MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, June 28, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2015

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI yang lalu KRM Zikri bin Hairudin dan KRM Nur Amanina binti Azhari telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan jurulatih, wakil setiap kolej kediaman dan para komander batalion VI di atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Jun - Oktober 2015. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm. Seterusnya, bacaan asmaul husna dan doa diketuai oleh KRM Mohamad Amirol bin Ramli bagi memberkati lagi majlis yang gilang gemilang ini.

KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI memberi ucapan


Majlis seterusnya menjemput KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis. Beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2014 - April 2015. Seterusnya, Mejar (K) Ujud bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum UiTM Johor memberikan ucapan alu-aluan serta membubarkan ahli jawatankuasa yang lama dan melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2015 sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat bagi barisan Top 10 sesi Jun - Oktober 2015 oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil :
  1. KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil sebagai Pegawai Memerintah
  2. KMdy Muhammad Irfan bin Amir sebagai Pegawai Operasi Biro
  3. KMdy Nur Farah Ain binti Abdull Rasid sebagai Pegawai Operasi Kompeni
  4. KMdy Muhammad Najib bin Ahmad Azir sebagai Pegawai Latih I
  5. KMdy Baharun bin Abu Samah sebagai Pegawai Latih II
  6. KMdy Nurul Amirah binti Morshid sebagai Ejutan I
  7. KMdy Siti Dayana binti Ahmad Thani sebagai Ejutan II
  8. KMdy Amirrul Mukminin bin Mohd Anuar sebagai Quarter Master II

Sesi pemakaian pangkat barisan Top 10

Seterusnya, pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi  dan Ketua-ketua Biro:
1) KRK Anis Shafiqah binti Rozali sebagai Setiausaha Agung II
2) KRK Batrisyia binti Muhammad Lotffi sebagai Bendahari Agung II
3) KM Lili Suryani binti Rosli sebagai Ketua Biro Perancangan dan Pelaksanaan
4) KM Syafawatie binti Sabri sebagai Ketua Biro Korporat
5) KM Muhammad Zulhilmi bin Raizuddin sebagai Ketua Biro Media dan Produksi
6) KM Siti Norfazila binti Abd Jamal sebagai Ketua Biro Pengurusan Fasiliti
7) KM Nur Syakirah binti Azmi sebagai Ketua Biro Keusahawanan dan Jaringan Industri
8) KM Mohammad Idris bin Mohd Amin sebagai Ketua Biro Sukan dan Rekreasi
9) KM Nur Syahirah Atiqah binti Mohamad sebagai Ketua Biro Perhubungan Luar

Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat bagi Ketua Kompeni : 
1) KM Sharifah Anisah binti Syed Harun sebagai Ketua Kompeni Alpha
2) KM Nur Hidayah binti M Zainin sebagai Ketua Kompeni Bravo
3) KM Nurul Fakhira binti Juraimi sebagai Ketua Kompeni Charlie
4) KM Nilam Mizati binti Mohd Ismail sebagai Ketua Kompeni Kesatria Kembara
5) KM Zalila Ezzaty binti Jaafar sbagai Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat
5) KM Siti Aishah binti Mohd Yunus , Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
6) KM Nur Nisa Afrina binti Ujang sebagai Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit merah
7) KM Norsyafiqah binti Buhari sebagai Ketua Kompeni Brass Band

Sesi pemakaian pangkat barisan Majlis Tertinggi.



Seterusnya, majlis menjemput para peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) bagi menerima hadiah di atas kemenangan yang telah dicapai baru-baru ini :
1)  KMdy Muhammad Najib bin Ahmad Azir
2) KMdy Baharun bin Abu Samah sebagai
3) KMdy Nurul Amirah binti Morshid
4) KM Nur Syakirah binti Azmi
5) KM Muhammad Zulhilmi bin Raizuddin
6) KRK Afiqah Nabilah binti Mohamad
7) KRK Ahmad Narawie bin Ibrahim
8) KRM Syuhaidah Izzati binti Kassim
9) KRM Nur Azwaa Fazilan binti Yahya


Sesi bergambar bersama Pegawai Kokurikulum dan Barisan Top 10.

Akhir sekali, para jemputan didedahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan video melalui tayangan multimedia yang telah disediakan oleh para komander Biro Media dan Produksi. Seterusnya, para tetamu jemputan diiring untuk meninggalkan majlis.

