MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, November 10, 2024

 

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025

 

Pada 12 Oktober 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2024 - Februari 2025 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Tujuan majlis ini diadakan untuk melantik Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat yang baharu bagi semester ini.


Pembaca Doa

Pengacara majlis bagi majlis ini ialah KRK Muhammad Farish Syahmi Bin Ramlan dan KRK Aina Hazimah Binti Saharudin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Izz Emir Bin Naemul Helmi. Majlis disusuli dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, KK Naqib Hilman Bin Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. Beliau berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi serta dapat mengangkat nama Komander Johor.


Ucapan daripada KK Naqib Hilman Bin Yazid

Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapannya, beliau memberi penghargaan kepada semua hadirin atas kerjasama dan usaha mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UiTM serta mengharumkan nama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Beliau juga amat berbangga dengan usaha dan penglibatan Komander Johor dalam UiTM Marching Band Competition Se-Malaysia, Majlis Perbarisan, Perarakan dan Perhimpunan Hari Kebangsaan Kali Ke-67 Peringkat Negeri Johor 2024 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-67 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024 baru-baru ini. Beliau juga mengingatkan Komander Johor supaya bersiap sedia bagi menjayakan program Latihan Intensif Bakal Komander Batch Ke-39 dan Makan Malam Rejimental kelak.


Ucapan daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)

Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Cawangan Johor. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Komander. Pengurusan yang cekap dan teliti berjaya meraih perhatian dan pujian daripada pihak-pihak luar yang turut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Tidak lupa juga, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Bakal Komander baharu dan berharap agar para Komander dapat menunjukkan contoh yang baik dan memberi tunjuk ajar kepada mereka mengenai perkara yang melibatkan tugas-tugas Komander. Beliau berharap agar nama Komander Johor akan terus dipandang tinggi dan sentiasa bersatu hati dalam usaha menaikkan martabat nama Komander Johor, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2024 - Februari 2025.


Ucapan daripada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) yang diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) bagi melantik Barisan Kepimpinan Tertinggi yang baharu Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Bagi semester ini, jawatan Setiausaha Agung 1 Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) disandang oleh KM Nur Amira Binti Roswandi. Pada masa yang sama, jawatan Ketua Biro Multimedia pada kali ini diamanahkan kepada KM Ahmad Baihaqi Bin Mohd Radzi. Justeru, KM Siti Nur Aisyah Binti Md Hatta dilantik sebagai Ketua Kompeni Delta Kesatria Negara, manakala KM Ahmad Iffat Bin Iskandar Dzalman pula dilantik sebagai Ketua Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.


Upacara Pemakaian Pangkat kepada Barisan Kepimpinan Tertinggi yang baharu

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan gimik penyerahan bintang Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024 yang disertai oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid dan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) dan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST).


Gimik Penyerahan Bintang Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024

Majlis beralih kepada Penyampaian Pingat yang telah dilaksanakan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) kepada pemenang acara-acara Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024. Penyampaian Pingat dimulakan dengan pemenang acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) di mana Komander Batalion VI berjaya memungut pingat juara. Acara ini telah disertai oleh Lt. M Lutfil Hady Bin Kahlilkusari (KEST), KM Myra Auni Haziqah, KM Muhammad Syahrul Bin Kamarudin, KRK Nurul Natasya Binti Wahid, KRK Muhammad Farhan Bin Mohamed Fadzil dan KRK Nur Fauzana Binti Mokhtar.


Penyampaian Pingat kepada Atlet Extreme Outdoor Quest (EOQ)

Seterusnya, Penyampaian Pingat diteruskan dengan atlet acara Jalan Lasak Kategori Siswa yang juga meraih Juara. Acara ini telah diramaikan oleh KMdy Muhammad Aqil Najmi Bin Md Nor Azan, KRK Nik Muhammad Farihin Bin Mohd Fadzli, KRK Muhammad Aminuddin Azim Bin Mohd Azrul, KRK Muhammad Faiz Bin Nordin dan KRK Muhammad Adi Afrizal Bin Ibrahim.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Jalan Lasak Kategori Siswa

Selain itu, majlis diteruskan lagi dengan pemenang acara Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC) Kategori Siswa. Kejayaan sebagai juara diraih oleh Lt. M Mohamad Shahmi Bin Mohamad Din (KEST) dan KRK Muhammad Farhan Bin Mohamed Fadzil hasil daripada semangat kerjasama dan keazaman yang tinggi.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC) Kategori Siswa

Akhir sekali, Penyampaian Pingat diakhiri dengan atlet acara Kayak Endurance Race Kategori Siswa dimana mereka berjaya mendapat tempat kedua. Penyertaan acara ini melibatkan KRK Muhammad Harith Bin Abd Rahman dan KRK Nur Abu Yazid Bin Amran.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Kayak Endurance Race Kategori Siswa 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan majlis ini.


