Pada 4 Mac yang lalu, telah
berlangsungnya Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri
ke 18/2023 secara bersemuka yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan
Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Kesatria Leftenan
Professor Madya Dr. Mohd Azman Yahya Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM.
Majlis ini juga turut bersiaran secara langsung
untuk tontonan para Komander Pentauliahan Se-Malaysia melalui platform Youtube
UiTM Channel. Majlis pentauliahan ini telah melibatkan Komander Kesatria UiTM
Cawangan Johor, Batch 35 dengan kekuatan anggota seramai 52 orang Komander yang
berjaya ditauliahkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda
penghargaan kepada para Komander Kesatria yang telah berkhidmat dengan jayanya dalam
memenuhi amanat yang telah diberikan sepanjang bergelar Komander Kesatria.
Sesi Penggambaran Terakhir
Sesi
bergambar telah dilaksanakan sebagai simbolik memori terakhir para Komander
Kesatria bagi Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri
ke 18/2023. Sehubungan dengan itu, dengan berakhirnya sesi penggambaran ini,
maka berakhirlah Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia
Siri ke 18/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Muda Kesatria
kerana telah berjaya ditauliahkan. Sekalung penghargaan diucapkan diatas kerjasama
yang telah diberikan sepanjang menjadi Komander Johor. Semoga Tuan-Tuan dan
Puan-Puan sentiasa dibawah naungan-Nya serta terus maju jaya pada masa akan
datang dalam apa jua bidang yang diceburi. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan majlis pentauliahan ini. Sebagai penutup
bicara, kami akhiri dengan serangkap pantun.
Letih
berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar
di gerai siti,
Terima
kasih kami ucapkan,
Atas segala
jasa bakti.