Friday, April 24, 2015

Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor sesi Disember 2014 - April 2015


Pada Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor yang lalu KRM Muhammad Zikri bin Hairuddin dan KRK Norsuzila binti Basiran telah ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis. Kata alu-aluan serta ucapan terima kasih telah diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan pegawai kehormat, staf-staf unit kokurikulum, para jurulatih kokurikulum, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Johor, dan para komander kesatria di atas kesudian mereka menghadiri Makan Malam Komander Batalion VI bagi sesi Disember 2014 - April 2015. Bagi memberkati makan malam yang gilang gemilang tersebut, bacaan asmaul husna dan doa telah diketuai oleh KRM Mohd Ashraf Huzairi bin Hussain.


Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani memberi ucapan
Seterusnya, Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani selaku pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis, beliau juga telah menyampaikan sebuah sajak yang direka sendiri khas untuk makan malam tersebut dan memberi ucapan yang cukup bermakna buat para komander dan para hadirin. Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor pula dijemput untuk memberi ucapan sekali gus merasmikan Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor. Beliau berkata beliau cukup berbangga dengan pencapaian Jambori yang telah diadakan di UiTM Johor pada cuti semester yang lalu kerana telah membolot kesemua acara dan telah mengalahkan pesaing terdekat iaitu komander dari UiTM Sabah. 

Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik pembukaan Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor dan majlis mempersilakan KRM Mohd Ashraf Huzairi bin Hussain untuk mengetuai bacaan doa makan sebelum menikmati hidangan yang telah disediakan. Selepas itu, tayangan khas multimedia pula iaitu video Jambori untuk perbarisan masuk kontinjen Jambori dan penyampaian anugerah dekan kepada para komander yang berjaya maraih anugerah dekan bagi semester yang lepas telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani.


Seterusnya, upacara pemakaian pingat penghargaan kepada para komander yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor, Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Johor, dan Kolonel Kesatria Y.M. Dr. Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni UiTM Johor. Bukan itu sahaja, Kolonel Kesatria Y.M. Raja Adzrin binti Raja Ahmad juga telah menyampaikan hadiah kepada komander yang telah mendapat anugerah komander terbaik luar bidang iaitu KM Juliana Tasha binti Sukardi.

Upacara Pemakaian Pingat Penghargaan
Lt. M (K) Nurul Izzati binti Ismail

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi anugerah komander terbaik kategori akademik iaitu Lt. M (K) Nurul Izzati binti Ismail yang telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani. Anugerah komander terbaik keseluruhan pula telah diraih oleh Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani dan telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri. Acara berikutnya ialah majlis pemakaian pangkat bagi Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria UiTM Johor yang baru dan telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri. Berikut ialah barisan Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang baru ;

1. KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil
2. KM Muhammad Irfan bin Amir
3. KM Nur Farah Ain binti Abdull Rasid
4. KM Muhammad Najib bin Ahmad Azir
5. KM Baharun bin Abu Samah
6. KM Nurul Amirah binti Morshid
7. KM Siti Dayana binti Ahmad Thani
8. KM Amirrul Mukminin bin Mohd Anuar

KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil

Barisan Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang baru
Kemudian, tiba masanya majlis Penyerahan Kuasa bagi semester hadapan iaitu sesi Jun - Oktober 2015. Lt. M (K) Muhd Syafizi bin Shahrani selaku Pegawai Memerintah semester ini menyerahkan kuasa kepada KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil dan upacara tersebut telah disaksikan oleh para pegawai kehormat. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para tetamu V.V.I.P dan V.I.P oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil selaku penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor.


Lt. M (K) Muhd Syafizi bin Shahrani selaku Pegawai Memerintah semester ini menyerahkan kuasa kepada KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil




Sekian, terima kasih.

Sunday, January 25, 2015

Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Kesatria Negara sesi Disember 2014 - April 2015

Pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Negara 1 yang lalu KRM Muhammad Zikri Bin Hairudin dan KRM Anis Suhana Binti Hanizam bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, para komander dan para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 di atas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Negara 1 bagi sesi Disember 2014-April 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan asmaul husna dan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Nur Aziim Bin Zulgafli bagi memberkati lagi majlis yang gilang gemilang ini.