Sesi Penyampaian Cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Kemudian, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria telah dilaungkan oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2024 - Februari 2025 diikuti oleh para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2024 - Februari 2025. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.


Sesi Fotografi












Friday, September 27, 2024

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 12/2024

 Pada 2 hingga 7 September 2024 yang lalu, Komander Johor telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024 yang bertempat di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu Extreame Outdoor Quest (EOQ), Jalan Lasak, Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC), Kayak Endurance Race (KER). Komander Johor telah menyediakan kekuatan dari segi mental dan fizikal dengan mengadakan latihan sejak awal lagi. Komander Johor turut memberikan komitmen yang baik dan sentiasa bersemangat sepanjang sesi latihan berlangsung bagi meningkatkan lagi stamina dan prestasi diri. Komander dari Pasir Gudang juga turut serta menghadirkan diri ke UiTM Kampus Segamat untuk menjalani latihan bersama - sama. 


Komander Johor bertolak ke UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi 


Pendaftaran peserta bermula pada 2 September 2024. Pada 3 September 2024 para atlet telah diberi taklimat berkaitan dengan setiap acara KKEC yang akan dijalankan serta pengenalan bagi setiap kampus dan Ujian Trek Pertandingan telah diadakan bagi ke semua acara yang dipertandingkan.


Pada 4 September 2024 bersamaan jam 8.30 pagi, acara pertama dimulakan dengan acara Extreme Outdoor Quest (EOQ). Bagi acara ini melibatkan penyertaan bagi kategori berpasangan Siswa dan Siswi. Johan bagi acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) dimenangi oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan dimenangi oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga dimenangi oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan.  Pada jam 9.00 malam, acara kedua di mulakan iaitu acara Jalan Lasak. Acara ini mempunyai dua kategori iaitu siswa dan siswi. Seramai 14 orang atlet terdiri daripada kalangan siswa dan siswi dihantar mewakilkan Komander Johor. Secara keseluruhan bagi acara Jalan Lasak, Johan bagi Kategori  Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Sabah dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis. Bagi Kategori Siswi pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Sabah, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Terengganu dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Peserta acara Extreme Outdoor Quest (EOQ)


Peserta acara Jalan Lasak Kategori siswa


Peserta acara acara Jalan Lasak Kategori siswi


Pada 5 September 2024, acara Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC) telah dijalankan sebagai pembuka acara hari ke-4 bagi Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang berlangsung pada jam 8.30 pagi. Komander Johor telah menghantar lapan orang peserta dikalangan siswa dan siswi. Secara keseluruhan bagi acara Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC), Johan bagi Kategori  Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Bagi Kategori Siswi pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Melaka, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perak. Bagi Kategori Campuran pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perak dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Sabah.


Peserta acara Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC)


Seterusnya, pada 6 September 2024 , acara Kayak Endurance Race (KER) pada jam 8.30 pagi telah berlangsung. Acara ini melibatkan 3 kategori iaitu Kategori Siswa, Kategori Siswi, dan Campuran. Secara keseluruhan bagi acara Kayak Endurance Race (KER), Johan bagi Kategori Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Melaka, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Johor dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis. Bagi Kategori Siswi, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Melaka, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Bagi Kategori Campuran, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Melaka, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Terengganu dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis.


Peserta acara Kayak Endurance Race kategori siswa


Peserta acara Kayak Endurance Race kategori siswi


Peserta acara Kayak Endurance Race kategori campuran


Pada 7 September 2024, Program Khidmat Komuniti diadakan bagi membantu komuniti membersihkan kawasan sekitar. Pada jam 9.00 malam, Majlis Penutup Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 12/2024 yang bertempat di UiTM Cawangan Terangganu Kampus Dungun telah diadakan. Majlis Penutup ini diadakan bagi meraikan para atlet yang telah berusaha dan bertungkus lumus meraih kejayaan demi kampus masing-masing. Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian Penutup KKEC serta pengumuman bagi juara keseluruhan KKEC Siri 12/2024. 


Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan pertandingan KKEC UiTM Siri 12/2024;   

1. UiTM cawangan Perlis  

2. UiTM cawangan Johor 

3. UiTM cawangan Melaka


Komander Johor telah meraih Tempat Kedua dalam pertandingan KKEC Siri 12/2024


Akhir sekali, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Bendera Kejohanan kepada Tuan rumah KKEC 2025 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan iaitu UiTM Cawangan Kedah. Pertandingan KKEC ini secara keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan kekuatan mental setiap peserta untuk sentiasa mempunyai semangat daya saing. Para Komander UiTM bagi setiap kampus membuktikan bahawa mereka mempunyai sifat semangat setia kawan dan sanggup berjuang berhabisan-habisan demi kemenangan dengan usaha dan penat lelah mereka bagi meraih kemenangan dalam pertandingan ini. 


