VIDEO UCAPAN DARIPADA MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH SESI MAC – OGOS 2021 |
UCAPAN DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH SESI OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022 |
VIDEO UCAPAN DARIPADA MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH SESI MAC – OGOS 2021 |
UCAPAN DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH SESI OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022 |
Pada 28 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021 yang lalu, Komander Johor telah mengadakan Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan telah melibatkan seramai 33 orang Komander Johor dari batch 35. Kursus pemantapan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membentuk jati diri serta memantapkan lagi kepimpinan sebagai seorang komander dan melatih para komander untuk menjadi seorang yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta meningkatkan lagi daya ketahanan fizikal dan mental ke tahap yang lebih tinggi.
Program ini lebih
tertumpu kepada penambahbaikan pergerakan kawad kaki dengan dibimbing daripada
para jurulatih serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara
Cawangan Johor Kampus Segamat. Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para
komander juga didedahkan dengan kaedah merempuh halangan yang betul dan
menyelusuri jalan lasak.
Para Komander menjalani latihan kawad kaki di padang kawad |
Pada malam 28 Oktober 2021 pula, para komander perlu mengikuti kelas
bersama Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)
bagi menjelaskan tentang beberapa perkara penting berkenaan tanggungjawab
sebagai seorang komander kesatria.
Kelas bersama Penasihat |
Pada 29 Oktober 2021
pula , Kursus Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35 diteruskan
lagi dengan latihan kawad kaki yang dijadualkan untuk memantapkan lagi
pergerakan kawad kaki mereka. Selain itu , para komander juga telah didedahkan
kaedah merempuh halangan. Terdapat beberapa halangan yang komander perlu
tempuhi di litar rempuh halangan. Sebelum komander diajar untuk merempuh
halangan , Lt. Muhizan Bin Miskam (KEST), Pembantu Kokurikulum telah
menerangkan serba sedikit tentang asas senaman pemanasan badan yang betul.
Setelah itu , pada sebelah malam para komander meneruskan kursus ini dengan
latihan kawad kaki.
Sesi pemanasan badan |
Para komander mencuba
setiap halangan di litar rempuh |
Pada 30 Oktober 2021
, para komander dibawa untuk menelusuri jalan lasak. Para komander dibahagikan
dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu memasuki jalan lasak pada
waktu yang berbeza bagi mengikuti SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Sebelum
itu, pada awal pagi lagi komander telah melakukan Physical Training (PT)
dan senamrobik bersama Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST) yang merupakan
Penyelaras Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan
Johor Kampus Segamat. Seterusnya, para komander meneruskan lagi hari mereka
dengan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan litar rempuh
halangan. Disamping itu, Majlis Penutup Kursus Pemantapan Komander Kesatria
Batalion VI Siri ke-35 telah dilangsungkan pada sebelah petang.
Komander Siri ke-35 telah tamat menjalani Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria Batalion VI |
Oleh itu , tahniah
diucapkan kepada para komander yang menyertai Kursus dan Kem Pemantapan
Komander Kesatria Batalion VI Siri ke-35 dan diharapkan agar dengan
menjalani kursus ini, para komander dapat memberikan sepenuh komitmen dalam
menjalankan tugas pada masa akan datang.