Seterusnya, Left. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir selaku penyelaras kokurikulum Kompeni Kesatria Negara 1 memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis. beliau menyatakan bahawa mahasiswa yang menyertai Kompeni Kesatria Negara 1 amat bertuah kerana telah dipilih menyertai kompeni tersebut. Hal ini kerana, mahasiswa dapat menyertai pelbagai aktiviti yang menarik yang telah para komander sediakan sepanjang semester ini. Contoh aktiviti-aktiviti tersebut adalah induksi, lawatan sambil belajar, dan makan malam mengikut kompeni masing-masing iaitu kompeni Alpha, Bravo dan Charlie. Kuota untuk memasuki kor ini juga adalah terhad. Bukan itu sahaja, mahasiswa juga akan memperolehi dan mempelajari pelbagai ilmu di dalam kor Kesatria Negara 1 dalam melengkapi pengetahuan di dalam diri mereka pada masa kini dan masa akan datang. Left. Kolonel (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab selaku pegawai kehormat pula dijemput untuk memberi ucapan. Beliau amat bangga dengan pencapaian para komander kesatria pada acara jambori siri 10 yang lepas. UiTM Cawangan Johor telah muncul sebagai tuan rumah bagi acara yang sangat gilang gemilang ini. Komander Johor juga telah dinobatkan gelaran juara bagi acara keseluruhannya meninggalkan pesaing terdekat iaitu Komander dari UiTM Sabah.




Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Wakil Top 10 Lt.M (K) Muhizan bin Miskam untuk memberikan ucapan beliau sekaligus memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor bagi sesi Disember 2014-April 2015. Beliau juga ada menjemput mahasiswa untuk menyertai komander kesatria supaya mereka tahu cara untuk mendisiplinkan diri dari pelbagai aspek seperti pengurusan diri dan sekeliling, komitmen dalam melakukan tugas yang diberi serta pengetahuan 'softskills' yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa agar mereka tidak dipandang rendah oleh orang disekeliling mereka. Lt.M (K) Juliana Binti Rosmani selaku Ketua Kompeni Alpha telah dijemput untuk memberikan ucapan yang seterusnya. Beliau memperkenalkan carta organisasi yang baru  Kompeni Alpha bagi sesi Disember 2014-April 2015. Selain itu, beliau juga ada menyatakan aktiviti-aktiviti Kompeni Alpha sepanjang semester ini.

Ketua Kompeni Alpha




Seterusnya, Lt.M (K) Mohammad Faizzuddin Bin Asli pula memberikan ucapan beliau sebagai Ketua Kompeni Bravo. Beliau juga memperkenalkan carta organisasi yang baru bagi Kompeni Bravo sesi Disember 2014-April 2015. Selain itu, beliau menyatakan kemenangan bagi Kompeni Bravo bagi aktiviti PERKAD pada semester yang lalu. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Kompeni Charlie bagi sesi Disember 2014-April 2015, Lt.M (K) Mohd Hafizuddin Bin Mohd Noor untuk memberikan ucapan beliau. Beliau membubarkan jawatankuasa Kompeni Charlie bagi sesi Jun 2014-Oktober 2014 dan sekaligus melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Beliau juga menyatakan bahawa Kompeni Charlie akan mengadakan induksi, lawatan sambil belajar dan makan malam bagi pelajar-pelajar kor Kompeni Charlie.

Ketua Kompeni Bravo

Ketua Kompeni Charlie



Akhir sekali, para jemputan didedahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan video melalui tayangan multimedia yang telah disediakan oleh para komander Kesatria Negara. Seterusnya para tetamu jemputan diiring untuk berpindah majlis di dewan makan bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

Perjumpaan Dwi Tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sesi Dis 2014 - April 2015

Pada 17 Disember 2014, Perjumpaan Dwi Tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah diadakan. Bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK 1), perjumpaan tersebut bermula pada pukul 8.00 malam- 12.00 malam dengan jumlah kehadiran seramai 250 orang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Mohd Ashraf Huzairi Bin Hussain bagi memberkati lagi majlis Perjumpaan Dwi Tahunan kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ini. Untuk perjumpaan pada kali ini, KRM Nur Faizatul Syazwani binti Sulaiman telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Mejar Kesatria Nor Ezan Bin Omar selaku penasihat Kompeni PBSM, Left. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan selaku penyelaras Kompeni PBSM, KMdy Nurshazwani Binti Mohd Ariff selaku Ketua Kompeni PBSM, barisan Top10, Majlis Tertinggi Komander Kesatria Batalion ke VI UiTM Johor, Barisan jurulatih, Mantan-mantan komander serta komander-komander kesatria UiTM Johor diatas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi Tahunan kompeni PBSM sesi Disember 2014 - April 2015.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Kompeni PBSM iaitu KMdy Nurshazwani binti Mohd Ariff. Beliau memberi penerangan serba sedikit tentang kompeni PBSM sebagai pengetahuan kepada para pelajar kokurikulum. Beliau menerangkan tentang kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kompeni yang bergerak seiring dengan kompeni-kompeni lain di UiTM Johor. Beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai sejarah kompeni ini dimana sebelum ini kompeni ini dikenali sebagai kompeni Badan Pertolongan Cemas dan kini diubah kepada kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah bagi mengiktiraf kompeni ini sebagai sebahagian organisasi di dalam Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa para pelajar kokurikulum dapat mempelajari dua ilmu dalam satu masa iaitu ilmu perubatan dan juga ilmu asas kawad kaki. Seterusnya beliau membubarkan ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Jun – Oktober 2014 dan melantik ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Disember 2014 – April 2015.



Selepas itu, tibalah giliran bagi wakil Top 10 untuk memberi sedikit ucapan. Lt. M (K) Mohd Syafizi Bin Shahrani mengucapkan alhamdulillah kehadrat illahi kerana para pelajar kokurikulum dan para komander dapat berkumpul dalam satu majlis yang sama. Beliau mengharapkan dengan kedatangan ahli baru iaitu para pelajar semester 1 serta kehadiran pelajar semester 2 dan 3 dapat bergiat aktif pada semester ini. Beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada kompeni PBSM kerana telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cemerlang. Selain itu, beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak, para pelajar terutamanya, diperlukan agar dapat membantu komander menguruskan aktiviti dengan lebih mudah. Seterusnya beliau memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI Sesi Disember 2014-April 2015.



Majlis diteruskan lagi oleh ucapan daripada penyelaras kokurikulum iaitu Left. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan. Beliau mengucapkan tahniah diatas komitmen yang diberikan oleh para pelajar kokurikulum untuk menghadiri majlis Perjumpaan Dwi Tahunan ini. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada para pelajar Semester 1 yang baru sahaja mendaftar dalam kompeni PBSM. Selain itu, beliau menjelaskan lebih lanjut tentang sejarah kompeni ini dan kelebihan melibatkan diri dalam kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau mengatakan bahawa kompeni PBSM pada mulanya dikenali sebagai kompeni Badan Pertolongan Cemas, ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kokurikulum mengenai ilmu perubatan dan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Malah kompeni ini ditubuhkan untuk melahirkan para pelajar kokurikulum sebagai sebahagian anggota masyarakat yang berguna serta mahir dalam memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat lain sama ada dalam situasi kecemasan yang sebenar mahupun bukan.

Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar memperkenalkan diri beliau sebagai Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah dan menyatakan bahawa perjumpaan ini merupakan perjumpaan pertama kali beliau bersama para pelajar kokurikulum Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam semua acara PERKAD yang telah dilaksanakan pada semester yang lepas sehingga berjaya menaikkan kedudukan kompeni dengan merangkul sebagai pemenang keseluruhan PERKAD Uitm Cawangan Johor. Beliau memberi nasihat kepada para pelajar untuk tidak memperlekehkan pelajaran pertolongan cemas. Hal ini kerana pelajaran ini merupakan antara pelajaran utama yang telah termaktub dalam perancangan pembelajaran kokurikulum ahli Persatuan Bulan Sabit Merah semester 1, 2 dan 3. Apabila pelajar berada di semester 3 , pelajar akan menjalani ujian praktikal yang bertujuan untuk menguji segala pelajaran yang telah pelajar  kokurikulum pelajari sepanjang semester 1,2 dan 3.