Setiap acara yang dipertandingkan telah selesai dengan jayanya. Sekalung ucapan Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para atlet yang terlibat. Bagi meneruskan matlamat Juara KKEC yang  akan datang, diharapkan agar para atlet tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk terus bangkit bagi merangkul gelaran Juara KKEC pada tahun hadapan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 13/2025. 


  ONCE A COMMANDER, ALWAYS A COMMANDER !


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-67

Pada 31 Ogos 2024 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menyertai Majlis Perbarisan, Perarakan Dan Perhimpunan Hari Kebangsaan Kali Ke-67 Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Sambutan ini bertempat di Dataran Segamat.


UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 33 orang anggota Komander Kesatria bagi pertandingan perbarisan dibawah kategori Badan Berkanun. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama empat hari bermula daripada 27 Ogos 2024 bersamaan dengan hari Selasa di UiTM Segamat, Johor.

 

Perbarisan ini telah diketuai oleh Komander Kanan Naqib Hilman Bin Yazid. Selain itu, perbarisan ini juga turut disertai oleh Pegawai Operasi Kompeni iaitu Komander Madya Mohamad Danish Akmal Bin Mohammad Zaidi sebagai pembawa bendera dan Pegawai Operasi Biro iaitu Komander Madya Nur Hazwani Binti Russidi sebagai pembawa sepanduk.



A group of people marching in a parade

Description automatically generated

Selain itu, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat juga telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 70 orang anggota Komander Kesatria bagi perbarisan pembawa bendera negeri Johor. Perbarisan pembawa bendera ini telah diketuai oleh oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST).


A group of soldiers holding flags

Description automatically generated


A group of people in uniform holding flags

Description automatically generated

Di samping itu, Sambutan Hari Kebangsaan turut disertai oleh pasukan Brass Band. Para peserta, bertolak seawal jam 4.45 pagi dan menunaikan solat Subuh di Masjid India sebelum berkumpul dan berarak ke pentas utama di Dataran Segamat.



Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota Komander Kesatria yang menyertai perbarisan kawad kaki, serta mereka yang membawa bendera Johor, telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan memperkukuhkan rasa cinta kepada negara serta negeri Johor. Marilah kita bersama-sama meraikan hari penuh bermakna ini sebagai lambang cinta kepada negara dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negeri Johor tercinta.

Monday, July 01, 2024

ULANG TAHUN HARI KESATRIA KALI KE – 48 TAHUN

 Pada tanggal 8 jun 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria Kali Ke – 48 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyambut dan meraikan penubuhan Unit Kesatria Kali ke - 48.

 

Majlis dimulakan dengan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormat Utama yang di ketuai oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST), Pembantu Tadbir Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Perbarisan tersebut dibahagikan kepada dua platun. Platun pertama diketuai oleh Lt. M Muhammad Yunus Bin Zulhasny (KEST), manakala Platun kedua diketuai oleh Lt. M Muhammad Ariff Bin Harudin (KEST). Disamping itu, pemeriksaan barisan juga turut dilakukan sewaktu majlis berlangsung.

 


 


 


 


 

PASUKAN KAWALAN KEHORMATAN UTAMA

 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan dengan sesi bacaan doa yang disampaikan oleh Komander Rendah Muda Muhammad Iqbal Irfan Bin Mohd Faisal bagi melancarkan perjalanan majlis Hari Ulang Tahun Kesatria Ke - 48.

 

 

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memeriahkan lagi majlis Hari Ulang Tahun Kesatria Ke – 48.

 


 

UCAPAN DARIPADA TIMBALAN REKTOR

 

Sehubungan itu, majlis diserlahkan lagi dengan persembahan Sajak yang dipersembahkan oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Persembahan sajak yang bertajuk Sejarah Penubuhan Kesatria untuk menunjukkan kita bagaimana unit Kesatria terbentuk.

 


 


 


 


 

PERSEMBAHAN SAJAK

 

 

Disamping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Percussion dan Color Guard yang dipersembahkan oleh Kompeni Brass Band yang cukup memikat hati. Kompeni Brass Band juga telah membuat persembahan yang penuh bertenaga dengan bermain alat muzik yang membuatkan Hari Ulang Tahun Kesatria Ke – 48 lebih menarik.

 

 


 


 

PERSEMBAHAN KOMPENI BRASS BAND

 

 

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Gempur Kesatria yang diwakili seramai 30 anggota Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Persembahan hakka yang ditonjolkan sangat bersemangat dan menarik perhatian penonton.

 


 


 



 


 


 

PERSEMBAHAN PASUKAN GERAK GEMPUR KESATRIA

 

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara diadakan. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Bagi juara keseluruhan Mini Perkom  Ko 2024 ini disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 


 

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG MINI PERKOM KO 2024

 

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku serta sesi fotografi. Di kesempatan ini juga Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Ulang Tahun Kesatria yang ke-48 yang dibuat Julung kalinya dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) pada tahun ini.

 

 


 

 


 

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT