Semua komander datang tepat pada masanya, tetapi bas masih belum sampai. Oleh itu, semua komander sabar menunggu dan ada juga yang mengambil gambar sambil menunggu kedatangan bas. 

muka agak mengantuk ketika ber'posing'di depan kamera

Kami bertolak daripada UiTM Johor pada jam 8.30pagi.  Masa perjalanan yang diambil kira-kira 4jam termasuk berhenti seketika di R&R Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Gambar-gambar ketika dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam
Kami telah selamat sampai di UiTM Shah Alam kira-kira pada jam 1.30ptg. Setibanya kami di sana, kami berkumpul di hadapan Dewan Makan Mawar. Kedatangan kami agak awal sehinggakan kaunter pendaftaran masih belum dibuka lagi.

Gambar-gambar ketika menunggu kaunter pendafratan dibuka

Dalam jam 2.30ptg, kami mendapat kunci bilik dan masing-masing bergerak ke bilik yang telah disediakan. Kami semua menginap di Kolej Mawar, siswa di Blok A manakala siswi di Blok B.

Pada malam hari pula merupakan taklimat Kursus Destini Kenegaraan yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan pada jam 8.00malam. Kami berkumpul di hadapan Dewan Makan Mawar pada jam 7.30malam dengan berpakaian baju F1. Hadapan Dewan Makan Mawar telah menjadi tempat pertemuan kami semua sebelum bergerak ke tempat lain. Kemudian, kami bergerak ke Dewan Kompleks Sukan. Kami agak terkejut sebab dalam dewan tersebut, kami kena duduk lantai dengan baju yang bagi kami tidak berapa sesuai. Pada malam tersebut, kami telah dipecahkan kepada 12 kumpulan dan dalam setiap kumpulan terdapat dalam 35 orang peserta. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang fasilitator. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih ketua, penolong, dan mempamerkan motto kumpulan.

Semua mendengar taklimat dengan tekun
Komander Johor berada di barisan hadapan ketika pembahagian kumpulan
  
30hb Januari 2011 (AHAD)

Hari bermula dengan berkumpul di hadapan Dewan Makan Mawar pada jam 6.45pagi dengan berpakaian formal. Kemudian, kami masuk ke dalam dewan makan dan makan secara beramai-ramai dalam satu kumpulan. Setelah selesai makan sarapan, kami berkumpul di hadapan Dewan Makan Mawar dan menyanyikan lagu negeri Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM serta diiringi dengan bacaan doa. Kami melakukan perkara yang sama pada hari berikutnya.

Kedudukan meja makan Komander Johor di Dewan Makan Mawar
Seterusnya, kami bergerak ke Dewan Sri Budiman untuk mendengar Ceramah Kenegaraan. Ceramah tersebut bermula lambat kerana berlaku masalah teknikal. 

Gambar-gambar sebelum ceramah bermula di Dewan Sri Budiman
Selepas mendengar ceramah, kami semua berpecah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan masuk ke bilik yang disediakan di Fakulti Sains Gunaan. Setiap kumpulan akan berbincang dengan fasilitator masing-masing mengenai isu-isu Perlembagaan Persekutuan, Sosial, Ekonomi, dan Politik di Malaysia. Perbincangan dalam kumpulan ini dilakukan dengan ada rehat sehingga malam.


Berhenti sejenak untuk bergambar, sebelum ke Fakulti Sains Gunaan


31hb Januari 2011 (ISNIN)

Perjalanan pagi adalah seperti biasa dan kami bergerak ke Dewan Kompleks Sukan dengan berpakaian baju batik. Pada hari itu, kami mendengar ceramah dan menjalani aktiviti dalam kumpulan yang diberi nama Pelan Tindakan. Aktiviti Pelan Tindakan ini bertujuan untuk melihat ketua kumpulan berhubung dengan ketua kumpulan yang lain dan kepatuhan ahli kumpulan terhadap arahan.


Gambar-gambar sebelum mendengar ceramah di Dewan Kompleks Sukan
Pada waktu petang, semua peserta hendaklah berpakaian sukan dan aktiviti yang diadakan ialah "Mini Orienteering" ataupun "Compass Marching". Setiap badan beruniform akan menghantar 4 kumpulan yang terdiri daripada 2 kumpulan siswa dan 2 kumpulan siswi. Manakala, peserta-peserta yang tidak terlibat boleh menyokong ataupun melakukan aktiviti riadah.

Pada malam hari pula, setiap peserta telah diberikan baju kuning percuma bersempena Le Tour De Langkawi.


01hb Februari 2011

Selepas selesai bersarapan, kami semua bergerak ke Padang Kawad UiTM Shah Alam untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai, turut hadir pelajar daripada sekolah menengah yang berdekatan dengan UiTM Shah Alam.


Semua fokus melihat dan mengikut langkah fasilitator ketika senamrobik
Gelagat-gelagat ketika senamrobik
Selepas senamrobik, aktiviti seterusnya ialah 'street soccer', 'street ball' dan 'netball'.
'Street soccer' ialah permainan bola futsal, 'street ball' ialah permainan bola keranjang, manakala 'netball' ialah permainan bola jaring.
Antara ketiga-tiga permainan ini, komander Johor telah memenangi tempat pertama dalam permainan bola futsal / 'street soccer'.

Semangat Jengking (UiTM Johor) lawan Suksis 1 (UiTM Shah Alam)
Team Fire Scorpion ke??? Team Red Scorpion????
Selain itu, terdapat juga beberapa booth yang disediakan bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Dalam booth-booth tersebut, mereka turut menyediakan 'game' dan menawarkan pelbagai hadiah kepada pemenang-pemenang.
Kira-kira jam 1.00ptg, peserta-peserta Le Tour De Langkawi tiba di Padang Kawad, UiTM Shah Alam. Disebabkan terpegun melihat peserta-peserta tersebut, maka tidak tertangkap gambar mereka semua.
Gambar sukarelawan dari UiTM Johor (Komander)
Pada jam 2.30ptg, kami semua pulang ke bilik dan kemas barang. Kami 'check-out' daripada Kolej Mawar dan bergerak pulang ke Segamat pada jam 4.00ptg.

maklumat tambahan : disebabkan oleh bencana alam (banjir) yang berlaku di Segamat, maka pelajar diturunkan di Melaka Sentral dan selamat pulang ke rumah masing-masing.

~Terima Kasih~


"Once A Commander, always a commander"


_Biro Multimedia & Publisiti_2011