Senarai dibawah pula ialah aktiviti yang bakal dijalankan pada sem ini:
PERKHEMAHAN
INDUKSI
PERTAULIAHAN PELAJAR BULAN SABIT MERAH

Selepas tamat memberi ucapan dan penerangan, Leftenan Kesatria Mohd Juakhir Bin Hassan menyampaikan sedikit cenderahati kepada Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar selaku penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah, seterusnya KMdy Nurshazwani Binti Mohd Ariff menyampaikan sedikit cenderahati kepada Leftenan Kesatria Mohd Juakhir Bin Hassan selaku penyelaras kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Perjumpaan berakhir setelah tamat persembahan multimedia. Para tetamu dijemput unttuk menjamu selera sebelum bersurai.

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band sesi Disember 2014-April 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band sesi Disember 2014-April 2015 telah diadakan pada 15 disember 2014, bertempat di lt2 pada jam 9.00-10.30 mlm. Seramai 17 orang komander kompeni Brass Band, 4 tetamu jemputan, dan 220 orang pelajar kokurikulum yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.






Kompeni Brass Band terdiri daripada pelajar semester 1,2,dan 3 sesi disember 2014-april 2015. Para pelajar Kompeni BrassBand pada semester ini terdiri daripada 220 orang. Komander Kompeni Brass Band pula terdiri daripada 17 orang yang bertugas sebagai pembantu jurulatih. Manakala jurulatih Kompeni Brass Band terdiri dua orang jurulatih yang ditugaskan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran asas tentang alatan muzik kepada pelajar kokurikulum semester ini.

Objektif perjumpaan ini ialah untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band sesi Jun-Oktober 2014 sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Perjumpaan ini juga bertujuan memperkenalkan jawatankuasa yang baru sambil mengeratkan tali ukhuwah antara pelajar kokurikulum,barisan komander dan jurulatih kompeni.

Nurul Syazwani binti Mashor telah bersetuju untuk menjadi pengacara majlis pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band pada kali ini. Beliau telah memberi ucapan alu-aluan kepada Penyelaras Kompeni Brass Band iaitu Left. Kest. Jamil b. Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria(JPKK) iaitu Lt. M (K) Mohd. Syafizi bin Shahrani,Ketua Kompeni Brass Band,KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat dan para tetamu jemputan serta para pelajar kokurikulum. Penyelaras Kompeni Brass Band telah mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurkulum semester 1. Beliau berharap agar para pelajar ini dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik kepada para komander bagi melancarkan segala aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini. Beliau juga telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh Kompeni Brass Band pada semester ini. Antaranya ialah Induksi bersama pelajar kokurikulum, Perkhemahan Kompeni Brass Band dan Jamuan Makan Malam Kompeni Brass Band. 

KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat selaku ketua Brass Band UiTM Cawangan Johor telah memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1. Beliau juga menerangkan serba sedikit kepada pelajar-pelajar tentang Brass Band serta aktviti-aktiviti  yang akan dijalankan pada semester ini. Besarlah harapan beliau agar para pelajar dapat memberikan kerjasama yang padu lagi jitu kepada para Komander Kesatria dalam menaikkan lagi prestasi Kompeni Brass Band.

Lt. M (K) Mohd. Syafizi bin Shahrani telah memberikan ucapan selaku wakil drpd JPKK. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kpd Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band kerana telah menjemput beliau ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band kali ini. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-6 UiTM Cawangan Johor pada semester ini. Beliau juga telah mengucapkan tahniah kerana telah menjayakan Kawad Merdeka pada sambutan kemerdekaan yang telah berlangsung pada 31 Ogos yang lepas.

Pada perjumpaan ini juga, KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat telah membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang lama iaitu sesi Jun 2014-Oktober 2014 di dalam ucapannya. Selepas pembubaran, beliau telah membuat pelantikan Ahli Jawantankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Ketua Kompeni Brass Band juga amat berharap agar para pelajar kokurikulum dapat terus memberikan kerjasama yang terbaik kepada para komander kesatria.
Di bawah telah disenaraikan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang baru mengikut sebulat suara yg telah dipersetujui oleh ahli-ahli yg telah bermesyuarat bagi melantiknya.

Nurul Syazwani binti Mashor telah menutup majlis dengan harapan agar pelajar kokurikulum dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam Kompeni Brass Band. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.